Remaja lelaki maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Oct 2024 07:47:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Remaja lelaki maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja lelaki maut motosikal ditunggang bertembung bas sekolah https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/ https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/#respond Tue, 15 Oct 2024 07:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62257
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima makluman berkenaan satu kes kemalangan maut berlaku di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan melibatkan bas sekolah dengan motosikal itu pada jam 1.45 petang kelmarin (14 Okt).

“Pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan maut telah berlaku di Jalan Kampung Kalabakan yang melibatkan sebuah bas sekolah telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berumur 19 tahun.

“Penunggang motosikal terperosok di bawah bas berkenaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, pemandu bas sekolah yang berumur 37 tahun dari arah Kampung Kapilit menuju ke Kalabakan, apabila melalui jalan berselekoh telah bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan lanjut mendapati semasa kemalangan suspek memandu bas di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai lesen memandu. Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jasmin meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/feed/ 0 62257
Remaja lelaki maut, pembonceng patah lutut https://sabahmedia.com/2023/06/30/remaja-lelaki-maut-pembonceng-patah-lutut/ https://sabahmedia.com/2023/06/30/remaja-lelaki-maut-pembonceng-patah-lutut/#respond Fri, 30 Jun 2023 04:32:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37429
Read Time:1 Minute, 1 Second

LABUAN: Seorang remaja lelaki maut manakala pemboncengnya mengalami kecederaan patah di lutut kiri apabila motosikal yang mereka tunggang terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Bukit Besar berhampiran Simpang Bidara 57 dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis W.P. Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, pada 29 Jun 2023 jam lebih kurang 10.20 pagi, pihak polis telah menerima maklumat mengenai satu kejadian kemalangan terbabas sendiri berlaku di Jalan Bukit Besar berhampiran Simpang Bidara 57, W.P Labuan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda ADV.

“Siasatan polis mendapati, mangsa berusia 13 tahun menunggang motosikal bersama seorang pembonceng iaitu sepupu mangsa dari arah bulatan Taman Mutiara menuju ke arah Kampung Sungai Lada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ahmad, motosikal mangsa telah terbabas dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang besi menyebabkan mangsa terpelanting serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala sepupu mangsa seorang lelaki tempatan berusia 15 tahun mengalami kecederaan patah di lutut kiri dirawat di Hospital Labuan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Ansyahdinullah Sabarudin di bawa ke Hospital Labuan dan diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/30/remaja-lelaki-maut-pembonceng-patah-lutut/feed/ 0 37429