Remaja maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Sep 2026 07:06:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Remaja maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja maut motosikal terbabas di Jalan Kota Klias https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/#respond Mon, 07 Sep 2026 07:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102976
Read Time:1 Minute, 18 Second

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Kota Klias–Kampung Betandok, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.14 malam, 6 September 2026.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki tempatan menunggang motosikal dari arah Kampung Betandok menuju ke Kampung Kota Klias.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Beaufort,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Champin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Shazree Hashim di talian 010-2531451 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang, khususnya ketika melalui kawasan jalan berselekoh dan lokasi yang gelap.

“Faktor keadaan jalan dan kawasan yang gelap perlu diberi perhatian oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Dalam minggu ini sahaja, sudah dua mangsa menjadi korban kemalangan jalan raya di kawasan Beaufort,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/feed/ 0 102976
Remaja 18 tahun maut, motosikal terbabas rempuh kenderaan rosak https://sabahmedia.com/2024/12/17/remaja-18-tahun-maut-motosikal-terbabas-rempuh-kenderaan-rosak/ https://sabahmedia.com/2024/12/17/remaja-18-tahun-maut-motosikal-terbabas-rempuh-kenderaan-rosak/#respond Tue, 17 Dec 2024 11:52:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65601
Read Time:52 Second

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut dalam insiden kemalangan tragis di Jalan Kampung Buit Hill, Putatan pagi tadi (17 Dis).

Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kenderaan rosak yang diletakkan di bahu jalan.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 11.45 pagi itu disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Erwansyah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menyeru saksi-saksi yang melihat insiden itu untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan gambar atau video kejadian di media sosial bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/17/remaja-18-tahun-maut-motosikal-terbabas-rempuh-kenderaan-rosak/feed/ 0 65601
Remaja maut, seorang cedera terlibat kes kemalangan babit dua motosikal https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/#respond Thu, 25 Jul 2024 12:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58029
Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah motosikal yang ditunggang masing-masing di Jalan Papar Lama, Putatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ada menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 5.10 awal pagi tadi (25 Julai).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua motosikal tersebut datang dari arah Penampang menuju ke Papar melalui Jalan Papar Lama dan berlaku kemalangan ketika melalui lokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal pertama seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah dijumpai di dalam lubang takungan air pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala penunggang motosikal kedua seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun mengalami cedera bahagian mata, muka dan tangan. mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/feed/ 0 58029