Remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Mar 2024 20:55:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua maut termasuk seorang remaja, motosikal langgar Toyota Hilux https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/#respond Thu, 14 Mar 2024 20:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51062
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Dua maut termasuk seorang pembonceng remaja lelaki selepas motosikal yang ditunggang melanggar kenderaan pacuan empat roda di Semporna pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, ketika kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50’an membuat pusingan u-turn di Jalan Tampi-Tampi Simpang Lauhari Semporna dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, akibat dari perlanggaran itu penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun dan pembonceng 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Semporna manakala pemandu kenderaan Toyota Hilux telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan ditalian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika menunggang motosikal dan memastikan memakai topi keledar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/feed/ 0 51062
Remaja lelaki ditemui lemas, kepenatan berenang ke lokasi memancing https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/#respond Fri, 09 Feb 2024 13:57:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49264
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUDAT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan ketika cuba berenang menuju ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik dalam jarak 50 meter dari tebing sungai berdekatan Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat petang tadi (9 Feb).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang tadi mengenai kejadian itu.

“Menurut maklumat daripada saksi iaitu kawan mangsa, difahamkan seramai lima orang termasuk mangsa datang ke tempat kejadian untuk tujuan memancing.

“Mangsa bersama kawan-kawan berenang ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik yang mempunyai jarak anggaran dalam 50 meter daripada tebing sungai.

“Dalam perjalanan (berenang) ke tempat tersebut, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan berenang manakala tiga mangsa lagi terkandas di kawasan tanah (pulau) tersebut.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, mangsa yang terkandas telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface di sepanjang tepi sungai untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas.

“Pada jam 5 petang unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh PPDA pada jam 5.40 petang di kedalaman 11 kaki di lokasi tempat dia lemas.

“Mangsa yang dikenali Ryan berusia 16 tahun, seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/remaja-lelaki-ditemui-lemas-kepenatan-berenang-ke-lokasi-memancing/feed/ 0 49264