Remaja perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 11:19:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Remaja perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja perempuan dilaporkan hilang ditemui selamat https://sabahmedia.com/2026/07/28/remaja-perempuan-dilaporkan-hilang-ditemui-selamat/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/remaja-perempuan-dilaporkan-hilang-ditemui-selamat/#respond Tue, 28 Jul 2026 11:19:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100716
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, Gwynne Mia Erbin, 13, berjaya ditemui dalam keadaan selamat di hadapan sebuah rumah di Inanam, kira-kira jam 3 petang, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, ketika ditemui mangsa berada bersendirian dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, hasil keterangan awal mendapati mangsa memaklumkan bahawa dia telah mengikut seorang rakannya sejak hari sebelumnya.

“Selepas ditemui, mangsa dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi tujuan membuat laporan susulan dan tindakan lanjut.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai dijalankan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes hendaklah dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi saluran rasmi.

Dalam pada itu, Syed Lot turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan kerjasama, menyalurkan maklumat serta membantu menyebarkan hebahan mengenai kehilangan mangsa sehingga remaja berkenaan berjaya ditemui dengan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/remaja-perempuan-dilaporkan-hilang-ditemui-selamat/feed/ 0 100716
Mayat remaja perempuan lemas ditemui petang tadi https://sabahmedia.com/2025/02/10/mayat-remaja-perempuan-dikhuatiri-lemas-ditemui-petang-tadi/ https://sabahmedia.com/2025/02/10/mayat-remaja-perempuan-dikhuatiri-lemas-ditemui-petang-tadi/#respond Mon, 10 Feb 2025 13:29:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68401
Read Time:57 Second

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Sungai Kadamaian Kampung Pirasan di sini telah ditemui meninggal dunia selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa yang berusia 16 tahun itu ditemui pada hari kedua operasi pada jam 3.54 petang tadi, kira-kira 3.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) oleh orang awam yang turut membantu pasukan penyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan mayatnya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pihak media hari ini.

Dalam kejadian pada 9 Februari 2025, mangsa dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Sg Kadamaian, Kg Pirasan berhampiran Kilang Batu Tan Chin Nam.

Menurut laporan, pihak BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang Ahad.

Pasukan bomba bersama Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Marudu memulakan operasi pencarian sebaik tiba di lokasi pada jam 4.10 petang hari sama dengan kekuatan 13 anggota.

Operasi SAR turut mendapat bantuan daripada polis (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/10/mayat-remaja-perempuan-dikhuatiri-lemas-ditemui-petang-tadi/feed/ 0 68401