Remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jun 2026 02:34:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Remaja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes rogol remaja https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/ https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/#respond Wed, 17 Jun 2026 02:32:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98343
Read Time:58 Second

LAHAD DATU: Empat lelaki, termasuk seorang warga asing, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah kampung di Jalan Segama, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa pada Selasa (16 Jun).

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 9 Mei lalu kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Jalan Segama.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menjadi mangsa perbuatan rogol oleh suspek secara bergilir-gilir.

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas kejadian itu diketahui oleh ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Katanya, semua suspek telah direman selama tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan keluarga agar sentiasa memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada gejala sosial yang tidak sihat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/feed/ 0 98343
Remaja perempuan ditemui berlumuran darah di tandas https://sabahmedia.com/2026/05/07/remaja-perempuan-ditemui-berlumuran-darah-di-tandas/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/remaja-perempuan-ditemui-berlumuran-darah-di-tandas/#respond Thu, 07 May 2026 11:02:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96291
Read Time:49 Second

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam tandas di Kampung Tuntuluk di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 16 tahun yang juga bukan warganegara ditemui tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes ini.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asisten Superintendan (ASP) Hairie Awang Akub di talian 016-8032849,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kenyataan media penuh mengenai kes itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan siasatan polis.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/remaja-perempuan-ditemui-berlumuran-darah-di-tandas/feed/ 0 96291
KRM Tawau dinobatkan Badan Operasi Terbaik https://sabahmedia.com/2025/11/09/krm-tawau-dinobatkan-badan-operasi-terbaik/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/krm-tawau-dinobatkan-badan-operasi-terbaik/#respond Sun, 09 Nov 2025 06:40:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85346
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kelab Rakan Muda (KRM) Tawau mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Badan Operasi Terbaik sempena Majlis Penganugerahan dan Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas 2025.

Pengiktirafan tersebut diberikan atas komitmen KRM Tawau dalam menyelaras pelbagai program serta aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia, selain berjaya melahirkan penerima ARPRM Tahap Emas terbanyak bagi tahun 2025.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 20 orang remaja dari Tawau ditauliahkan ARPRM Tahap Emas setaraf dengan The Duke of Edinburgh’s International Award yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Tawau, pelajar SMK Tawau, SMK Jalan Apas Tawau, serta pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau dan IPGM Gaya.

Hadir mengiringi para peserta ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Noorman Ramlan bersama dua pemimpin dan mentor ARPRM Emas KRM Tawau, Alex Dennis dan Nursayfaesyah Foo Mohd Sayful.

Penasihat Kelab Rakan Muda Tawau, Alex Dennis berkata, pengiktirafan ini merupakan hasil kerjasama erat antara ahli kelab, pihak sekolah dan agensi belia di Sabah dalam membimbing remaja mencapai potensi diri secara holistik.

“Program ARPRM memberi peluang kepada remaja untuk mencabar diri, membina disiplin serta menanam nilai kepimpinan dan semangat sukarelawan. Kejayaan ini adalah bukti bahawa remaja Tawau juga mampu menyerlah di peringkat kebangsaan,” katanya.

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award yang diasaskan di London.

Ia memberi pengiktirafan kepada remaja berumur 14 hingga 24 tahun atas penglibatan aktif dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan diri tanpa elemen pertandingan dan dengan penekanan terhadap pencapaian peribadi.

ARPRM ditawarkan dalam tiga tahap iaitu Gangsa, Perak dan Emas dan kini diiktiraf di lebih 144 negara di seluruh dunia, menjadikannya salah satu program pembangunan belia antarabangsa paling berprestij.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/krm-tawau-dinobatkan-badan-operasi-terbaik/feed/ 0 85346
2 remaja ditahan kes rusuhan depan sekolah https://sabahmedia.com/2025/10/03/2-remaja-ditahan-kes-rusuhan-depan-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/2-remaja-ditahan-kes-rusuhan-depan-sekolah/#respond Fri, 03 Oct 2025 06:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82449
Read Time:33 Second

Oleh Ahmad Husnayan

LAHAD DATU: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes rusuhan di hadapan sebuah sekolah di sini, pada 27 September lalu.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun cedera selepas dipukul sekumpulan individu sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan pada 30 September lalu bagi membantu siasatan.

“Polis kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/2-remaja-ditahan-kes-rusuhan-depan-sekolah/feed/ 0 82449
Remaja 16 tahun lemas di Sungai Balung Tawau https://sabahmedia.com/2025/09/18/remaja-16-tahun-lemas-di-sungai-balung-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/remaja-16-tahun-lemas-di-sungai-balung-tawau/#respond Thu, 18 Sep 2025 09:36:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81553
Read Time:49 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika mandi-manda di Sungai Balung berhampiran Balung River Eco Resort, Batu 24 Jalan Apas, semalam.

Ketua Balai BBP Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.24 petang sebelum mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota bomba bersama dua jentera dikerahkan dan tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian, dengan jarak perjalanan 45 kilometer dari balai. Turut hadir membantu, tujuh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, operasi pencarian berjaya menemui mangsa kira-kira jam 5.35 petang pada jarak 50 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemukan pada kedalaman tiga kaki dan tersangkut di celah batu di dasar sungai. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/remaja-16-tahun-lemas-di-sungai-balung-tawau/feed/ 0 81553
Warga asing didakwa rogol remaja bawah umur https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/#respond Wed, 27 Aug 2025 10:50:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80177
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga Filipina yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan Imigresen, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja tempatan bawah umur.

Pertuduhan dibacakan kepada Mohd Khairul Nizam, 21, namun tidak ada sebarang pengakuan direkodkan daripada memandangkan tertuduh  memaklumkan kepada Hakim Amir Shah Amir Hassan, bahawa dia mempunyai peguam untuk mewakilinya.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Khairul didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada jam 9 malam pertengahan September 2024 di dalam sebuah kereta berhampiran Pejabat Pos Tuaran.

Pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa yang sama pada jam 1 tengah hari pertengahan November 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung di Tuaran.

Bagi pertuduhan ketiga, dia sekali lagi dituduh merogol remaja tersebut pada jam 8 malam awal Disember 2024 di tepi jalan, juga di Tuaran.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Khairul dijadualkan dibebaskan dari penjara Jumaat ini selepas selesai menjalani hukuman bagi kes Imigresen iaitu masuk ke Sabah tanpa pas yang sah.

Bryan membantah sebarang tawaran jaminan kerana tertuduh adalah pendatang asing tanpa izin.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang wanita berusia 31 tahun, Nurizzah Fazira Hamzah, mengaku bersalah atas kesalahan pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM10,100.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 3 September ini untuk pembacaan fakta kes dan hukuman.

Nurizzah, yang bekerja sebagai kerani akaun di syarikat peminjam wang berlesen Good Focus Mortgage Sdn Bhd, didakwa menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi antara 13 Jun hingga 16 Julai tahun ini di premis syarikat itu di Papar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/feed/ 0 80177
Dua pelajar remaja didakwa kurung, cederakan rakan sekolah https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-pelajar-remaja-didakwa-kurung-cederakan-rakan-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-pelajar-remaja-didakwa-kurung-cederakan-rakan-sekolah/#respond Thu, 14 Aug 2025 07:45:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79229
Read Time:1 Minute, 35 Second

BERNAMA

SUNGAI PETANI: Dua remaja perempuan berusia 13 tahun masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung seorang rakan sekolah mereka, bulan lepas.

Memetik laporan Bernama, kedua-dua pelajar tingkatan satu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri dalam prosiding yang berlangsung secara tertutup.

Peguam N.Nagaratnam yang mewakili kedua-dua pelajar memaklumkan pemberita bahawa bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mencederakan mangsa di dalam tandas sekolah pada 6.40 petang 14 Julai lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mengurung mangsa di lokasi, masa dan tarikh serupa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor memohon mahkamah mengenakan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh namun Nagaratnam memohon jumlah itu dikurangkan memandangkan kedua-dua anak guamnya masih bersekolah.

Mahkamah kemudian mengenakan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat mereka tidak boleh mengganggu mangsa dan menetapkan 23 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes.

Peguam Farah Azlinda Zahari daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memaklumkan mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah di sini pada 12.15 tengah hari 21 Julai lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh sementara menunggu laporan akhlak dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Okt ini.

Mohamad Azlan juga membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-pelajar-remaja-didakwa-kurung-cederakan-rakan-sekolah/feed/ 0 79229
Remaja mengaku tidak bersalah rogol sepupu https://sabahmedia.com/2025/07/22/remaja-mengaku-tidak-bersalah-rogol-sepupu/ https://sabahmedia.com/2025/07/22/remaja-mengaku-tidak-bersalah-rogol-sepupu/#respond Tue, 22 Jul 2025 13:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77751
Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol sepupunya.

Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun pada pertengahan tahun 2019, antara jam 6 hingga 7 petang, di sebuah rumah dalam daerah Tuaran.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama ketika berusia 12 tahun pada 10 Ogos 2024, antara jam 6 dan 7 pagi, juga di sebuah rumah dalam daerah Tuaran.

Hakim Amir Shah Amir Hassan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan, dan menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh sebutan kes sebelum perbicaraan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan sebagaimana dimohon oleh pihak pendakwaan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada setiap 1 haribulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/22/remaja-mengaku-tidak-bersalah-rogol-sepupu/feed/ 0 77751
Remaja pukul mata buaya, berjaya lepaskan diri https://sabahmedia.com/2024/07/23/remaja-pukul-mata-buaya-berjaya-lepaskan-diri/ https://sabahmedia.com/2024/07/23/remaja-pukul-mata-buaya-berjaya-lepaskan-diri/#respond Tue, 23 Jul 2024 12:56:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57921
Read Time:52 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun berjaya melepaskan diri dan naik ke darat selepas memukul mata seekor buaya yang cuba menyerangnya ketika turun ke sungai di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4 dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa remaja itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kaki akibat serangan buaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi pihak media mengesahkan laporan polis telah diterima mengenai kejadian itu di Balai Polis Kalabakan pada 22 Julai 2024, jam 7.26 petang.

Katanya, dalam kejadian jam lebih kurang 3 petang kelmarin (22 Jul), pengadu berusia 14, bersama bapa saudaranya berumur 18 tahun itu dan seorang kawan turun ke sungai di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4.

“Pada ketika itu, seekor buaya telah menyerang bapa saudara pengadu mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kakinya.

“Bapa saudara pengadu telah berjaya melepaskan diri dan naik ke darat dengan memukul mata buaya tersebut,” katanya.

Menurut Jasmin, mangsa kini dirawat di Hospital Tawau.

“Kes dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/23/remaja-pukul-mata-buaya-berjaya-lepaskan-diri/feed/ 0 57921
Tujuh remaja ditahan reman terlibat merusuh dengan senjata di tempat awam https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/ https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/#respond Thu, 23 May 2024 04:46:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54882
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang remaja ditahan reman kerana terlibat merusuh dengan menggunakan senjata batang paip dan kayu di tempat awam di bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan menerima maklumat kejadian pada 17 Mei 2024, jam 7.56 petang menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak disyaki sedang bergaduh sesama mereka dan melemparkan objek seperti batang paip dan kayu sebagai senjata untuk menyerang di antara satu dengan yang lain di atas jalan raya berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak polis Kota Kinabalu telah menahan reman tujuh orang suspek berumur lingkungan 14 tahun ke atas yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa kejadian pergaduhan atau rusuhan ini tiada melibatkan unsur-unsur kongsi gelap.

“Sebaliknya ia berpunca daripada buli, memeras dan rasa tidak puas hati,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/feed/ 0 54882