reman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Oct 2024 12:10:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png reman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lagi individu direman disyaki terbabit kartel seleweng penyelenggaraan sekolah-sekolah di Kudat https://sabahmedia.com/2024/10/26/dua-individu-direman-disyaki-terbabit-kartel-seleweng-penyelenggaraan-sekolah-sekolah-di-kudat/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/dua-individu-direman-disyaki-terbabit-kartel-seleweng-penyelenggaraan-sekolah-sekolah-di-kudat/#respond Sat, 26 Oct 2024 08:33:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62811
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman dua lagi individu kerana disyaki menerima rasuah membabitkan pelantikan pembekal bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat bernilai kira-kira RM600,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an telah ditahan kira-kira jam 3 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 30 Oktober 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Dzul Elmy Yunus.

“Suspek merupakan pegawai kanan yang bertugas di salah sebuah pejabat pendidikan daerah di Sabah dipercayai melakukan kegiatan ini dengan menerima sejumlah rasuah pada tahun 2023 hingga 2024 melalui kemasukan wang ke akaun bank milik proksinya.

“Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk berpakat melantik beberapa pembekal dalam urusan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga bagi pembekalan bahan mentah penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di daerah tersebut,” katanya.

Tangkapan ini adalah susulan penahanan seorang pemilik perniagaan semalam kerana disyaki mengemukakan dua tuntutan palsu bernilai kira-kira RM45,000.

Suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pada hari sama dan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 1 November 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 di mana telah mengemukakan dua tuntutan bayaran kira-kira RM25,000 dan RM20,000.

Tuntutan bayaran tersebut adalah bertujuan bagi membekalkan bahan mentah bagi pembaikan dan penyelenggaran sekolah tetapi pembekalan tidak dilaksanakan.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda, mendedahkan isu kartel penyelewengan dana sekolah melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat sewaktu ucapan perbahasan dasar Belanjawan 2025 di Parlimen dan menggesa SPRM menjalankan siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/dua-individu-direman-disyaki-terbabit-kartel-seleweng-penyelenggaraan-sekolah-sekolah-di-kudat/feed/ 0 62811
Tujuh remaja ditahan reman terlibat merusuh dengan senjata di tempat awam https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/ https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/#respond Thu, 23 May 2024 04:46:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54882
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang remaja ditahan reman kerana terlibat merusuh dengan menggunakan senjata batang paip dan kayu di tempat awam di bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan menerima maklumat kejadian pada 17 Mei 2024, jam 7.56 petang menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak disyaki sedang bergaduh sesama mereka dan melemparkan objek seperti batang paip dan kayu sebagai senjata untuk menyerang di antara satu dengan yang lain di atas jalan raya berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak polis Kota Kinabalu telah menahan reman tujuh orang suspek berumur lingkungan 14 tahun ke atas yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa kejadian pergaduhan atau rusuhan ini tiada melibatkan unsur-unsur kongsi gelap.

“Sebaliknya ia berpunca daripada buli, memeras dan rasa tidak puas hati,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/23/tujuh-remaja-ditahan-reman-kerana-merusuh-dengan-senjata-di-tempat-awam/feed/ 0 54882
Seludup PATI: 5 pegawai penguatkuasa antara 9 individu ditahan reman https://sabahmedia.com/2023/03/24/seludup-pati-5-pegawai-penguatkuasa-antara-9-individu-ditahan-reman/ https://sabahmedia.com/2023/03/24/seludup-pati-5-pegawai-penguatkuasa-antara-9-individu-ditahan-reman/#respond Fri, 24 Mar 2023 12:39:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31424
Read Time:1 Minute, 22 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman sembilan individu termasuk lima pegawai penguatkuasa dalam satu operasi dikenali Ops Lancar kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Perintah reman selama enam hari bermula 24 hingga 29 Mac 2023 dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu di Mahkamah Majistret Tawau selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, lima suspek termasuk dua pegawai wanita yang berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang hingga 8.40 malam, semalam ditahan di pejabat masing-masing dan ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber berkata, empat suspek dipercayai bertindak sebagai ejen PATI dari negara jiran yang melibatkan tiga wanita tempatan berusia antara 37 hingga 48 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 73 tahun ditahan antara jam 3.30 petang hingga 6 petang semalam.

Modus operandi sindiket terbabit ialah setiap PATI atau Pemastautin Sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan akan membayar sekitar RM2,500 kepada ejen PATI tersebut jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.

Menurut sumber, sindiket kemudian akan membekalkan MyKad tulen dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad kepada kumpulan PATI yang menggunakan khidmat mereka.

PATI dari negara jiran terbabit kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguatkuasa tersebut.

Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Dato’ Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/24/seludup-pati-5-pegawai-penguatkuasa-antara-9-individu-ditahan-reman/feed/ 0 31424