rempuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Jul 2025 06:17:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rempuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lelaki ditahan rempuh kenderaan polis, orang awam https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/#respond Tue, 15 Jul 2025 06:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77352
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Dua lelaki ditahan polis selepas bertindak nekad merempuh kenderaan pasukan keselamatan serta beberapa kenderaan awam dalam insiden di persimpangan lampu isyarat Batu 3, Jalan Apas, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 petang itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Tawau sedang menjalankan serbuan Op Tapis ke atas sebuah Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, suspek bertindak agresif apabila mereka bertindak merempuh kenderaan polis dan melanggar beberapa kenderaan milik orang awam dalam usaha meloloskan diri.

“Suspek terus memandu secara melulu menuju ke arah lampu isyarat Jalan Apas dan melanggar lebih banyak kenderaan awam sepanjang laluan sebelum berjaya ditahan selepas polis mengepung kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rakaman insiden tersebut yang dimuat naik ke media sosial tular dalam tempoh singkat dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berisiko tinggi suspek.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemui dua paket dadah disyaki syabu seberat 5.13 gram dalam sebuah beg kain dalam kenderaan terbabit, selain kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan seorang warga asing berusia 18 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Champin menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bersikap agresif dan membahayakan keselamatan orang awam.

Beliau turut menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau dadah kepada polis menerusi talian hotline IPD Tawau 089-772121 atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/feed/ 0 77352
Lelaki cedera dirempuh Toyota Hilux ketika berjoging https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/#respond Mon, 09 Jun 2025 08:00:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75266
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam satu kejadian kemalangan di Batu 3, Jalan Apas, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Jasmin memberitahu, pihak polis menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 4.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3:50 pagi ketika mangsa bersama kira-kira 20 orang rakan sedang berjoging dari arah McDonald menuju ke Bandar Seri Indah.

“Mangsa bersama dua orang rakannya berada di hadapan kumpulan dan ketika tiba di hadapan premis Cheese Garden, mangsa yang berada di bahagian kanan jalan telah dirempuh dari arah belakang oleh Toyota Hilux berwarna ‘bronze mica’ yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti,” kata beliau dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut Jasmin, mangsa berusia 34 tahun itu kini dirawat di Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Besar Tawau dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, pihak polis kini sedang giat mengesan pemandu kenderaan terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Sehubungan itu, Jasmin menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/feed/ 0 75266
Warga asing rempuh sekatan jalan raya ditahan https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/#respond Sat, 18 Feb 2023 07:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29731
Read Time:2 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Polis berjaya menahan seorang warga asing kerana bertindak merempuh sekatan jalan raya (SJR) di lokasi Kilometer 12 Jalan Lahad Datu – Tawau dalam satu Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) yang dijalankan pihak Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam tadi, mendapati suspek berumur 37 tahun itu yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lahad Datu telah bertindak merempuh sekatan jalan raya walaupun diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, akibat daripada rempuhan tersebut telah menyebabkan sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki EX250 mengalami kerosakan teruk kerana turut dirempuh oleh suspek dalam usaha untuk melepaskan diri daripada SJR itu.

Walau bagaimanapun, katanya, petugas petugas SJR lain tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Suspek yang cuba melarikan diri setelah rempuhan, berjaya ditahan dan turut dirampas adalah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback
(salon) yang dinaiki oleh suspek untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan, kes tersebut disiasat di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh suspek seperti berikut:

“Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) yang boleh dihukum pejara selama tempoh boleh sampai 2 tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 26(2) akta polis (tidak memenuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberikan oleh pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan jalan raya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi
12 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

“Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa) boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih lebih RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

“Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (tiada memiliki suatu pas yang sah dikeluarkan dengan sah kepada mana-mana individu untuk memasuki Malaysia) boleh dihukum denga denda tidak lebih RM10,000 atau
penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Rohan turut memberitahu bahawa suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi
membantu siasatan yang dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/feed/ 0 29731