Rentas desa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Apr 2026 02:39:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rentas desa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 400 murid sertai kejohanan merentas desa STAR1 https://sabahmedia.com/2026/04/19/lebih-400-murid-sertai-kejohanan-merentas-desa-star1/ https://sabahmedia.com/2026/04/19/lebih-400-murid-sertai-kejohanan-merentas-desa-star1/#respond Sun, 19 Apr 2026 02:09:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95134
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seramai lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1 (STAR1) menyertai kejohanan merentas desa yang berlangsung meriah di sini baru-baru ini.

Program yang disempurnakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Aru 1 Rezuanlly Asmari itu adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta membina daya tahan fizikal dan mental dalam kalangan murid.

Rezuanlly ketika berucap berkata, kejohanan itu juga menunjukkan semangat juang peserta selain usaha, disiplin dan keberanian untuk melangkah hingga ke garisan penamat.

“Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha kerana setiap langkah hari ini adalah pengalaman yang sangat berharga untuk kejayaan masa hadapan.

“Kejohanan seperti ini juga membuktikan bahawa apabila sekolah, guru, ibu bapa dan murid bergerak seiring, kita mampu melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing,” katanya.

Hadir sama Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjung Aru 1 Rudiana Hashim.

Terdahulu, kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu tahap satu melibatkan sejauh satu kilometer dan tahap dua melibatkan jarak sejauh 3.5 kilometer.

Kejohanan itu merupakan satu aktiviti sukan tahunan yang sering dianjurkan di sekolah sebagai sebahagian daripada program kokurikulum dan pendidikan jasmani.

Aktiviti ini melibatkan larian jarak jauh di luar kawasan sekolah seperti jalan raya, kawasan kampung atau laluan berbukit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/19/lebih-400-murid-sertai-kejohanan-merentas-desa-star1/feed/ 0 95134
Pembatalan pingat Perak diselesaikan secara baik – Fadhlina https://sabahmedia.com/2025/04/17/pembatalan-pingat-perak-diselesaikan-secara-baik-fadhlina/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/pembatalan-pingat-perak-diselesaikan-secara-baik-fadhlina/#respond Thu, 17 Apr 2025 08:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72175
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan kontroversi berhubung pembatalan pingat perak seorang atlet merentas desa di daerah Semporna baru-baru ini telah diselesaikan secara baik dan harmoni.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kerjasama erat pelbagai pihak turut memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.

Katanya, ia termasuklah wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan keluarga.

“Kita ambil maklum dan ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini sehingga ia selesai. Saya ingin memaklumkan bahawa ia telah diselesaikan secara baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani : Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS di sini hari ini.

Fadhlina turut memberi jaminan bahawa kementerian sentiasa bersedia untuk menilai dan berbincang sekiranya terdapat isu-isu baharu yang berbangkit. 

Katanya, aekiranya terdapat sebarang dakwaan tidak tepat, KPM juga terbuka untuk menjalankan siasatan demi memastikan keadilan dan ketelusan.

“InsyaAllah apa saja isu-isu yang berbangkit, kita sentiasa ada ruang untuk berbincang dan untuk nilai dan kalau ada dakwaan-dakwaan yang tidak betul dan sebagainya, kita sedia untuk siasat dan JPN memberikan komitmen penuh kepada isu-isu yang dibangkitkan,” katanya.

Terdahulu, insiden yang berlaku pada Sabtu lalu melibatkan seorang atlet lelaki bawah 15 tahun yang pada awalnya memenangi tempat kedua, namun kemudian didakwa menggunakan kenderaan semasa perlumbaan.

Dalam satu hantaran Facebook, jurulatih pelajar tersebut, Mukmin Nantang, mendakwa pingat perak tersebut dibatalkan tanpa bukti kukuh atau siasatan yang adil.

Beliau berkata tiada rakaman video atau foto dikemukakan, malah pengadil hanya bergantung kepada dakwaan lisan daripada tiga peserta lain.

Mukmin juga mendakwa data daripada jam tangan Garmin atlet tersebut yang memaparkan jarak, masa, ketinggian, kadar degupan jantung dan nadi turut diketepikan oleh pengadil. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/pembatalan-pingat-perak-diselesaikan-secara-baik-fadhlina/feed/ 0 72175
SK Lampaki juara Kejohanan Merentas Desa MSS Zon Matunggong https://sabahmedia.com/2025/04/09/sk-lampaki-juara-kejohanan-merentas-desa-mss-zon-matunggong/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/sk-lampaki-juara-kejohanan-merentas-desa-mss-zon-matunggong/#respond Wed, 09 Apr 2025 06:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71656
Read Time:1 Minute, 58 Second

Kudat : Sekolah Kebangsaan (SK) Lampaki muncul juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Matunggong 2025 bagi sekolah rendah yang berlangsung di SK Garau di sini baru-baru ini.

Kejohanan yang disertai seramai 72 murid dari enam buah sekolah rendah di daerah itu telah disempurnakan pelepasan masing-masing bagi setiap kategori oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Garau Kamissa Salleh dan Guru Besar SK Lampaki Alfred Mangabis.

Kamissa ketika berucap berkata, kejohanan itu merupakan antara platform yang memberi peluang kepada semua peserta untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan kecemerlangan mereka dalam bidang sukan.

Katanya,  penganjuran seperti itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sekolah-sekolah dalam Zon Matunggong yang terlibat.

“Melalui persaingan dalam sukan, setiap individu belajar untuk menetapkan matlamat, berusaha keras dan tidak mudah mengalah. Semua itu adalah sifat yang penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Kita semua telah menyaksikan satu acara yang bukan sahaja menguji keupayaan fizikal tetapi juga kekuatan mental dan semangat juang yang tinggi.

“Acara merentas desa ini bukan sekadar tentang siapa yang tiba dahulu di garisan penamat, tetapi tentang perjalanan yang penuh cabaran dan usaha gigih setiap peserta untuk menamatkan perlumbaan,” katanya.

Hadir sama pengerusi penganjur kejohanan Mary Mongujil.

Naib johan kejohanan dimenangi SK. Garau dan ketiga disandang oleh SK. Sabayan selain keempat dimenangi SK. Pinawantai, tempat kelima dan keenam masing-masing disandang oleh SK. Lotong dan SK. Matunggong.

Lima pemenang dari setiap kategori lelaki dan perempuan kategori bawah 12 tahun akan dipilih untuk mewakili Zon Matunggong pada Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Kudat yang akan diadakan pada 11 April bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinawantai.

Terdahulu, Mary berkata, acara merentas desa bukan sekadar satu perlumbaan, tetapi simbol ketabahan dan keazaman, seperti dalam pendidikan, kejayaan memerlukan usaha berterusan, disiplin serta semangat tidak berputus asa. 

Katanya, kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang baik juga penting untuk membantu minda yang cerdas bagi murid-murid.

Beliau juga menyatakan agar menjadikan acara larian ini sebagai inspirasi untuk terus berusaha dalam pelajaran dan kehidupan.

“Jangan takut pada cabaran, kerana setiap langkah yang diambil mendekatkan kita kepada kejayaan. Walaupun kejohanan ini julung kali diadakan di peringkat zon, namun semua sekolah memberi komitmen yang sangat baik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, jurulatih, sukarelawan, jawatankuasa penganjur, semua peserta dan pihak penaja Life Water yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan kejohanan pada kali ini. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/sk-lampaki-juara-kejohanan-merentas-desa-mss-zon-matunggong/feed/ 0 71656