rentas negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Oct 2021 14:07:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rentas negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat Digesa Terus Patuhi SOP Kendiri Meskipun Rentas Daerah & Rentas Negeri Dibenarkan – Masidi https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/#respond Wed, 13 Oct 2021 14:07:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7497
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kendiri yang telah digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan Rentas Daerah adalah dibenarkan mulai 14 Oktober 2021 dan Rentas Negeri dibenarkan bermula 1 November 2021 tetapi ianya tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

“Masyarakat digesa terus mematuhi SOP kendiri setiap masa untuk mengekang penularan jangkitan baharu COVID-19,” tegasnya.

Masidi berkata, kes kembali meningkat hari ini sebanyak 44 kes menjadikan 751 kes positif baharu dicatatkan di Sabah. Namun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh hari ini iaitu 1,145 lebih tinggi berbanding kes positif baharu.

Sehubungan dengan itu, perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang hari ini dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta satu daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam, “ujarnya.

Katanya, terdapat lapan daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom (+32) kes, Sandakan (+28) kes, Kota Kinabalu (+19) kes, Tuaran (+15) kes, Kota Belud (+12) kes, Penampang (+12) kes, Beaufort (+10) kes dan Tambunan (+10) kes.

Walau bagaimanapun, kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas dua hari keputusan diketahui.

Dalam pada itu, sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Sandakan manakala Kudat mencatatkan dua kes kematian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/feed/ 0 7497
Sabah Benarkan Rentas Daerah Bermula Esok, Rentas Negeri Pada 1 November Ini https://sabahmedia.com/2021/10/13/sabah-benarkan-rentas-daerah-bermula-esok-rentas-negeri-pada-1-november-ini/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/sabah-benarkan-rentas-daerah-bermula-esok-rentas-negeri-pada-1-november-ini/#respond Wed, 13 Oct 2021 07:35:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7486
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia selepas kerajaan berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi yang lengkap bagi populasi dewasa di Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah sehingga 11 Oktober lalu oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus.

“Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri pada hari ini bersetuju supaya pergerakan rentas daerah dibenarkan mulai 14 Oktober iaitu esok,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji berkata, pergerakan rentas daerah juga perlu mengikuti syarat yang ditetapkan termasuk individu perlu lengkap divaksinasi.

Katanya, selain itu, remaja berusia 12 hingga 18 tahun juga perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan Negeri turut bersetuju membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 1 November depan.

Katanya, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

“Antaranya, individu telah lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

“Selain itu, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/sabah-benarkan-rentas-daerah-bermula-esok-rentas-negeri-pada-1-november-ini/feed/ 0 7486
Kerajaan Sabah Buat Keputusan Rabu Ini Berhubung Pergerakan Rentas Negeri https://sabahmedia.com/2021/10/10/kerajaan-sabah-buat-keputusan-rabu-ini-berhubung-pergerakan-rentas-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/10/10/kerajaan-sabah-buat-keputusan-rabu-ini-berhubung-pergerakan-rentas-negeri/#respond Sun, 10 Oct 2021 09:00:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7373
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat keputusan Rabu ini sama ada pergerakan rentas negeri akan turut dikuatkuasakan di negeri ini atau tidak selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan kebenaran rentas negeri di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah akan mengemukakan cadangan berkaitan rentas negeri untuk dibincang pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

“Kita ambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang telah memperolehi vaksin lengkap belum sampai kepada 90 peratus  iaitu hanya sekitar 65 peratus.

“Ia juga ada prasyarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kebenaran rentas negeri mulai esok.

Masidi berkata, Sabah kini masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut Zon (sistem Zon) dan kawalan rentas daerah diluar kawasan Zon masih berkuatkuasa.

Terdahulu, sebelum ini Masidi berkata, pergerakan rentas negeri mungkin tidak dibenarkan di Sabah dalam tempoh terdekat susulan kadar vaksinasi yang masih rendah.

Katanya, kebenaran rentas negeri akan dipertimbangkan sebaik sahaja kadar vaksinasi populasi dewasa di Sabah mencapai tahap yang munasabah.

Petang tadi, kerajaan Persekutuan membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan larangan aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri berkata, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/10/kerajaan-sabah-buat-keputusan-rabu-ini-berhubung-pergerakan-rentas-negeri/feed/ 0 7373
Kadar Vaksinasi Masih Rendah, Sabah Belum Benarkan Rentas Negeri https://sabahmedia.com/2021/10/08/kadar-vaksinasi-masih-rendah-sabah-belum-benarkan-rentas-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/10/08/kadar-vaksinasi-masih-rendah-sabah-belum-benarkan-rentas-negeri/#respond Fri, 08 Oct 2021 09:58:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7312
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU:  Mengambil kira kadar vaksinasi yang masih rendah, pergerakan rentas negeri mungkin masih tidak dibenarkan di Sabah dalam tempoh terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran rentas negeri akan dipertimbangkan sebaik sahaja kadar vaksinasi populasi dewasa di Sabah mencapai tahap yang munasabah.

“Kita akan mempertimbangkan (rentas negeri) apabila kita mencapai kadar vaksinasi penduduk yang munasabah,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Setakat semalam, seramai 2.06 juta atau 74.8 peratus penduduk dewasa Sabah telah menerima vaksin dan daripada jumlah itu, seramai 1.85 juta atau 67.4 peratus penduduk dewasa menerima vaksin yang lengkap.

Justeru, pergerakan di Sabah akan kekal mengikut sistem zon seperti yang dikuatkuasakan sejak 1 Oktober lalu.

Ketika ini, pergerakan rentas daerah di Sabah dibahagikan kepada lima bagi daerah-daerah yang sudah mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi.

Sementara itu, tujuh daerah tidak dimasukkan dalam zon dan kekal sebagai daerah persendirian kerana kadar vaksinasi penduduk dewasa belum mencapai 60 peratus. Ia termasuk Kinabatangan, Telupid, Sandakan, Tawau, Semporna, Papar dan Nabawan.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan Sabah satu-satunya daerah yang belum mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksin. Maka, program jangkauan luar (outreach) akan diperhebatkan di Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan kebenaran rentas negeri akan diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi.

Berdasarkan laman Covidnow, seramai 20.78 juta atau 88.8 peratus penduduk dewasa telah divaksin di Malaysia setakat semalam.

Perkembangan ini memberi gambaran awal bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai sekurang-kurangnya pada minggu ini. – Utusan Online

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/08/kadar-vaksinasi-masih-rendah-sabah-belum-benarkan-rentas-negeri/feed/ 0 7312
Pergerakan Rentas Negeri Semakin Hampir https://sabahmedia.com/2021/10/07/pergerakan-rentas-negeri-semakin-hampir/ https://sabahmedia.com/2021/10/07/pergerakan-rentas-negeri-semakin-hampir/#respond Thu, 07 Oct 2021 07:17:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7264
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Pergerakan rentas negeri akan dibenarkan kerajaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya turut menyarankan agar orang ramai untuk menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan individu tersayang, khususnya jika mahu pulang ke kampung halaman.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.  Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya melalui Twitter, disini hari ini.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti, dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19 apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

Portal COVIDNOW menunjukkan kadar populasi dewasa yang lengkap divaksin sudah mencecah 88.8 peratus, setakat tengah malam tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/07/pergerakan-rentas-negeri-semakin-hampir/feed/ 0 7264