rentas zon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Oct 2021 07:29:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rentas zon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 9 Daerah Berstatus ‘Stand Alone District’ Dinilai Semula https://sabahmedia.com/2021/10/01/9-daerah-berstatus-stand-alone-district-dinilai-semula/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/9-daerah-berstatus-stand-alone-district-dinilai-semula/#respond Fri, 01 Oct 2021 07:29:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7064
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengkaji dan menilai semula prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sembilan daerah yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah yang berjaya mencapai sasaran tersebut dengan sendirinya akan beralih ke sekatan mengikut zon yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri aakn sentiasa mengkaji dan menilai semula prestasi imunisasi di daerah yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Daerah yang berjaya mencapai sasaran tersebut dengan sendirinya melayakkan penduduk bergerak dalam kawasan zon yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri mengumumkan sebanyak 18 daerah beralih ke sekatan mengikut zon bermula hari membabitkan lima zon manakala sembilan lagi daerah kekal dikenakan sebagai ‘Stand Alone District’.

Sembilan daerah berkenaan ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kelonggaran yang dibuat adalah bagi membantu menyemarakkan semula aktiviti ekonomi rakyat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

“Hari ini ialah permulaan pelaksanaan sistem rentas daerah dalam Zon. Kelonggaran ini dibuat untuk membantu menyemarakkan semula kegiatan ekonomi rakyat yang banyak terjejas oleh pandemik COVID-19.

“Kita belum memenangi peperangan melawan virus COVID-19. Adalah diharapkan kelonggaran bergerak ini akan dilihat oleh penduduk sebagai meletakkan tanggungjawab keatas bahu mereka untuk memastikan pematuhan secara total kepada semua SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Vaksin tidak melindungi kita 100 peratus daripada jangkitan virus COVID-19. Yang melengkapkan perlindungan ialah sikap kita sendiri untuk sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita daripada terdedah kepada jangkitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/9-daerah-berstatus-stand-alone-district-dinilai-semula/feed/ 0 7064
Sembilan Daerah Dikategorikan ‘Stand Alone District’, 18 Lagi Dibenarkan Rentas Daerah Mengikut Zon https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/#comments Thu, 30 Sep 2021 13:28:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7049
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak sembilan daerah di Sabah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district) selepas daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi 18 daerah lain akan dibenarkan bergerak mengikut pembahagian daerah dalam zon berkuatkuasa 1 Oktober.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, mulai esok daerah –daerah akan dibahagikan mengikut zon iaitu sebanyak lima zon.

“Bagi Zon 1, ia membabitkan Kota Kinabalu; Penampang; Putatan; Tuaran; Ranau dan Kota Belud manakala bagi Zon 2 ia membabitkan Beaufort; Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Kudat; Kota Marudu; Pitas dan Beluran diletakkan dalam Zon 3 dan Lahad Datu serta Kunak diletakkan di Zon 4.

Katanya, bagi Zon 5 pula melibatkan Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Manakala bagi Daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan adalah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district).

“Ini disebabkan daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” katanya.

PEMBAHAGIAN DAERAH DALAM ZON

Zon 1 – Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Zon 2 – Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

Zon 3 – Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran.

Zon 4 – Lahad Datu dan Kunak.

Zon 5 – Keningau, Tambunan dan Tenom.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/feed/ 1 7049
Sabah Cadang Beralih Sistem Zon Jumaat Ini, Setiap Daerah Perlu Capai Nilai Ambang 60 Peratus Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/#respond Tue, 28 Sep 2021 09:10:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6935
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah bercadang untuk beralih ke sistem zon sebagai peralihan berkala daripada sekaran rentas daerah kepada rentas zon bermula Jumaat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan itu akan tertakluk kepada syarat kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa negeri Sabah telah mencapai 60 peratus.

“Selain itu, setiap daerah dalam setiap zon juga perlu dan telah mencapai nilai ambang 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Daerah-daerah dalam zon yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi dengan sendirinya terkeluar daripada zon berkenaan sehingga daerah tersebut mencapai nilai ambang 60 peratus kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna mana-mana daerah yang belum melepasi syarat yang ditetapkan akan kekal dengan status sekarang.

Pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada Khamis lalu, Masidi memaklumkan Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah mengikut zon mulai 1 Oktober ini.

Katanya, keputusan itu selepas pembincangan dibuat bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin.

“Kami sepakat agar pada masa terdekat ini, Sabah kembali kepada sistem zon (rentas daerah) dengan syarat 60 peratus populasi dewasa di setiap zon divaksin.

“Bagaimanapun, saya juga mencadangkan agar kebenaran rentas daerah di seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Setiap keputusan mahupun perubahan akan dilakukan berdasarkan analisis terhadap data dan situasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/feed/ 0 6935
DUN Sabah : Rentas Zon Akan Dilaksanakan Semula Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/23/dun-sabah-rentas-zon-akan-dilaksanakan-semula-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/dun-sabah-rentas-zon-akan-dilaksanakan-semula-di-sabah/#comments Thu, 23 Sep 2021 09:23:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6779
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sistem rentas daerah mengikut enam zon di Sabah akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan sistem ini sejajar dengan kadar vaksinasi yang telah mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Kami telah sepakat untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat.

“Untuk masa yang terdekat ini, oleh kerana kita telah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus  populasi dewasa, kita akan kembali kepada sistem zon yang dibahagikan kepada enam zon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Masidi berkata, penduduk di sesuatu zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali dari atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus penduduk dewasanya.

“Saya juga telah mencadangkan agar kebenaran rentas daerah seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Setiap keputusan akan dibuat berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/dun-sabah-rentas-zon-akan-dilaksanakan-semula-di-sabah/feed/ 1 6779