Rentung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Aug 2026 01:28:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rentung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mangsa ketiga ditemukan rentung, tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/#respond Sun, 30 Aug 2026 01:19:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102482
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang lagi mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran rumah setinggan atas air di Kampung Numbak di sini, ditemukan rentung pagi ini.

Penemuan mangsa ketiga itu menjadikan keseluruhan tiga mangsa maut dalam kejadian berkenaan, membabitkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, maklumat terkini mengesahkan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Asrul Abdullah, 6, Nana Abdullah, 4, dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8.

Kebakaran yang dilaporkan pada kira-kira jam 1.40 pagi itu membabitkan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal di Kampung Lok Buta, dengan anggaran awal kira-kira 202 rumah terjejas.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.54 pagi dan berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran pada jam 4.30 pagi.

Operasi pemadaman dan kerja-kerja pemeriksaan lanjut masih dijalankan, manakala jumlah sebenar rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/feed/ 0 102482
Dua kes kebakaran di Sabah, mangsa rentung di Kudat dan Semporna https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/#respond Sat, 24 Jan 2026 10:44:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90328
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUDAT: Sepasang suami isteri warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lausan, Batu 4, dekat sini, semalam (23 Jan).

Mangsa lelaki berusia 74 tahun manakala isterinya 73 tahun ditemui di bilik tidur selepas kediaman mereka terbakar sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.58 malam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 12.36 tengah malam.

Katanya, pasukan bomba berdepan kesukaran memasuki kawasan kejadian berikutan laluan jambatan sempit serta halangan wayar elektrik rendah.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan jam 2.00 pagi manakala mangsa kedua jam 3.50 pagi.

Operasi melibatkan seramai 18 anggota JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat serta Pasukan Bomba Sukarela Kampung Ayer, dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RELA. Operasi dikawal pada jam 1.30 pagi dan tamat sepenuhnya jam 4.47 pagi.

Sementara itu, di lokasi berasingan di Semporna, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Munairaya Baluan, 58 tahun, ditemukan rentung dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah setinggan di Kampung Perigi pada Sabtu (24 Jan).

Mangsa ditemui di ruang bilik rumah pertama yang terbakar.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa rentung merupakan seorang wanita OKU penglihatan terlibat dalam kebakaran membabitkan tujuh buah rumah di Kg Perigi, Semporna pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah
Tujuh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Perigi, Semporna pagi tadi.

Operasi pemadaman dikawal pada jam 11.57 pagi dan tamat sepenuhnya jam 2.05 petang, melibatkan sembilan anggota BBP Semporna dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Air.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/feed/ 0 90328
Suami isteri rentung dalam kebakaran rumah di Kota Belud https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/#respond Thu, 24 Jul 2025 00:04:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77815
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA BELUD: Sepasang suami isteri ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sangkir awal pagi Khamis (24 Julai).

Dalam kejadian kira-kira jam 2.52 pagi itu, rumah jenis kekal satu tingkat terbakar 100 peratus, manakala sebuah kereta jenis Proton Saga yang diletakkan berhampiran turut musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Elge Bakuk berkata, dua mangsa, masing-masing lelaki dan wanita berusia 47 tahun merupakan pasangan suami isteri itu ditemukan rentung di bilik mandi rumah tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi dan jentera bomba dari BBP Kota Belud bersama 12 anggota digerakkan ke lokasi sejauh 12.2 kilometer.

“Pasukan tiba pada jam 3.04 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan yang telah terbakar sepenuhnya. Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.22 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi selepas memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi.

Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan punca kebakaran sedang dijalankan.

Turut membantu dalam operasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity yang hadir ke lokasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/feed/ 0 77815
Wanita rentung, suami cedera dalam kebakaran premis jual petrol di Beluran https://sabahmedia.com/2025/06/20/wanita-rentung-suami-cedera-dalam-kebakaran-premis-jual-petrol-di-beluran/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/wanita-rentung-suami-cedera-dalam-kebakaran-premis-jual-petrol-di-beluran/#respond Fri, 20 Jun 2025 11:00:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75885
Read Time:51 Second

BELURAN: Seorang wanita ditemukan rentung manakala suaminya cedera dalam kebakaran sebuah premis perniagaan menjual petrol di Kampung Nangoh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira jam 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari premis yang menyimpan bahan mudah terbakar, menyebabkan api marak dengan pantas dan memusnahkan struktur bangunan kayu berkenaan.

“Mangsa wanita berusia 58 tahun ditemukan rentung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan melecur pada 46 peratus anggota badan termasuk muka dan tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa lelaki dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan, manakala mayat isterinya dibawa ke Hospital Sandakan untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran kes mati mengejut (SDR).

“PDRM menasihatkan semua pengusaha premis, khususnya yang menyimpan bahan mudah terbakar, agar sentiasa mematuhi tahap keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/wanita-rentung-suami-cedera-dalam-kebakaran-premis-jual-petrol-di-beluran/feed/ 0 75885
Warga emas wanita rentung dalam kebakaran rumah di Kg Muhibbah, Ranau https://sabahmedia.com/2024/11/15/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran-di-kg-muhibbah-ranau/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran-di-kg-muhibbah-ranau/#respond Fri, 15 Nov 2024 03:19:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63767
Read Time:58 Second

RANAU: Seorang wanita warga emas ditemui rentung terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Muhibbah dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Wong Ling Ying berusia 74 Tahun mayatnya ditemui dijumpai di rumah pertama selepas api dipadamkan oleh pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Ranau terdiri daripada sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.20 pagi tadi.

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis kekal iaitu rumah pertama telah terbakar 99 peratus manakala rumah kedua telah terbakar 50 peratus.

“Turut terbakar dua buah kenderaan iaitu jenis Toyota Hilux Single dan kereta jenis Perodua Myvi terbakar.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, kata kenyataan itu terdapat seorang mangsa warga emas rentung dalam kebakaran tersebut dan dijumpai di rumah pertama.

“Seterusnya pasukan bomba menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi keajadian operasi ditamatkan pada jam 4.14 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran-di-kg-muhibbah-ranau/feed/ 0 63767
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kg Pituru https://sabahmedia.com/2024/10/07/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran/#respond Mon, 07 Oct 2024 03:08:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61786
Read Time:48 Second

KUDAT: Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru di sini malam tadi.

Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kg Pituru, Kudat malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.10 malam tadi (6 Okt).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, Komander Operasi Mohd Najib Jasri melaporkan terdapat satu kebakaran melibatkan sebuah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran itu sebuah kenderaan perodua kembara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, kebakaran telah dipadamkan oleh orang kampung sebelum ketibaan Pasukan Bomba.

“Namun terdapat seorang mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia 76 tahun ditemui rentung di dilaporkan.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan telah dijalankan di sekitar kawasan terbabit dan memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.25 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/warga-emas-wanita-rentung-dalam-kebakaran/feed/ 0 61786
Kanak-kanak lelaki lapan tahun ditemui rentung, kebakaran rumah di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/#respond Wed, 21 Aug 2024 21:22:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59470
Read Time:52 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Telisai di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Qalish Abdul Jumain ditemui rentung di ruang bilik rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam tadi (21 Ogos) sepasukan bomba dari Balai Bomba Lahad Datu dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran menggunakan sumber air dari tangki Jentera Bomba dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki ditemui rentung pada jam 20.59 di ruang bilik.

“Mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud pada jam 12.45 tengah malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/feed/ 0 59470
Remaja perempuan ditemui rentung dalam kebakaran rumah https://sabahmedia.com/2024/05/14/remaja-perempuan-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah/ https://sabahmedia.com/2024/05/14/remaja-perempuan-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah/#respond Tue, 14 May 2024 01:29:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54380
Read Time:35 Second

RANAU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Lasing dekat sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.36 awal pagi tadi.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba Ranau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman namun menemui seorang mangsa remaja perempuan telah rentung dalam rumah yang terbakar itu.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 4.26 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/14/remaja-perempuan-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah/feed/ 0 54380
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/04/30/warga-emas-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/04/30/warga-emas-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-sandakan/#respond Tue, 30 Apr 2024 01:39:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53705
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur Jalan Ulu Dusun Batu 28 di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba Sandakan, Severinus Sainkui berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 12.41 tengah malam tadi, sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi (KO) Saidha Yulius dari Balai Bomba Sandakan bergegas ke lokasi kejadian.

“KO melaporkan terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan juga turut menemukan seorang mangsa berdekatan dengan pintu telah rentung terlibat dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Severinus, difahamkan ketika kejadian terdapat empat orang mangsa berada dalam rumah tersebut selain warga emas berkenaan, seorang anak perempuannya, dua orang cucu lelaki dan perempuan, bagaimanapun ketiga-tiga mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa wanita warga emas tersebut dikenali sebagai Bojan Damik berusia 84 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/30/warga-emas-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-sandakan/feed/ 0 53705
Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi di Kalabakan https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/#respond Mon, 15 May 2023 02:15:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34393
Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Seorang lelaki ditemui rentung terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu di Brumas Estate, Kalabakan pada Ahad (14 Mei).

Pasukan polis membawa mayat mangsa kebakaran rumah kongsi tersebut untuk siasatan lanjut. – Foto ihsan BBP Tawau

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Bombalai berkenaan kes kebakaran rumah kongsi di Brumas Estate, Kalabakan.

Katanya, kebakaran berlaku pada jam 9 pagi pada Ahad (14 Mei) dan pengadu tidak dapat membuat laporan kepada pihak bomba semasa kejadian berikutan tiada liputan rangkaian komunikasi.

“Pengadu membuat laporan ke balai polis berdekatan (Bombalai) berkenaan kejadian tersebut dan menjumpai seorang mangsa rentung di dalam kebakaran rumah kongsi itu.

“Seterusnya pihak polis memaklumkan kes kebakaran kepada pihak bomba pada jam 1.50 petang.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat dan membuat pengesahan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Tindakan pasukan bomba di lokasi menyerahkan mangsa rentung kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Sofian Aggel Ibrahim berusia 52 tahun.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada keberbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya 6.31 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/feed/ 0 34393