Rina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Sep 2026 01:59:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kota Kinabalu berpotensi jadi bandar mesra warga emas Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/15/kota-kinabalu-berpotensi-jadi-bandar-mesra-warga-emas-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/15/kota-kinabalu-berpotensi-jadi-bandar-mesra-warga-emas-sabah/#respond Tue, 15 Sep 2026 01:59:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103424
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu berpotensi menjadi bandar peneraju dalam usaha mewujudkan komuniti mesra warga emas di Sabah, kata Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki.

Beliau berkata usaha berkenaan memerlukan penglibatan menyeluruh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penyedia perkhidmatan kesihatan, keluarga, sektor perniagaan dan pertubuhan masyarakat.

Menurutnya, visi yang diketengahkan melalui Malaysian Conference on Healthy Ageing (MCHA) amat bertepatan dengan perkembangan demografi negara yang sedang menuju ke arah masyarakat menua.

Katanya, komuniti perlu membuat persediaan lebih awal bagi memastikan keperluan warga emas dapat dipenuhi, khususnya dari aspek kesihatan, kebajikan, sosial dan persekitaran kehidupan.

“Penuaan sihat tidak seharusnya dilihat dari sudut penjagaan kesihatan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi keterangkuman sosial, sokongan komuniti, kebebasan serta kualiti hidup.

“Mewujudkan bandar mesra warga emas memerlukan pendekatan melibatkan seluruh komuniti supaya warga emas dapat menjalani kehidupan dengan bermaruah, kekal berdikari dan terus mengambil bahagian secara bermakna dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Malaysian Conference on Healthy Ageing (MCHA) Ke-11 di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri, Datuk Rina Jainal.

Julita berkata perubahan profil demografi negara turut menuntut perhatian lebih besar terhadap keupayaan komuniti, ruang awam dan perkhidmatan dalam memenuhi keperluan golongan warga emas.

Katanya, berdasarkan anggaran penduduk 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berusia 60 tahun dan ke atas kini merangkumi kira-kira 12.6 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

“Angka ini dijangka mencapai 15 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Di bawah Dasar Warga Emas Negara, pencapaian ambang 15 peratus akan meletakkan Malaysia dalam kalangan negara menua,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata persediaan awal perlu dilaksanakan bagi memastikan perubahan demografi berkenaan dapat diurus secara berkesan dan tidak hanya ditangani apabila penuaan penduduk sudah menjadi cabaran yang lebih ketara.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting bagi membolehkan warga emas terus menikmati kehidupan yang sihat, aktif dan berkualiti, selain mengekalkan hubungan erat dengan keluarga serta komuniti.

“Matlamatnya adalah untuk memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih panjang, sihat dan aktif, di samping terus mempunyai hubungan yang erat dengan keluarga dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata konsep bandar mesra warga emas juga perlu mengambil kira aspek persekitaran fizikal dan sosial yang membolehkan golongan berkenaan bergerak, berinteraksi dan menjalani kehidupan harian secara lebih selamat serta berdikari.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/15/kota-kinabalu-berpotensi-jadi-bandar-mesra-warga-emas-sabah/feed/ 0 103424
Kerajaan Negeri perkasa agenda perlindungan wanita, tangani keganasan rumah tangga https://sabahmedia.com/2026/07/09/kerajaan-negeri-perkasa-agenda-perlindungan-wanita-tangani-keganasan-rumah-tangga/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/kerajaan-negeri-perkasa-agenda-perlindungan-wanita-tangani-keganasan-rumah-tangga/#respond Thu, 09 Jul 2026 00:50:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99566
Read Time:2 Minute, 15 Second

TAWAU: Kerajaan Negeri komited meletakkan agenda perlindungan wanita sebagai antara keutamaan tertinggi dalam usaha memperkasa kesejahteraan kaum hawa di Sabah.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata, pelbagai program dan inisiatif terus dilaksanakan bagi melindungi wanita daripada menjadi mangsa keganasan, selain memperkukuh peranan mereka dalam pembangunan masyarakat.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memperkasakan rangkaian sokongan tempatan menerusi pelbagai program kesedaran undang-undang, sokongan psikologi serta penyediaan perlindungan sementara yang selamat kepada mangsa yang memerlukan.

Katanya, sebuah Pusat Bantuan Guaman Wanita telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) sejak 2018 bagi menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma kepada wanita tempatan yang memerlukan bantuan.

Rina Jainal

“Justeru, marilah kita bersama-sama menguar-uarkan inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada semua lapisan masyarakat.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan dana serta sokongan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita di Sabah supaya dapat bergerak aktif di peringkat akar umbi.

“Kita mahu memastikan struktur sokongan di peringkat negeri sentiasa bersiap siaga, mudah diakses dan responsif terhadap sebarang keperluan yang dihadapi oleh kaum wanita, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Advokasi@KRT dan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Rina turut menyeru seluruh masyarakat agar menentang sebarang bentuk keganasan dan penindasan terhadap wanita kerana isu berkenaan memberi kesan besar kepada kesejahteraan sosial serta keharmonian institusi kekeluargaan.

“Kita tidak lagi mahu berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan dalam rumah tangga kerana kita sentiasa percaya bahawa pemerkasaan wanita dan keharmonian keluarga adalah teras kepada kestabilan sesebuah negeri.

“Jika sesebuah institusi kekeluargaan itu goyah, kesannya akan meresap ke dalam struktur masyarakat. Justeru, kehadiran kita di sini adalah satu langkah intervensi awal yang amat penting dalam membina kesedaran di peringkat akar umbi.

“Keganasan rumah tangga bukan lagi isu yang boleh dianggap sebagai urusan peribadi sesebuah keluarga. Sebaliknya, ia merupakan isu sosial yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan masyarakat, pembangunan modal insan serta masa depan generasi akan datang.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan setiap mangsa mengetahui hak mereka, berani mendapatkan bantuan dan tidak berdepan dengan cabaran tersebut secara bersendirian,” ujarnya.

Pada program itu, Rina turut menyampaikan sijil penghargaan dan plak kepada agensi pelaksana serta pempamer yang bekerjasama menyokong agenda perlindungan wanita dan kesejahteraan keluarga.

Antara agensi terlibat ialah Rumah Perlindungan Wanita Kota Kinabalu, Bahagian Derma Organ dan Fisioterapi Hospital Tawau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Hanani Sapit; Pengarah JHEWA, Haslina Ismail; serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/kerajaan-negeri-perkasa-agenda-perlindungan-wanita-tangani-keganasan-rumah-tangga/feed/ 0 99566