RM1.85 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Mar 2023 06:19:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM1.85 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM1.85 juta untuk bantu pelajar Sabah di Timur Tengah https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/ https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/#respond Sun, 19 Mar 2023 06:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31087
Read Time:1 Minute, 37 Second

KAHERAH: Kerajaan Negeri meluluskan RM1.85 juta untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah yang sedang belajar di Mesir, Arab Saudi dan Jordan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri memahami kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh pelajar di Timur Tengah,” katanya sambil menambah bahawa Yayasan Kebajikan Sabah dan Yayasan Sabah akan menyelaraskan bantuan.

Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan bersama pelajar Sabah yang sedang menuntut di universiti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi anjuran Yayasan Sabah di Al-Saraya Intercontinental, Hotel City Star, di sini pada Sabtu.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Lebih 200 pelajar Sabah kini sedang menuntut di negara-negara tersebut.

Hajiji menyeru kepada semu pelajar supaya terus fokus pada pelajaran dan mempelajari Al-Quran dan hadis secara mendalam.

“Saya mahu anda semua terus fokus pada pelajaran dan gunakan peluang ini untuk mempelajari Al-Quran dan Hadis secara mendalam. Mempunyai pemahaman yang lebih mendalam akan meningkatkan intelek anda, nilai yang akan menjadi aset kepada anda apabila kembali berkhidmat kepada negara,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan RM10,000 untuk membeli buku perpustakaan Wisma Yayasan Sabah di situ daripada Majlis Islam Sabah (MUIS), set Hadrah bernilai RM4,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah serta set komputer kepada Persatuan Pelajar Mesir disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri turut mengadakan sesi minum pagi bersama pelajar sebelum meneruskan penerbangan bersama isteri dan rombongan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pada 16 Mac lalu, Ketua Menteri telah melawat Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Beliau diiringi oleh Safar, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli lembaga pengarah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/feed/ 0 31087