RM1 bilion – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Jun 2023 08:51:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM1 bilion – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah sasar RM1 bilion anugerah kontrak minyak dan gas tempatan tahun ini https://sabahmedia.com/2023/06/08/sabah-sasar-rm1-bilion-anugerah-kontrak-minyak-dan-gas-tempatan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/06/08/sabah-sasar-rm1-bilion-anugerah-kontrak-minyak-dan-gas-tempatan-tahun-ini/#respond Thu, 08 Jun 2023 08:51:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35987
Read Time:3 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sabah menyasarkan memperoleh RM1 bilion anugerah kontrak tempatan atau 20 peratus daripada jumlah kontrak minyak dan gas yang diberikan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata sasaran itu akan meningkat kepada 30 peratus untuk tahun hadapan.

“Sehingga kini, anugerah kontrak tempatan telah mencecah RM564 juta, bersamaan dengan 11 peratus jumlah perbelanjaan pada 2022.

“Kami serius dalam pengambilan dan pembangunan bakat tempatan dalam sektor ini dan ia adalah keutamaan utama bagi Sabah,” katanya pada Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) ke-10 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji berkata, keperluan untuk kandungan tempatan bertujuan untuk mewujudkan pekerjaan, mempromosikan perusahaan tempatan pembangunan dan mempercepatkan pemindahan kemahiran dan teknologi, khususnya untuk sektor minyak dan gas.

Katanya,vdi bawah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mesra pelabur, Sabah menyasarkan untuk memperoleh tambahan aset Huluan dan pengeluar LNG dan akan mempertimbangkan peluang tenaga hijau yang sesuai pada masa yang sama.

“Walaupun minyak dan gas akan menyediakan aliran hasil penting untuk negeri ini, kami juga mengalu-alukan pelabur untuk menerokai tenaga boleh diperbaharui seperti teknologi solar dan penyimpanan, hidro, geoterma, dan juga peluang pasaran karbon di Sabah,” katanya.

“Apabila kami mengambil alih tampuk pemerintahan lebih dua tahun lalu, kami menetapkan hala tuju yang jelas dan memaklumkan tindakan kami yang menentukan. Kami menetapkan keutamaan utama dalam pelan hala tuju pembangunan lima tahun kami, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang menggariskan hala tuju strategik baharu untuk pembangunan ekonomi Sabah.

“Hari ini, saya berbangga untuk mengatakan kami telah melakukan yang terbaik dan berada di landasan yang betul melihat kemajuan yang telah kami capai. Di sebalik cabaran ekonomi yang dihadapi bukan sahaja oleh negeri tetapi di peringkat global. Sabah pada akhir Disember 2022 telah mencapai hasil RM6.960 bilion, yang tertinggi dicatatkan setakat ini.

“Ini mewakili peningkatan 28 peratus daripada pencapaian tahun sebelumnya sebanyak RM5.449 bilion. Kami tidak akan berpuas hati tetapi akan terus melaksanakan dasar yang kukuh untuk membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini, mewujudkan lebih banyak spin-off ekonomi dan menggandakan usaha kami untuk menjana lebih banyak hasil melalui cara dan sumber baharu serta inovatif,” katanya.

Tambah beliau lagi, sejak menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial dengan Petronas pada Dis 2021 dan pelancaran Pelan Induk Gas Sabah pada Januari tahun lepas, ditambah dengan operasi petroleum lain, Sabah dijangka mengumpul hasil tambahan sebanyak RM2.45 bilion setiap tahun dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada sektor minyak dan gas.

“Malah, setakat 31 Mei 2023, RM715 juta telahpun dikutip dan sejak 2022, ekuiti 10 peratus Sabah dalam LNG9 telah memperoleh RM337 juta negeri setakat ini.

“Pengambilalihan 25 peratus ekuiti Sabah dalam SAMUR dan 50 peratus kepentingannya dalam Samarang juga dijangka menjana pulangan yang baik,” jelasnya.

Hajiji berkata Sabah mempunyai potensi besar dengan sumber minyak dan gas yang baik, menghasilkan kira-kira 40 peratus minyak dan hanya di bawah 20 peratus gas di Malaysia.

“Negara bekerjasama dengan Petronas, syarikat minyak dan gas antarabangsa dan syarikat tempatan untuk mewujudkan persekitaran FDI yang menggalakkan dari Hulu ke LNG kepada pembangunan hiliran domestik dan perkhidmatan minyak dan gas.

“Ini termasuk pelaburan Esteel bernilai AS$2 bilion untuk menghasilkan HBI (Hot Briquette Iron) dan keluli rata di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) untuk Fasa 1 yang akan diikuti dengan pelaburan berbilion dolar untuk menghasilkan produk keluli hijau pada fasa berikutnya,” katanya.

Tambahnya, Fasa 1 dijangka berada dalam pengeluaran komersial menjelang 2026-2027, menyediakan kira-kira 2,800 peluang pekerjaan langsung semasa tempoh pembinaan puncak.

“Satu lagi kerjasama negeri Petronas-Sabah yang akan mewujudkan pelbagai spin-off untuk negeri ini ialah kemudahan LNG terapung ZLNG berbilion ringgit juga akan dibina di SOGIP berhampiran pantai,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/08/sabah-sasar-rm1-bilion-anugerah-kontrak-minyak-dan-gas-tempatan-tahun-ini/feed/ 0 35987
RM1 bilion untuk kerja naik taraf CQIS mampu beri kesan positif – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/05/16/rm1-bilion-untuk-kerja-naik-taraf-cqis-mampu-beri-kesan-positif-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/05/16/rm1-bilion-untuk-kerja-naik-taraf-cqis-mampu-beri-kesan-positif-hajiji/#respond Tue, 16 May 2023 06:01:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34484
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk memulakan kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah dan Sarawak, mampu memberi kesan positif interaksi di kawasan sempadan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pembinaan CIQS di pintu masuk untuk pemeriksaan rentas sempadan menjadi agenda utama untuk menikmati kesan positif interaksi di kawasan sempadan, berikutan perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.

“Interaksi ekonomi yang rancak akan meningkatkan hasil pendapatan negara. Pembinaan CIQS membolehkan rakyat melalui pemeriksaan kemasukan secara sah
dan mengelakkan mereka masuk secara haram melaui jalan jalan tikus yang tidak diwartakan.

“Ini sekali gus mengekang aktiviti haram termasuk penyeludupan jenayah lain di sempadan,” katanya ketika merasmikan Pembukaan Sidang Geostrategik Negeri Sabah (SGS) 2023 di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan
Pada awal bulan Januari lalu, Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sarawak dan Sabah.

Mengenai sidang itu, Hajiji berkata penganjuran sidang itu tepat pada masanya kerana isu perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan memerlukan tindakan teliti dan
segera di semua peringkat.

Sidang pada hari ini juga katanya adalah satu platform untuk semua entiti agensi berkumpul dalam menyediakan dasar -dasar jangka pendek, sederhana mahupun jangka masa panjang.

“Kedudukan kita yang bersempadan dengan Kalimantan menjadikan negara ini khususnya Sabah mempunyai hubungan erat dengan Indonesia. Saya mengambil maklum segala usaha ahli akademik yang telah menjalankan kajian dengan penuh tanggungjawab dan kebanyakkan kajian ini adalah bersifat holistik; lengkap dari semua
aspek baik dari segi keselamatan, ekonomi serta sosial.

“Justeru, sidang pada hari ini merupakan kesinambungan agar hasil-hasil kajian dan penulisan ini dapat disintesiskan dengan maklumat di lapangan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dasar dan pelan tindakan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau juga mahu kolaborasi dan koordinasi antara ahli akademik dan penggubal dasar perlu dipertingkatkan agar satu output yang optimum berupaya dihasilkan di akhir sidang ini nanti.

“Saya yakin dan percaya gabungan kepelbagaian kepakaran dalam sidang ini mampu mencetus pembugaran idea idea dan semak silang maklumat yang perlu dikongsi sesama agensi,” katanya.

Sebanyak 88 agensi dan lebih 100 peserta menyertai sidang yang julung kali dianjurkan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/16/rm1-bilion-untuk-kerja-naik-taraf-cqis-mampu-beri-kesan-positif-hajiji/feed/ 0 34484
Hajiji Lancar RM1 bilion SMJREIC Di Teluk Sepanggar https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-lancar-rm1-bilion-smjreic-di-teluk-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-lancar-rm1-bilion-smjreic-di-teluk-sepanggar/#respond Mon, 14 Feb 2022 09:23:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12201
Read Time:3 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sebuah Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui Sabah Maju Jaya (SMJREIC) bernilai RM1 bilion akan dibina di kawasan seluas 25 ekar di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha merealisasikan SMJREIC dilaksanakan oleh Suria Capital Holdings Berhad dengan kerjasama Vandelay Ventures Sdn Bhd, yang akan memberi manfaat kepada Sabah.

Sehubungan itu, Hajiji menyaksikan majlis menandatangani satu
Memorandum Persefahaman antara Suria Capital Holding Berhad sebagai pemilik tanah dan Vandelay Ventures Sdn Bhd serta rakan kongsi termasuk Sawit Kinabalu dan SLDB sebagai pembekal bahan mentah, SULZER GTC Technology sebagai penyedia teknologi dan THINKAT Advisory Sdn Bhd sebagai rakan kongsi kewangan, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

“Saya gembira Suria Capital Holdings Bhd telah menambah satu lagi portfolio pelaburan berpotensi dalam senarai usaha niaga di pacu pihak swasta yang berjaya di negeri ini. Saya berharap untuk melihat hasil MoU ini dalam masa terdekat,” katanya.

Usaha itu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, menjana peluang pekerjaan, dan membawa masuk teknologi baharu ke Sabah, katanya sempena majlis pelancaran SMJREIC dan menandatangani MoU.

“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya gembira kerjasama ini melibatkan Suria Capital Holding Berhad, yang merupakan antara syarikat awam berhad yang mempunyai reputasi tinggi di negeri ini, yang mana mereka akan memainkan peranan besar dalam membantu memastikan projek berdaya maju ini dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi. Kita boleh lihat, sebagai contoh, kekukuhan sektor hartanah; lonjakan semula industri minyak dan gas; dan penanaman semula pokok dalam sektor perhutanan.

“Inistiatif memberi laluan lebih besar yang didorong oleh swasta akan meningkatkan momentum ekonomi dalam industri ini; merangsang aliran pelaburan; meningkatkan kepelbagaian ekonomi keseluruhan; meningkatkan peluang ekonomi yang lebih luas dan mewujudkan limpahan berkaitan,” ujarnya.

Di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) selama lima tahun yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri GRS pada Mac 2020, kelestarian hijau menjadi agenda penting Kerajaan Negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan isu alam sekitar dan fenomena pemanasan global, tetapi juga aset untuk pembangunan ekonomi serta hasil negeri.

“Dalam bulan-bulan berikutnya, kami telah menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan. Bulan lepas sahaja, kami telah menandatangani perjanjian untuk pelaburan baharu – termasuk pembuatan kaca solar yang inovatif dan ladang herba berskala besar yang dijangka akan menjana pulangan yang baik dalam pelaburan, dan mewujudkan peluang pekerjaan,” jelasnya.

“Saya juga gembira kerana setakat Jun tahun lalu, Sabah memperoleh pelaburan asing bernilai RM4.4 bilion, yang ketiga terbesar di negara ini.

“Saya juga telah mengingatkan, bahawa kita terus menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan alternatif yang menarik mesra pelabur, kita berada di landasan untuk melihat transformasi besar-besaran dalam perjalanan Hala Tuju SMJ,” katanya.

Hajiji berkata, Sabah dikurniakan banyak sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi menawarkan prospek kukuh untuk menyumbang secara signifikan dan tranformasi kepada kedua-dua negeri dan negara untuk menjadi ekonomi nilai tambah tinggi.

“Kerajaan negeri secara agresif mendorong agendanya dalam menggalakkan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan tenaga bersih dengan melaksanakan program yang akan membantu menggalakkan aktiviti ekonomi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta akhirnya akan membentuk dan mengukuhkan sektor tenaga baharu dan industri hijau Sabah.

“Selain memberi peluang untuk menggunakan tenaga secara cekap sambil mewujudkan persekitaran yang lebih baik melalui penggunaan sistem tenaga bersepadu dan fleksibel yang meningkatkan nisbah penjimatan tenaga, teknologi hijau juga menawarkan faedah alam sekitar yang lain termasuk peningkatan perlindungan kepada ekosistem dan biodiversiti, peningkatan kualiti udara dan air, dan pengurangan sisa pepejal,” katanya.

Dalam pada itu, kata Hajiji lagi, kerajaan dan sektor swasta perlu mengambil langkah penting yang memberi tumpuan kepada faedah teknologi hijau berikutan penekanan global semasa terhadap perubahan iklim dan kehidupan mampan.

Apabila siap, SMJREIC akan menempatkan “Edible Oil Bulking Terminal” dengan kapasiti 30,000 tan metrik dan komplek Penapisan Minyak Sawit pertama dengan kapasiti 100,000 tan metrik setahun serta loji Minyak Sayuran Berhidrogen (HVO), yang pertama di Malaysia dengan kapasiti 250,000 tan metrik setahun menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

Kompleks dan kemudahan serta industri sampingannya dianggarkan menjana kira-kira 10,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-lancar-rm1-bilion-smjreic-di-teluk-sepanggar/feed/ 0 12201
Kumpulan Taiwan Merancang Labur RM1 bilion Untuk Resort Eco-Pelancongan Di Pulau Mengalum https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/#respond Wed, 13 Oct 2021 04:36:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7481
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyambut baik rancangan seorang pelabur dari Taiwan untuk membina sebuah resort eko-pelancongan bertaraf 5 bintang yang mewah di Pulau Mengalum, yang dianggarkan kos keseluruhan lebih RM1 bilion.

“Pelancongan sangat penting bagi Sabah dan sebab itulah sektor ini dikenalpasti sebagai salah satu daripada tiga teras utama dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pertemuan dengan Sinyi Realty Group di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa, Hajiji gembira kerana syarikat hartanah terbesar Taiwan memilih Sabah untuk pelaburan mereka.

“Sabah adalah salah satu negeri paling cantik di Malaysia dan banyak yang kami tawarkan daripada aspek pelaburan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Sejajar dengan SMJ, Hajiji memberi jaminan kepada Kumpulan Sinyi bahawa kerajaan negeri akan memberi bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pelaburan mereka di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Kumpulan Sinyi, Chou Chun Chi merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas sokongan terhadap usaha itu dan mengatakan pembangunan di Pulau Mengalum akan menarik pasaran pelancongan serba mewah.

“Ia akan menyediakan kira-kira 2,400 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan diharapkan dapat membawa 97,000 pelancong ke Sabah setiap tahun,” katanya.

Turut mengiringi Chou dalam kunjungan hormat kepada Hajiji ialah Naib Pengerusi Kumpulan Sinyi, Chou Wang Mei Wen; Pengurus Besar; Chow Kok Yein; Pengurus Kanan Tann Chung Yong dan Pengurus Projek, Chou Chun Hao.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Setelah memperoleh lebih daripada separuh pulau dengan harga RM266 juta pada tahun 2019, Kumpulan Sinyi merancang untuk memulihkan bahagian pulau yang tandus dengan penghutanan semula dan juga memulihkan terumbu karang di sekitarnya yang rosak akibat penggunaan bom ikan.

Pulau Mengalum sebelum ini pernah menjadi pusat kuarantin binatang ternakan sehingga tahun 1997.

Sebelum penularan pandemik COVID-19, Pulau Mengalum yang terletak lebih sejam perjalanan dengan menaiki bot dari ibu negeri, ia amat popular dalam kalangan pelancong dari China.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/feed/ 0 7481