RM14 Juta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Oct 2023 14:37:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM14 Juta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan peruntukkan RM14 juta pembangunan budaya di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/#respond Sun, 08 Oct 2023 14:37:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43325
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM14 juta bagi tujuan pembangunan budaya di negeri Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12, manakala RM9.5 juta lagi diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan tujuh keutamaan dalam
membangunkan bidang kebudayaan di Sabah yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.

“Tujuh keutamaan itu ialah pendigitalan seni budaya (eCulture), pelancongan budaya bersepadu, pemuliharaan budaya, pengukuhan hubungan etnik, penyelidikan dan dokumentasi budaya, pengembangan seni budaya dan perlindungan harta intelek.

“Tujuh keutamaan itu adalah sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya dalam pembangunan budaya pelbagai etnik di negeri ini, dan peranan tersebut dipertanggungjawabkan kepada LKNS.

“Menerusi tujuh keutamaan ini, kita mahu semua badan kebudayaan dan komuniti membangun bersama, menghayati dan menjiwai nilai kebudayaan yang diwarisi, seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Katanya, FCAS pernah menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan 12 tahun lalu dan tahun ini giliran Sabah menjadi tuan rumah semula.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyokong dan mengalu-alukan penganjuran aktiviti kebudayaan etnik negeri ini, termasuk usaha FCAS menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari pesta itu termasuklah persembahan kebudayaan, pesta makanan, pameran kebudayaan dan kraftangan, perkampungan budaya, perarakan tanglung dan kereta berhias.

Katanya, perarakan Obor turut diadakan di 12 station seluruh negeri Sabah dan berjaya sampai ke Pulau Mataking dan Gunung Kinabalu yang merupakan tempat tarikan pelancong, yang akan membantu mempromosikan industri pelancongan negeri ini.

Hajiji berharap pesta itu berjaya menyebarkan kesedaran dikalangan generasi muda berkaitan warisan dan kebudayaan Tionghua dan juga membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita juga berharap pesta ini dapat mempromosikan kepelbagaian budaya Tionghua bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah juga pelancong dari luar negara”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/feed/ 0 43325
Sawit Kinabalu Serah Pembayaran Dividen Interim Lebih RM14 Juta https://sabahmedia.com/2021/12/21/sawit-kinabalu-serah-pembayaran-dividen-interim-lebih-rm14-juta/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/sawit-kinabalu-serah-pembayaran-dividen-interim-lebih-rm14-juta/#respond Tue, 21 Dec 2021 09:32:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10170
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan pembayaran dividen interim ketiga kepada kerajaan negeri sebanyak RM14,448,000.

Pembayaran dividen interim itu disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong yang mewakili kerajaan negeri.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Seri Hajiji Noor pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu disini hari ini.

Sawit Kinabalu berjaya merekod keuntungan sebanyak RM333 juta sebelum cukai berbanding unjuran sebanyak RM131 juta iaitu yang tertinggi dalam sejarah sejak syarikat ini diperbadankan 25 tahun yang lalu.

Sementara itu, Bacho berkata melalui keuntungan yang diperolehi ini, Sawit Kinabalu akan membayar RM14,448,000 kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen interim yang ketiga selepas pembayaran dividen bagi suku pertama dan kedua tahun 2021 iaitu sebanyak RM10,000,000 pada bulan September yang lalu.

Jumlah dividen yang dibayar sebanyak RM24.4 juta pada tahun ini adalah pertambahan kepada jumlah dividen sebanyak RM1.2 bilion yang telah dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri sejak tahun 1996.

Turut berlangsung pada hari yang sama adalah acara Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Hernan Corporation Sdn Bhd bagi projek kerjasama menjalankan penanaman buah durian.

MoU itu juga telah ditandatangani oleh Bacho dan Anna Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn Bhd.

Memorandum persefahaman yang dimeterai ini bertujuan membangunkan projek tanaman durian; termasuk pemasaran dan pengeksportan buah durian asli dan produk nilai tambah berasaskan durian ke pasaran domestik dan antarabangsa seperti Australia, China, Japan, Amerika Syarikat dan lain lain lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, Hernan Corporation Sdn Bhd akan membantu Kumpulan Sawit Kinabalu dalam perkongsian maklumat dan kepakaran, penyelidikan dan teknologi untuk memastikan projek ini dapat memberi dan membuahkan pulangan yang lumayan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/sawit-kinabalu-serah-pembayaran-dividen-interim-lebih-rm14-juta/feed/ 0 10170