RM15000 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Mar 2024 05:39:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM15000 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki tempatan didenda RM15,000, ambil dan guna diesel melebihi had kuantiti https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/ https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/#respond Thu, 28 Mar 2024 05:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51776
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan telah dijatuhkan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas kesalahan mengambil dan menggunakan diesel melebihi had kuantiti.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazlan Emarula dan memutuskan agar hasil jualan minyak diesel
sebanyak RM13,437.50 dirampas dan dilucuthak dijadikan hasil kerajaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh telah menjelaskan denda.

Menurut fakta pertuduhan, kesalahan dilakukan pada 19 Mei 2023 kira-kira jam 4.00 pagi di Stesen Minyak Petron Minitod, Penampang.

Tertuduh telah ditahan bersama barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 6,250 liter yang berada di dalam tangki tiga buah lori.

Pihak polis telah menahan suspek dan barang kes (ekshibit) sebelum menyerahkan kes kepada KPDN Sabah.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas menerusi kenyataan media hari ini berkata, tertuduh telah didakwa di mahkamah kerana telah menimbulkan syak munasabah bahawa ianya telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu dalam perjalanan perniagaan telah menggunakan dan mengambil Barang Kawalan Berjadual minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

“Sehubungan itu telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama.

“Kejayaan ini adalah mencerminkan kerjasama erat pihak KPDN Sabah dengan agensi-agensi penguatkuasa lain, yang setakat ini telah menghasilkan 67 serahan kes dari Januari hingga 28 Mac 2024 dengan nilai rampasan RM2,014.091.75 daripada pelbagai Agensi Penguatkuasaan termasuklah
PDRM, PPM, PGA, ATM dan JKDM.

“Kes-kes tersebut masih dalam proses siasatan,” katanya.

Menurut Georgie, bagi tempoh yang sama, KPDN Sabah telah mendaftar sebanyak 14 kes di Mahkamah dan enam kes telah selesai pendakwaan dengan jumlah denda sebanyak RM37,500.00. Sementara lapan kes masih dalam prosiding mahkamah.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai agar menyalurkan maklumat sebarang salah laku atau penyelewengan barang kawalan.

Katanya, penyaluran maklumat boleh dibuat kepada mana-mana pejabat cawangan KPDN berdekatan atau melalui platform aduan seperti berikut:
i) Aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii) Portal Aduan: [email protected];
iii) Call centre 1 800 886 800;
iv) Emel ke [email protected]; dan
v) Aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/feed/ 0 51776
Kilang sawit didenda RM15,000 lepaskan efluen lebih had https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/#respond Wed, 10 May 2023 04:10:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34114
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda RM15,000 terhadap sebuah kilang kelapa sawit kerana melepaskan efluen melebihi had ditetapkan.

Hakim Noor Hafizah membuat keputusan itu selepas wakil syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan di bawah Syarat Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127).

Berdasarkan pertuduhan, kilang kelapa sawit yang beroperasi di Sandakan itu didapati telah melepaskan efluen dengan kepekatan oksigen biokimia yang diperlukan (BOD), 30⁰C melebihi had 20 mg/l yang ditetapkan dalam lesen, selama tiga hari.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah Jissamy Jimmy.

JAS menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/feed/ 0 34114