RM5 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Jun 2024 07:39:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM5 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS digesa lapor polis, jika ada pihak pertikai peruntukan RM5 juta selesaikan isu air https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-digesa-lapor-polis-jika-ada-pihak-pertikai-peruntukan-rm5-juta-selesaikan-isu-air/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-digesa-lapor-polis-jika-ada-pihak-pertikai-peruntukan-rm5-juta-selesaikan-isu-air/#respond Sat, 15 Jun 2024 07:39:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56013
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa supaya membuat laporan polis sekiranya ada yang mempertikaikan dana RM5 juta diperuntukkan untuk menyelesaikan isu bekalan air di universiti itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pagi tadi mengenai tuduhan-tuduhan yang dilemparkan berkaitan dengan RM5 juta diperuntukkan untuk menyelesaikan isu air di UMS kononnya telah disalahgunakan.

“Saya dengan rombongan telah memberi laporan kepada Ketua Menteri (Hajiji) tentang isu air di dalam kampus UMS ikut perspektif kita, sebab kita agak risau masih ada lagi tuduhan-tuduhan di luar sana yang mengatakan RM5 juta itu disalahgunakan.

“Saya mahu tegaskan di sini bahawa duit yang telah diperuntukkan RM3 juta dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan RM2 juta dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah digunakan sebaiknya untuk membina telaga tiub di UMS, dan itulah yang kita dapat 1 juta liter air sehari yang menjadi alternatif tambahan kepada sumber air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) jadi tiada unsur-unsur penyelewengan.

“Justeru, saya harap jika ada lagi mana-mana pihak yang cuba untuk pertikaikan isu ini saya akan gesa supaya UMS membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Belia Madani di Bangunan Canselori, UMS di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menegaskan kepada mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan #KamiMahuAir Sabah di hadapan Menara Kinabalu semalam supaya bertindak secara rasional dan fahami fakta sebenar mengenai isu tersebut.

“Kita mahu tegaskan, saya sudah nasihatkan mereka supaya bertindak secara rasional fahami fakta dengan sebenar, jangan guna fakta yang salah sebab saya tidak mahu imej kementerian, imej UMS tercemar oleh mana-mana pihak yang cuba peralatkan isu ini untuk kepentingan organisasi atau politik masing-masing jadi saya amat tegas dalam isu ini.

“Mereka boleh ajak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat atau tidak tapi saya mahu bagi ketegasan di sini bahawa duit itu diguna sepenuhnya untuk cuba kurangkan masalah air yang berlaku di dalam kampus ini, itu dalam kampus, saya tidak bercakap tentang diluar kampus.

“Dana tu memang diperuntukkan untuk kegunaan di dalam kampus UMS,” tegas beliau.

Dalam pada itu, katanya, tuduhan yang dilemparkan itu juga boleh menjejaskan kredibiliti pengurusan UMS.

“Tuduhan itu juga menjejaskan kredibiliti pengurusan UMS dan seperti kita tahu dana tersebut memang digunakan sebaiknya oleh UMS untuk cuba menyelesaikan masalah air di kampus.

“Kita tidak mahu isu ini dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak atau disalahertikan oleh mahasiswa menuduh yang bukan-bukan dikaitkan dengan kerajaan negeri padahal itu isu hanya melibatkan UMS dan tiada kaitan dengan yang lain-lain, itu yang salah faham, mereka faham tapi kadang-kadang ada yang cuba memanipulasi isu ini, jadi saya fikir itu tidak baik untuk imej UMS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-digesa-lapor-polis-jika-ada-pihak-pertikai-peruntukan-rm5-juta-selesaikan-isu-air/feed/ 0 56013
UMS Terima Geran RM5 Juta Untuk Bangunkan Produk Cendawan & Halia Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/21/ums-terima-geran-rm5-juta-untuk-bangunkan-produk-cendawan-halia-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/ums-terima-geran-rm5-juta-untuk-bangunkan-produk-cendawan-halia-di-sabah/#respond Tue, 21 Sep 2021 05:16:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6680
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima geran bernilai RM5 juta daripada Yayasan Sabah baru-baru ini bagi membangunkan produk cendawan dan halia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, ia sebagai inisiatif projek strategik bagi sektor sosioekonomi dan berpotensi mengubah secara signifikan landskap bio-agro di Sabah.

“Menurut Grand View Research, saiz pasaran global cendawan ialah US$46.1 bilion (2020), dengan pertumbuhan tahunan 9.5 peratus hingga tahun 2028.

“Import cendawan Malaysia sendiri pun mencecah RM18 juta setahun berdasarkan data pada 2012. Maksudnya, ini satu industri yang maha gadang.

“Masalahnya, belum ada inisiatif yang dipacu penyelidikan dengan benar-benar tersusun; untuk membangunkan sektor cendawan berasaskan spesies lokal, yang unik dan rintang iklim setempat. Inilah jurang yang UMS cuba tangani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran Facebook pada Ahad selepas membuat lawatan terhadap sekumpulan penyelidik UMS yang melakukan eksplorasi cendawan di Taman Bukit Tawau, sebuah hutan rekreasi di bawah jagaan Sabah Parks.

Dalam pada itu, Ramzah turut memaklumkan bahawa sehingga hari ini, pasukan penyelidikan UMS yang diketuai Dr. Jaya Seelan Sathiya berjaya mengenal pasti kira-kira 1,250 spesies cendawan liar Borneo.

“45 peratus daripada cendawan itu mempunyai nilai farmaseutikal, yang mana 18 spesies telah pun selesai kajian fundamental.

“25 peratus ialah kategori edible (boleh dimakan), lima spesies sedang dalam peringkat “domestication” untuk diterjemah kepada industri agro.

“Ini termasuk “shiitake Sabah”, spesies asli negeri ini yang mempunyai potensi premium setaraf dengan shiitake Jepun,” katanya.

Ramzah berkata, selain fungsi perubatan dan makanan, ada juga cendawan yang menawarkan pelbagai kepentingan lain.

“Misalnya, 18 spesies cendawan bercahaya, yang sedang diinovasi kepada konsep “glowing garden” yang bakal menjadi tarikan pelancongan eksotik.

“Ada juga “cendawan zombie” yang sporanya boleh menembusi haiwan kecil seperti serangga. Kemudian ia tumbuh berakar dari dalam badan, dan membunuh perumah tersebut.

Mengulas lanjut, Ramzah turut menjelaskan terdapat cendawan yang menghasilkan bahan pewarna organik, untuk kegunaan atas kertas dan tekstil.

Katanya, ia merupakan satu alternatif mesra alam, berbanding pewarna yang disintetik secara kimia.

“Namun, kajian sains fundamental bagi aspek ini masih jauh sebelum sampai ke tahap aplikasi teknologi.

“Saya paling teruja bila diberitahu tentang penemuan tiga sampel yang berpotensi jadi spesies baru.

“Iaitu dari kumpulan – Ophiocordyceps (zombie fungi), Polyporus (boleh makan) dan Gasteroid Lactarius (menghasilkan latex). Ini perlukan analisis molekular DNA, sebelum dapat dimuktamadkan statusnya,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/ums-terima-geran-rm5-juta-untuk-bangunkan-produk-cendawan-halia-di-sabah/feed/ 0 6680