RM54.05 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Jan 2023 06:45:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM54.05 juta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan peruntukkan RM54.05 juta kepada sekolah dan badan agama bukan Islam di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/05/kerajaan-peruntukkan-rm54-05-juta-kepada-sekolah-dan-badan-agama-bukan-islam-di-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/05/kerajaan-peruntukkan-rm54-05-juta-kepada-sekolah-dan-badan-agama-bukan-islam-di-sabah-hajiji/#respond Thu, 05 Jan 2023 06:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27411
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan geran berjumlah RM54.05 juta kepada sekolah dan badan agama bukan Islam dalam Bajet tahun ini yang menandakan peningkatan sebanyak RM7.05 juta berbanding jumlah tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat peka dengan keperluan rakyat dan serius dalam membantu mereka tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya pada Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2023 Anjuran Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Resort and Spa di sini, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Tahun ini, Kerajaan Negeri akan memberikan kepala singa bernilai RM1.5 juta diedarkan melalui kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen masing-masing.

“Penyampaian kepala singa kepada masyarakat Cina Sabah sempena sambutan Tahun Baru Cina menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk teruskan menyokong dan membantu masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan komited kepada dasar kesaksamaan dan keadilan dalam semua aspek.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu rakyat berbilang kaum dan agama dalam memastikan mereka akan dapat meraikan sambutan masing-masing,” katanya.

Hajiji berharap bantuan itu akan menyemarakkan lagi semangat Tahun Baru Cina perayaan dan pada masa yang sama terus memupuk semangat setiakawan dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Sempena Tahun Baru ini, saya menyeru rakyat di negeri ini termasuk masyarakat kaum Cina untuk berganding bahu dengan Kerajaan untuk membangunkan negeri dan memastikan bahawa Sabah akan terus maju ke hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/05/kerajaan-peruntukkan-rm54-05-juta-kepada-sekolah-dan-badan-agama-bukan-islam-di-sabah-hajiji/feed/ 0 27411
RM54.05 juta diperuntukkan untuk sekolah & perkembangan badan keagamaan bukan Islam tahun 2023 https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/ https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/#respond Tue, 13 Dec 2022 13:35:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26274
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM54.05 juta dalam Belanjawan 2023 Sabah untuk bantuan dan pemberian kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, bantuan dan pemberian itu meningkat sebanyak RM7.05 juta berbanding tahun 2022.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kita akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam yang juga akan memberi manfaat kepada gereja-gereja di negeri ini”.

“Inilah tanda dan bukti bahawa Kerajaan Negeri serius dan ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, katanya pada Majlis Perasmian Sambutan KK Christmas 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G.Kitingan.

Hajiji menyeru kepada seluruh rakyat untuk terus bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kemakmuran sosial dapat terus dipelihara dan dipertingkatkan demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

“Lupakanlah perkara berkaitan politik kerana sekarang adalah masa untuk kita bekerja demi rakyat dan negeri. Apa yang penting, kerjasama dan sokongan daripada rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar dan program yang sedang kita laksanakan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tegasnya.

Katanya, perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini hendaklah dikekalkan untuk kebaikan generasi sekarang dan akan datang.

Menurutnya, apa jua tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, hendaklah dihindari agar agenda pembangunan yang telah dirancang untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri ini dapat direalisasikan.

Hajiji berkata, semangat perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama sudah lama dipraktikkan rakyat negeri ini.

“Malah dalam setiap perayaan, kita meraikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Justeru, saya mahu rakyat di negeri ini untuk bersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokus kepada nilai yang menyatukan dan bukan memecah belahkan sesama rakyat”, tambahnya.

Katanya, Kerajaan Negeri menghargai dan menyambut baik komitmen dan usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah, kerana berjaya menganjurkan sambutan KK Christmas kali ke-17 bersama rakyat di daerah Kota Kinabalu.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/13/rm54-05-juta-diperuntukkan-untuk-sekolah-perkembangan-badan-keagamaan-bukan-islam-tahun-2023/feed/ 0 26274