RM600 seorang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Mar 2024 10:09:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png RM600 seorang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar IPT Sabah dapat subsidi tiket penerbangan RM600 seorang secara one-off https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/#respond Mon, 25 Mar 2024 10:06:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51587
Read Time:36 Second

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis
Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di
Semenanjung di sini pada Isnin.

Katanya, bantuan khas one-off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar
berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan
dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/pelajar-ipt-sabah-dapat-subsidi-tiket-penerbangan-rm600-seorang-secara-one-off/feed/ 0 51587