ROADBLOCK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jan 2022 05:27:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ROADBLOCK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SJR paling ‘mengerikan’ bagi seorang lelaki https://sabahmedia.com/2022/01/21/sjr-paling-mengerikan-bagi-seorang-lelaki/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/sjr-paling-mengerikan-bagi-seorang-lelaki/#respond Fri, 21 Jan 2022 05:27:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11368
Read Time:56 Second

CYBERJAYA – Bagi ‘mat rempit’ dan ‘mat motor’ sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah biasa bagi mereka.

Namun, ada satu SJR yang lebih mengerikan bagi seorang lelaki iaitu ‘sekatan’ yang dilakukan oleh seorang wanita sama ada bergelar isteri atau teman wanita.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, kelihatan sekumpulan lelaki sedang leka bermain ‘motocross’ di sebuah kawasan sebelum didatangi oleh seorang wanita.

Berbekalkan ranting pokok ditangannya, wanita tersebut berjaya memberhentikan sebuah motosikal dipercayai ditunggang oleh suaminya.

Tersentak dengan aksi wanita terbabit, akhirnya lelaki terbabit ‘mengalah’ sebelum dilhat membonceng wanita itu pulang ke rumah.

Difahamkan, klip video itu dirakam di sebuah kawasan di Terengganu, namun lokasi tepat dan tarikh ia dirakam tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial ‘terhibur’ dengan aksi wanita itu dan mereka menyokong tindakan yang dilakukannya.

“Mungkin ini ‘roadblock’ paling mengerikan bagi seorang lelaki, bertabahlah bang, apalah nasib abang ni bila balik ke rumah,”

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ratuu Mas Melati.

“Betullah orang cakap kau ‘gangster’ macam mana pun, yang kat rumah itu lagi ‘gangster’ daripada kamu,”katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/sjr-paling-mengerikan-bagi-seorang-lelaki/feed/ 0 11368
Rentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/#respond Fri, 30 Jul 2021 04:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3781
Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yang berada di Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali untuk tujuan yang dibenarkan termasuk bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang mahu merentas negeri dan daerah bagi tujuan vaksinasi perlu menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan mesej daripada khidmat pesanan ringkas.

“Hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan asas dalam lingkungan 10 kilometer radius daripada kediaman, manakala untuk mendapatkan rawatan perubatan dan vaksinasi hanya tiga orang termasuk pesakit dibenarkan bagi tujuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penganjuran aktiviti sosial yang menyebabkan kehadiran ramai orang dan menyukarkan penjarakan fizikal juga masih dilarang. 

“Masyarakat diharap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan. Usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan PPN,” katanya. Acryl Sani berkata pihaknya kekal komited dan akan terus memantau pematuhan SOP demi keselamatan masyarakat dan mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan dan SOP yang ditetapkan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/rentas-negeri-daerah-masih-tidak-dibenarkan-kpn/feed/ 0 3781