Roboh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Nov 2024 10:49:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Roboh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/#respond Sat, 23 Nov 2024 10:48:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64272
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Sembilan orang mangsa berjaya diselamatkan selepas rumah yang didiami roboh dan tenggelam ke dalam air dalam kejadian yang berlaku di penempatan atas air di Kampung Air di sini pada Sabtu (23 Nov).

Keadaan sebuah rumah yang roboh di Kampung Air , Semporna.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 petang tadi mendapati sebuah rumah berkeluasan 30×30 di penempatan atas air telah roboh.

“Terdapat sembilan orang mangsa di dalam rumah yang roboh dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Kesemua mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa termasuk lima kanak-kanak dipindahkan ke balai raya kampung sebagai penempatan sementara.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 2.59 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 64272
Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/30/lebih-1500-rumah-setinggan-berjaya-dirobohkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/lebih-1500-rumah-setinggan-berjaya-dirobohkan-di-sabah/#respond Tue, 30 Jul 2024 07:48:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58308
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Lebih 1,500 rumah setinggan berjaya dirobohkan dalam operasi perobohan rumah yang dibina diatas tanah Kerajaan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, jumlah perobohan rumah itu akan terus meningkat menerusi operasi yang giat dilaksanakan pihaknya bersama pihak penguatkuasa yang lain.

“Boleh dikatakan semua daerah sudah kita laksanakan operasi perobohan rumah setinggan ini, sama ada dalam kuantiti yang banyak atau satu per satu. 

“Setakat ini juga kita laksanakan operasi perobohan biasa dan jika kita jumpa penghuni yang tidak memiliki sebarang dokumen, kita akan tangkap,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Pelancaran Buku Dokumentasi Op Daulat Tanduo di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jauteh turut menekankan antara enam objektif utama operasi perobohan rumah setinggan yang dilaksanakan. 

“Pertama untuk menjamin keselamatan negeri Sabah, kita tidak mahu kawasan tanah kerajaan dijadikan sebagai tempat anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab serta membebaskan tanah-tanah kerajaan ini daripada penempatan haram. 

“Ketiga, kita membanteras jenayah yang berlaku di kawasan ini, kita dapat mengurangkan kadar jenayah dari segi harta benda atau narkotik dan yang keempat kita membantu kerajaan menangani isu kecurian elektrik. 

“Seterusnya membantu menangani isu kecurian air dan yang keenam yang paling ketara di negeri kita adalah masalah kekotoran sampah sarap,” katanya 

Sebelum ini, media melaporkan beberapa operasi perobohan rumah setinggan telah dilaksana dan yang terbaru adalah perobohan 51 rumah setinggan di sekitar kawasan Kota Kinabalu dengan melibatkan penahanan enam warga asing pada 23 Julai lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/lebih-1500-rumah-setinggan-berjaya-dirobohkan-di-sabah/feed/ 0 58308
Lima Buah Kedai Lama Pekan Kimanis Roboh Akibat Angin Kencang https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/#respond Tue, 12 Oct 2021 03:10:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7422
Read Time:37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sebanyak lima buah kedai lama Pekan Kimanis roboh akibat angin kencang yang berlaku dalam satu kejadian awal pagi Selasa. (12 Oktober 2021)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi tadi.

“Setiba pasukan anggota Bomba di lokasi kejadian mendapati lima buah bangunan kedai lama di Pekan Kimanis anggaran keluasan 100’x60′ kaki telah roboh.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kencang yang berlaku sekitar waktu subuh tadi” kata kenyataan media itu.

Seterusnya pasukan Bomba membuat pembersihan dan juga menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

“Walau bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.33 pagi,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/lima-buah-kedai-lama-pekan-kimanis-roboh-akibat-angin-kencang/feed/ 0 7422
Sebuah rumah PPR atas air roboh di Kampung Bokara Sandakan https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/#respond Fri, 30 Jul 2021 13:43:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3819
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) roboh terjunam ke dalam air di Perkampungan atas air Kampung Bokara dekat sini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak balai menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 3.04 petang, hari ini 30 Julai 2021.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dengan pelbagai pangkat bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya 8 kilometer dari Balai Bomba daerah.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Burhanudin Kadir dan satu jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah PPR telah rebah terjunam separuh ke dalam air, ini disebabkan tiang rumah telah reput, bagaimanapun dilaporkan semua penghuni dalam rumah tersebut dalam keadaan selamat.

“Bertindak atas kejadian itu, pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kejadian tersebut dan memastikan tiada bahaya lain,” jelas Affendy.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang, namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/sebuah-rumah-ppr-atas-air-roboh-di-kampung-bokara-sandakan/feed/ 0 3819