rogol – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jun 2026 02:34:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rogol – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes rogol remaja https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/ https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/#respond Wed, 17 Jun 2026 02:32:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98343
Read Time:58 Second

LAHAD DATU: Empat lelaki, termasuk seorang warga asing, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah kampung di Jalan Segama, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa pada Selasa (16 Jun).

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 9 Mei lalu kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Jalan Segama.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menjadi mangsa perbuatan rogol oleh suspek secara bergilir-gilir.

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas kejadian itu diketahui oleh ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Katanya, semua suspek telah direman selama tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan keluarga agar sentiasa memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada gejala sosial yang tidak sihat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/17/empat-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-rogol-remaja/feed/ 0 98343
Rogol anak kandung: Bapa dipenjara 18 tahun, 10 sebatan https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/#respond Fri, 14 Nov 2025 11:35:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85777
Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fishir, menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 33 tahun selepas tertuduh tiba-tiba menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi untuk memberi keterangan.

Tertuduh mengaku merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun di sebuah bilik di Putatan pada 23 April tahun ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Semasa rayuan, tertuduh memohon maaf atas perbuatannya.

“Saya menyesali perbuatan saya. Saya mohon hukuman diringankan kerana anak-anak saya masih kecil. Banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau menghidap darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Eugenie A Gilbert, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat sebagai pengajaran.

“Dalam kes ini, tertuduh ialah bapa mangsa sendiri, yang sepatutnya menjadi orang yang membimbing mangsa dan melindungi mangsa,” katanya.

Tamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/rogol-anak-kandung-bapa-dipenjara-18-tahun-10-sebatan/feed/ 0 85777
Rogol gadis bawah umur, remaja lelaki ditahan pihak berkuasa https://sabahmedia.com/2025/11/05/rogol-gadis-bawah-umur-remaja-lelaki-ditahan-pihak-berkuasa/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/rogol-gadis-bawah-umur-remaja-lelaki-ditahan-pihak-berkuasa/#respond Wed, 05 Nov 2025 08:27:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85025
Read Time:59 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Polis menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun yang kini disahkan mengandung enam bulan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik swasta Taman Sawit, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, perkara itu diketahui selepas seorang wanita yang merupakan pengadu mendapati adik angkatnya itu hamil setelah diperiksa di klinik berkenaan.

“Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa oleh teman lelakinya ke sebuah rumah di kawasan Taman Sri Balung dan dirogol,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jasmin berkata, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah melancarkan operasi di kawasan Bandar Sri Indah.

“Dalam operasi itu, pihak polis berjaya menahan suspek seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang disyaki terlibat dengan kejadian tersebut,” jelasnya.

Menurut beliau, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ibu bapa dan ahli keluarga agar sentiasa memantau aktiviti serta pergerakan anak-anak bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah atau terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

Katanya, keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama antara polis dan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/rogol-gadis-bawah-umur-remaja-lelaki-ditahan-pihak-berkuasa/feed/ 0 85025
Lelaki tukar pengakuan, kini nafikan rogol adik kandung https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/#respond Tue, 04 Nov 2025 08:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84930
Read Time:49 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan merogol adik kandungnya telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah hari ini.

Tertuduh, 23 tahun menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal ketika ketika kes itu disebut semula untuk tujuan hukuman.

Pada 31 Oktober lalu, tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, namun hukuman ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu fakta kes.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang pada ketika itu berusia 15 tahun di dalam sebuah rumah pekerja di daerah Putatan, pada Disember 2021, sekitar jam 8 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 November ini sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Tiada jaminan dibenarkan dan tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman sehingga kes selesai.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/10/31/abang-rogol-adik-dijangka-ketahui-hukuman-4-november/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/lelaki-tukar-pengakuan-kini-nafikan-rogol-adik-kandung/feed/ 0 84930
Warga emas dapat 27 tahun penjara, 4 sebatan rogol perempuan bawah umur https://sabahmedia.com/2025/09/24/warga-emas-dapat-27-tahun-penjara-4-sebatan-rogol-perempuan-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/09/24/warga-emas-dapat-27-tahun-penjara-4-sebatan-rogol-perempuan-bawah-umur/#respond Tue, 23 Sep 2025 23:38:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81879
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara berjumlah 27 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, empat tahun lalu.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap seorang petani berusia 61 tahun selepas tertuduh didapati bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dikenakan penjara 12 tahun dengan dua sebatan kerana merogol mangsa berusia 11 tahun di kawasan semak sebuah kebun di Tambunan, pada awal 2021.

Lelaki itu diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh jaminannya dibatalkan pada 19 Oktober 2022.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan, kerana mengulangi kesalahan itu pada 11 Julai 2021, di kawasan semak di tepi jalan sebuah kampung.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua berjalan serentak; menjadikan tempoh penjara hanya 15 tahun.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) akta sama, bagi setiap pertuduhan, yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan semasa perbicaraan, yang bermula pada 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert manakala lelaki itu diwakili peguam Datuk Peter Allion.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/24/warga-emas-dapat-27-tahun-penjara-4-sebatan-rogol-perempuan-bawah-umur/feed/ 0 81879
Warga asing didakwa rogol remaja bawah umur https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/#respond Wed, 27 Aug 2025 10:50:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80177
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga Filipina yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan Imigresen, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja tempatan bawah umur.

Pertuduhan dibacakan kepada Mohd Khairul Nizam, 21, namun tidak ada sebarang pengakuan direkodkan daripada memandangkan tertuduh  memaklumkan kepada Hakim Amir Shah Amir Hassan, bahawa dia mempunyai peguam untuk mewakilinya.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Khairul didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada jam 9 malam pertengahan September 2024 di dalam sebuah kereta berhampiran Pejabat Pos Tuaran.

Pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa yang sama pada jam 1 tengah hari pertengahan November 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung di Tuaran.

Bagi pertuduhan ketiga, dia sekali lagi dituduh merogol remaja tersebut pada jam 8 malam awal Disember 2024 di tepi jalan, juga di Tuaran.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Khairul dijadualkan dibebaskan dari penjara Jumaat ini selepas selesai menjalani hukuman bagi kes Imigresen iaitu masuk ke Sabah tanpa pas yang sah.

Bryan membantah sebarang tawaran jaminan kerana tertuduh adalah pendatang asing tanpa izin.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang wanita berusia 31 tahun, Nurizzah Fazira Hamzah, mengaku bersalah atas kesalahan pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM10,100.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 3 September ini untuk pembacaan fakta kes dan hukuman.

Nurizzah, yang bekerja sebagai kerani akaun di syarikat peminjam wang berlesen Good Focus Mortgage Sdn Bhd, didakwa menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi antara 13 Jun hingga 16 Julai tahun ini di premis syarikat itu di Papar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/warga-asing-didakwa-rogol-remaja-bawah-umur/feed/ 0 80177
Dua lelaki didakwa atas kesalahan seksual terhadap remaja bawah umur https://sabahmedia.com/2025/07/18/dua-lelaki-didakwa-atas-kesalahan-seksual-terhadap-remaja-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/dua-lelaki-didakwa-atas-kesalahan-seksual-terhadap-remaja-bawah-umur/#respond Fri, 18 Jul 2025 08:50:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77525
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J. Evachel John

Kota Kinabalu: Dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan seksual melibatkan remaja perempuan bawah umur.

Tertuduh Jumat Pillih, 33, dan Olkestria Bandang, 43, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Jumat didakwa merogol seorang mangsa berusia 15 tahun pada 20 November 2021 di bilik stor di KDCA Penampang, sekitar jam 6 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000, dengan deposit RM5,000 serta dua orang penjamin tempatan.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh diperintahkan melapor diri ke balai polis dua kali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Shafeerah Mad Iskim, manakala peguam Dominic Chew mewakili tertuduh.

Bagi kes Olkestria, dia didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang mangsa berusia 13 tahun.

Olkestria yang dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, didakwa melakukan perbuatan itu pada November 2024, kira-kira jam 7 malam, di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Inanam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh atau mana-mana pihak bagi pihaknya supaya tidak mendekati atau mengganggu mangsa, keluarga mangsa, atau mana-mana saksi pendakwaan.

TPR Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Nartiah F. Mirchelle Sambatan mewakili tertuduh. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/dua-lelaki-didakwa-atas-kesalahan-seksual-terhadap-remaja-bawah-umur/feed/ 0 77525
Lelaki dipenjara 9 tahun, 3 sebat rogol remaja bawah umur https://sabahmedia.com/2025/07/09/lelaki-dipenjara-9-tahun-3-sebat-rogol-remaja-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/lelaki-dipenjara-9-tahun-3-sebat-rogol-remaja-bawah-umur/#respond Wed, 09 Jul 2025 11:48:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77009
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja bawah umur.

Mangsa kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi perempuan pada 7 Februari 2024.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Khairul Nizam Pilok, 26, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Khairul didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dua bulan di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Sipitang, antara jam 10 malam pada 5 Mei 2023 sehingga keesokkan harinya jam 5 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan, iaitu hari ini.

Dalam rayuannya, Khairul yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman diringankan atas alasan menyesal. Dia mendakwa hubungan itu berlaku atas dasar “suka sama suka” dan bahawa mangsa sendiri telah datang ke tempatnya.

Tertuduh juga memohon maaf kepada mangsa atas kejadian yang berlaku.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim memohon hukuman berat dikenakan, dengan alasan tertuduh telah membazirkan masa mahkamah memandangkan kes berlanjutan agak lama dan melibatkan perbicaraan.

Beliau turut berhujah bahawa saksi-saksi pembelaan yang dibawa oleh tertuduh tidak relevan dan hanya melambatkan prosiding.

“Mahkamah ini wajar mengambil perhatian bahawa mangsa telah hamil dan melahirkan seorang anak. Tindakan tertuduh menyebabkan bayi tersebut dibesarkan tanpa kehadiran bapa kandung.

“Walaupun Khairul memohon maaf kepada mangsa, trauma yang dialami tidak akan hilang dan akan kekal menjadi episod hitam dalam hidupnya.

“Hukuman berat juga wajar sebagai pengajaran kepada masyarakat, kerana mangsa khususnya kanak-kanak mesti dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang daripada sebarang jenayah seksual,” katanya.

Semasa perbicaraan, mahkamah dimaklumkan bahawa hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan bahawa tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi tersebut.

Pihak pendakwaan memanggil empat orang saksi, manakala pihak pembelaan hanya mengemukakan dua orang saksi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/lelaki-dipenjara-9-tahun-3-sebat-rogol-remaja-bawah-umur/feed/ 0 77009
Rogol dan amang seksual anak kandung: Bapa dipenjara 26 tahun, 15 sebatan https://sabahmedia.com/2025/07/09/rogol-dan-amang-seksual-anak-kandung-bapa-dipenjara-26-tahun-15-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/rogol-dan-amang-seksual-anak-kandung-bapa-dipenjara-26-tahun-15-sebatan/#respond Wed, 09 Jul 2025 11:31:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77007
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan, yang isterinya kini sedang hamil, dihukum penjara 26 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua orang anak kandungnya.

Mangsa pertama, yang dirogol tertuduh, kini hamil lima bulan.

Tertuduh berusia 36 tahun itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 13 tahun dan 10 sebatan kerana merogol anak perempuannya berusia 12 tahun antara Januari hingga Februari 2025, di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Ranau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 11 tahun sekitar tahun 2024, di tempat yang sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan dengan mangsa, lelaki itu turut dipenjara tiga tahun lagi berserta dua sebatan sebagai hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua sebatan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian terbongkar apabila seorang guru mengesyaki mangsa pertama hamil, yang akhirnya membawa kepada pendedahan oleh mangsa sendiri.

Selepas mengetahui kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis. Hasil siasatan mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa adalah anak kandung tertuduh. Mangsa pertama telah dirogol sejak tahun 2023, manakala mangsa kedua menjadi mangsa amang seksual fizikal.

Tertuduh ditangkap pada 17 Jun susulan laporan tersebut.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan, iaitu seorang isteri yang sedang hamil, empat orang anak serta ibu bapanya.

Dia turut memohon agar hukuman bagi kedua-dua kes berjalan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir, memohon agar hukuman berat dikenakan serta diperintahkan berjalan secara berasingan bagi setiap kes.

Beliau berkata, dalam kes ini tertuduh adalah bapa kandung kepada mangsa dan sepatutnya menjadi individu yang melindungi mereka lebih-lebih lagi memandangkan mangsa (kes rogol) ialah seorang kanak-kanak yang mengalami “learning disability”.

Mangsa sangat bergantung kepada orang sekeliling kerana keupayaannya untuk mempertahankan diri adalah terhad, begitu juga dengan kebolehannya untuk mendapatkan bantuan atau memahami bahawa dirinya telah menjadi mangsa salah laku seksual.

Tindakan tertuduh pastinya akan meninggalkan trauma emosi dan psikologi yang mendalam terhadap mangsa.

“Mangsa kini hamil lima bulan dan hasil siasatan mendapati tertuduh dipercayai merupakan bapa kepada janin, memandangkan mangsa tidak mempunyai, atau hampir tiada, interaksi dengan mana-mana lelaki lain.

“Oleh itu, kami memohon agar hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas Tertuduh, bukan sahaja sebagai pengajaran kepada masyarakat umum dan untuk menunjukkan bahawa mahkamah memandang serius kesalahan sebegini, tetapi juga sebagai pencegahan kepada tertuduh sendiri daripada mengulangi perbuatan keji ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/rogol-dan-amang-seksual-anak-kandung-bapa-dipenjara-26-tahun-15-sebatan/feed/ 0 77007
Lelaki didakwa rogol kekasih bawah umur https://sabahmedia.com/2025/07/08/lelaki-didakwa-rogol-kekasih-bawah-umur/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/lelaki-didakwa-rogol-kekasih-bawah-umur/#respond Tue, 08 Jul 2025 10:04:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76936
Read Time:44 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol kekasihnya berusia 14 tahun.

Eryidley Jarry, 19, yang tidak bekerja itu membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan.

Dia didakwa merogol gadis tersebut pada 25 Jun 2025 pada jam 1 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dalam daerah Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos untuk sebutan kes sebelum perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan lain iaitu tertuduh diperintah melapor diri ke balai polis setiap bulan sekali, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Bryan Francis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/lelaki-didakwa-rogol-kekasih-bawah-umur/feed/ 0 76936