ROK 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Oct 2024 00:10:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ROK 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Rhythms Of Kinabalu 2024’ tonjol kelainan, keunikan https://sabahmedia.com/2024/10/24/rhythms-of-kinabalu-2024-tonjol-kelainan-keunikan/ https://sabahmedia.com/2024/10/24/rhythms-of-kinabalu-2024-tonjol-kelainan-keunikan/#respond Thu, 24 Oct 2024 00:10:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62657
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran ‘Rhythms Of Kinabalu 2024’ (ROK 2024) yang diadakan selama tiga hari bermula esok bakal menonjolkan kelainan dan keunikan menerusi persembahan yang berkonsepkan ‘World Music’.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam satu kenyataan memaklumkan, ROK 2024 akan berlangsung selama tiga hari bertempat di Lintasan Deasoka bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga Ahad ini.

Menurut JKKN, konsep penganjuran adalah dengan mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah melibatkan penggiat seni dan kumpulan muzik tradisional sekitar negeri ini.

“ROK kali ini juga akan membawakan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hebat seperti Velvet Aduk, Elica Paujin, Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Afiezal Fahmi, Fauziah Gambus, Dyana Baiduri, Marllenney, The Male-Efficient dan artis jemputan antarabangsa dari Korea Selatan.

“Selain persembahan utama, terdapat juga aktiviti kesenian dan kebudayaan lain yang telah disusun untuk para pengunjung yang hadir seperti Bazar Seni ROK, Pameran kraf, Bengkel Muzik ROK, ROK Music Run, Interaktif Seni Budaya dan pelbagai lagi,” menurut kenyataan itu di sini.

Penganjuran ROK 2024 turut mendapat kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu yang turut menganjurkan Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/24/rhythms-of-kinabalu-2024-tonjol-kelainan-keunikan/feed/ 0 62657