rokok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jul 2024 06:43:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rokok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kastam Sabah rampas rokok seludup jumlah keseluruhan lebih RM8 juta https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/ https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/#respond Wed, 17 Jul 2024 06:43:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57664
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jkdm) Zon Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama yang cuba diseludup masuk ke nagara ini dan disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan termasuk duti serta cukai berjumlah lebih RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Sandakan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kejayaan ini merupakan rampasan terbesar barangan rokok seludup tidak berkastam pada tahun ini.

“Pada 13 Julai lalu, jam 4.55 petang, hasil daripada maklumat Cawangan Risikan, sepasukan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Kastam Sandakan telah membuat serbuan di sebuah stor tidak bernombor di kawasan daerah Sandakan.

“Hasil daripada serbuan telah berjaya merampas 5,262,280 batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai RM526,228.00 di stor tersebut dengan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM7,525,727.6.

“Tiga buah kenderaan turut disita yang terdiri daripada sebuah Proton Persona, Toyota Hilux dan Toyota Hiece Van yang memuat rokok dan berada di dalam stor tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM8,051,955.60,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, pasukan penguatkuasaan turut menahan tiga lelaki yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 47 tahun. Kesemua Orang Yang Disyaki (OYDS) merupakan warganegara tempatan.

“Modus operandi bagi kes ini adalah menyembunyikan barang tidak berkastam dengan niat mengelak cukai dan mendapatkan kelebihan perniagaan di pasaran tempatan.

“Rokok berkenaan dipercayai daripada luar negara yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

“Kes kini sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Seksyen 135(1)(d),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/feed/ 0 57664
TIM QRF ATB 2 Gagalkan Aktiviti Penyeludupan Rokok Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/#respond Sat, 09 Apr 2022 02:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14076
Read Time:1 Minute, 49 Second

TAWAU: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk 3,420 karton rokok tidak sah (tidak bercukai) menerusi rondaan Op BENTENG BERSAMA di kawasan tanggungjawab ATB 2 Tawau pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan media ATB 2 Tawau hari ini, kejayaan ini adalah hasil tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) yang telah membuat tinjauan dan pengesanan terhadap dua buah van jenis Toyata Hiace berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Sri Aman, Tawau pada 7 April 2022, jam 9.00 malam.

“Tim QRF telah bertindak mendekati dan melaksanakan pemeriksaan awal terhadap kedua-dua buah van tersebut dan mendapati, kenderaan tersebut digunakan bagi tujuan membawa rokok seludup dari Indonesia ke Tawau serta telah ditinggalkan setelah menyedari kehadiran Tim QRF di kawasan tersebut.

“MK ATB 2 percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati nilai rampasan bagi 3,420 karton rokok seludup adalah dianggarkan bernilai RM 410,200.00 manakala dua buah van jenis Toyata Hiace dianggarkan bernilai RM 216,00.00. Nilai keseluruhan rampasan adalah
bernilai RM 626,200.00.

“Kesemua barang rampasan dan kenderaan telah diserahkan kepada IPD Tawau pada jam 7.10 petang untuk siasatan serta tindakan lanjut PDRM,” kata kenyataan itu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, Tim QRF dan PDRM atas kejayaan tersebut.

“Kerjasama erat di antara perkhidmatan ATM dan PDRM berada ditahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan dan
kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah.

“Kejayaan ini membuktikan sempadan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diawasi ketat sebilang masa oleh pasukan keselamatan sekaligus membuktikan fungsi dan peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan negara,” kata Abdul Karim.

Melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, beliau menjamin keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah berada ditahap terbaik.

Beliau turut menegaskan ATB 2 akan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi yang optimum dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pencerobohan atau penyeludupan serta ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/feed/ 0 14076
APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok https://sabahmedia.com/2021/08/03/apmm-gagalkan-cubaan-seludup-rokok/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/apmm-gagalkan-cubaan-seludup-rokok/#respond Tue, 03 Aug 2021 07:20:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4012
Read Time:1 Minute, 28 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok di perairan Pulau Sisipan disini sekitar jam 10.15 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Norrimi Hassan berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang dalam penugasan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan diperairan berkenaan.

“Ketika dihampiri bagi tujuan pemeriksaan, tekong bot berkenaan bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang kea rah hutan bakau berdekatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati terdapat tiga bungkusan kota besar berisi rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM15,290.00,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Norrimi berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Katanya, berdasarkan barang yang dirampas, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan serta menjejak suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan rokok di Semporna.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot beserta enjin dianggarkan bernilai RM21,790.00 dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 bagi kesalahan penyeludupan rokok.

“Individu yang didapati bersalah boleh dikenakana denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM5,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaunb duti kastam atau RM100 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Norrimi berkata, pihaknya juga akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hotspot’ khususnya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke Sabah melalui jalan laut.

Katanya, pihaknya juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/apmm-gagalkan-cubaan-seludup-rokok/feed/ 0 4012