rombakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 May 2026 11:52:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rombakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masidi dilantik timbalan pengerusi GRS, Armizan sebagai setiausaha agung https://sabahmedia.com/2026/05/12/masidi-dilantik-timbalan-pengerusi-grs-armizan-sebagai-setiausaha-agung/ https://sabahmedia.com/2026/05/12/masidi-dilantik-timbalan-pengerusi-grs-armizan-sebagai-setiausaha-agung/#respond Tue, 12 May 2026 11:48:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96568
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU  : Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun, dilantik sebagai salah seorang daripada lima Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam rombakan terbaharu kepimpinan gabungan pemerintah negeri itu.

Pelantikan tersebut dibuat susulan penyertaan keluar Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) daripada GRS, yang sebelum ini diwakili presidennya Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Timbalan Pengerusi gabungan berkenaan.

Selain Masidi, empat Timbalan Pengerusi GRS yang lain dikekalkan iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Presiden Parti Cinta Sabah, Tan Sri Anifah Aman; Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah; serta Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin.

Dalam masa sama, jawatan Setiausaha Agung GRS yang sebelum ini disandang Masidi kini diambil alih oleh Ahli Parlimen Papar merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung gabungan tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, dilantik semula sebagai Ketua Penerangan GRS bagi meneruskan peranannya dalam memperkukuh komunikasi dan penyampaian maklumat gabungan itu.

Rombakan kepimpinan tersebut turut menyaksikan dua muka baharu dalam struktur tertinggi GRS.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui daripada PBS, dilantik sebagai Bendahari Agung baharu menggantikan Ardino Diris.

Beliau juga memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Bendahari Agung PBS.

Satu lagi pelantikan baharu ialah Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Razali Rali, yang kini mengisi jawatan Timbalan Setiausaha Agung GRS menggantikan Armizan.

Rombakan kepimpinan ini dilihat sebagai usaha menyusun semula struktur pentadbiran GRS dalam memperkukuh kerjasama parti-parti komponen menjelang agenda politik negeri Sabah akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/12/masidi-dilantik-timbalan-pengerusi-grs-armizan-sebagai-setiausaha-agung/feed/ 0 96568
Hajiji akan umum rombakan Kabinet Negeri https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/#respond Fri, 06 Jan 2023 10:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27485
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet Negeri.

Katanya, butiran akan didedahkan tidak lama lagi.

Hajiji berkata demikian menerusi satu kenyataan media ringkas hari ini (6 Jan) yang mengesahkan rombakan kabinet bakal dilakukan susulan senario politik yang mahu menukar Ketua Menteri Sabah baru-baru ini.

Semalam, satu jemputan diedarkan untuk mengadakan sidang media khas oleh Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sidang media tersebut yang sepatutnya berlangsung pada jam 4.30 petang semalam, namun dibatalkan tanpa perincian lanjut dari kedua-dua pihak.

Sidang media itu dipercayai untuk mengumumkan mereka mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Ini adalah rentetan daripada kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Masidi Manjun itu menyebut tindakan berkenaan berikutan dakwaan pihak tertentu memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Spekulasi kerajaan baharu itu dikatakan diwujudkan menerusi kerjasama BN dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikatakan bakal dilantik semula sebagai Ketua Menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/feed/ 0 27485