Rompak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Aug 2025 14:19:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rompak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rompak berkumpulan guna senjata: Dua lelaki dipenjara 10 tahun, 3 sebatan https://sabahmedia.com/2025/08/08/rompak-berkumpulan-guna-senjata-dua-lelaki-dipenjara-10-tahun-3-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/08/08/rompak-berkumpulan-guna-senjata-dua-lelaki-dipenjara-10-tahun-3-sebatan/#respond Fri, 08 Aug 2025 14:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78818
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melakukan rompak berkumpulan menggunakan senjata.

Asreen Arskan, 24, dan Mohd Hiesyamuddin Baharudding, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mereka merompak seorang pekerja wanita di sebuah kedai 24 jam di Telipok Ria, Tuaran pada 17 Julai lalu kira-kira jam 3.13 pagi, membabitkan wang tunai RM67 milik premis berkenaan dengan bersenjatakan sebilah sabit.

Asreen turut dijatuhi hukuman penjara lima tahun lagi dan tiga sebatan bagi kesalahan kedua kerana merompak seorang pekerja lelaki di sebuah lagi kedai 24 jam di Tuaran pada keesokan harinya, kira-kira jam 1.23 pagi. Dalam kejadian itu, dia melarikan wang tunai RM154.95 milik premis dengan bersenjatakan sebilah parang.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan berasingan menjadikan jumlah hukuman keseluruhan terhadap Asreen ialah 15 tahun penjara dan enam sebatan.

Semasa rayuan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan kerana mereka telah menyesal.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis meminta hukuman berat memandangkan tertuduh menggunakan senjata.

Beliau berkata penggunaan senjata berbahaya meningkatkan tahap keseriusan kesalahan dan menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan awam.

Walaupun tiada kecederaan fizikal berlaku, namun mangsa mengalami trauma akibat kejadian tersebut, katanya.

Kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata adalah di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes rompakan bersenjata di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan pula, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/08/rompak-berkumpulan-guna-senjata-dua-lelaki-dipenjara-10-tahun-3-sebatan/feed/ 0 78818
Dua Lelaki Ditembak Mati di Depan Pusat Beli-Belah di Cheras https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/#respond Tue, 17 Jun 2025 04:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75699
Read Time:58 Second

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut ditembak dalam kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 pagi, mangsa sedang menuju ke arah kenderaan mereka apabila sekumpulan lelaki bertopi keledar tiba-tiba menyerang dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa rebah berlumuran darah sebelum kumpulan suspek melarikan diri menaiki sebuah Perodua Alza.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan IPD Cheras bersama Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi. Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi bagi mengenal pasti identiti penyerang.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka, dengan kesan tembakan pada bahagian badan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baru-baru ini kejadian maut kerana tembakan turut berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu yang mengorbankan seorang lelaki tempatan dan mencederakan dua lagi rakan.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, suspek menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang minum di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/feed/ 0 75699