Rosak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Dec 2022 22:42:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rosak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 3 buah rumah rosak dipukul ombak besar https://sabahmedia.com/2022/12/27/3-buah-rumah-rosak-dipukul-ombak-besar/ https://sabahmedia.com/2022/12/27/3-buah-rumah-rosak-dipukul-ombak-besar/#respond Mon, 26 Dec 2022 22:42:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26980
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA BELUD: Sebanyak tiga buah rumah atas air mengalami kerosakan selepas dipukul ombak berikutan fenomena air pasang besar di Kg Buah Pandai di sini tengah malam tadi.

Pasukan Bomba memantau keadaan di penempatan atas air di Kg Buah Pandai, Kota Belud.- Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada tengah malam tadi (27 Dis) mengenai kejadian kerosakan rumah di Kg Buah Pandai akibat dipukul ombak.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi berkenaan melaporkan terdapat tiga buah rumah atas air mengalami kerosakan di bahagian lantai termasuk sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian beranda rumah akibat dipukul ombak ekoran daripada fenomena air pasang besar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dianggarkan sebanyak 66 buah rumah lagi turut terancam dan dilaporkan kerosakan 10 peratus pada keseluruhan jambatan di kampung tersebut.

“Semua mangsa sudah berpindah dengan sendirinya ke rumah saudara dan sebahagian kecil berpindah ke Masjid Kg Buah Pandai,Kota Belud.

“Pemantuan masih dijalankan di oleh pasukan Bomba di tempat kejadian, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Agensi keselamatan yang turut berada membantu di lokasi berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah.

Pemantuan juga mendapati keadaan air laut semakin surut dan setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan pada jam 3:18 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/27/3-buah-rumah-rosak-dipukul-ombak-besar/feed/ 0 26980
Pihak Konsesi dan JKR Diarah Ambil Tindakan Segera Baiki Jalan Rosak di DUN Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/27/pihak-konsesi-dan-jkr-diarah-ambil-tindakan-segera-baiki-jalan-rosak-di-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/pihak-konsesi-dan-jkr-diarah-ambil-tindakan-segera-baiki-jalan-rosak-di-dun-kundasang/#respond Sat, 26 Jun 2021 22:36:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2039
Read Time:1 Minute, 0 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengadakan lawatan kerja ke kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan yang berterusan pada minggu lalu.

Antara kawasan yang dilawati ialah
Kampung Naradau, Kauluan, Cinta Mata, Lembah Permai, Kinasaraban, Sokid Bundu Tuhan, Lahanas dan Kundasang lama (Nagai).

“Pihak konsesi sudah diarahkan untuk mengambil tindakan dengan kadar yang segera. Demikian juga dengan Jurutera Daerah (DE) Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengambil tindakan susulan,” kata Dr. Joachim semasa melawat kawasan terbabit pada Sabtu (26 Jun).

Beliau berkata pihak konsesi perlu mengambil tindakan segera kerana kerana ada diantara jalan terbabit yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Keadaan jalan tanah merah Kampung Pinausok Kauluan dalam keadaan merbahaya dan saya menasihatkan penduduk untuk berhati-hati,”katanya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berharap agar penduduk DUN berkenaan terutamanya yang terjejas dapat bersabar kerana pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berjalan menghadkan pergerakan semua orang termasuk pihak konsesi jalan raya.

“Saya berharap penduduk kampung berhati-hati ketika melalui jalan yang berlumpur serta berlubang,”katanya.

Kejadian tanah runtuh dan kerosakan jalan raya di kawasan DUN Kundasang tersebut juga telah menarik perhatian dan reaksi pelbagai pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/pihak-konsesi-dan-jkr-diarah-ambil-tindakan-segera-baiki-jalan-rosak-di-dun-kundasang/feed/ 0 2039