Rotary – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 11 Jul 2025 00:48:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rotary – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RCKK Pearl cadang kerjasama projek alam sekitar bersama KePKAS https://sabahmedia.com/2025/07/11/rckk-pearl-cadang-kerjasama-projek-alam-sekitar-bersama-kepkas/ https://sabahmedia.com/2025/07/11/rckk-pearl-cadang-kerjasama-projek-alam-sekitar-bersama-kepkas/#respond Fri, 11 Jul 2025 00:48:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77079
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) mahu menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) bagi melaksanakan Projek Inisiatif Ekopelancongan Kelip-Kelip

Inisiatif itu merupakan satu projek pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan di Kampung Darau, di sini.

Secara asasnya, kelab ini sedang melaksanakan projek yang menggabungkan pemulihan hutan bakau dengan pemeliharaan habitat kelip-kelip serta penglibatan komuniti, dengan matlamat untuk mewujudkan destinasi ekopelancongan mampan yang memberi manfaat kepada alam semula jadi dan juga masyarakat setempat di kampung tersebut.

RCKK Pearl yang diketuai Presidennya, Chendramata Sinteh ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew telah membentangkan cadangan kerjasama kelab berkenaan.

Hadir sama Bekas Presiden Rosie Chong Fung Fung, Presiden-Elekt Datin Jeanette Tambakau, Bekas Presiden Datuk Aminah Ambrose dan Naib Presiden Adelina Adna.

Chendramata menyeru pihak kementerian untuk mempertimbangkan penyertaan KePKAS sebagai rakan utama dengan memberikan sokongan dana kepada projek mereka yang berimpak tinggi itu.

“Sokongan pihak kementerian akan memperhebatkan lagi impak projek ini dan membantu kami mencapai objektif dengan lebih berkesan,” katanya.

Christina akan menjadi tetamu kehormat semasa majlis pelancaran rasmi dan tinjauan Tapak Pemulihan Kelip-Kelip serta Penanaman Pokok Bakau di Kampung Darau pada 5 September depan.

Beliau sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pelancongan lestari dan pemuliharaan alam sekitar.

Program pelancaran itu akan merangkumi aktiviti penanaman pokok bakau, sesi pendidikan alam sekitar, lawatan bot berpandu menyusuri Sungai Darau, serta pameran usaha pemuliharaan yang diketuai oleh komuniti.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Josie Lai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/11/rckk-pearl-cadang-kerjasama-projek-alam-sekitar-bersama-kepkas/feed/ 0 77079
Projek bekalan air bersih, Rotary bantu lebih 1,000 penduduk Kg Takutan dan Tamalang https://sabahmedia.com/2025/05/21/projek-bekalan-air-bersih-rotary-bantu-lebih-1000-penduduk-kg-takutan-dan-tamalang/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/projek-bekalan-air-bersih-rotary-bantu-lebih-1000-penduduk-kg-takutan-dan-tamalang/#respond Wed, 21 May 2025 01:59:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74183
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam merasmikan Projek Rotary: Bekalan Air Bersih dan Sanitasi di Kampung Takutan dan Kampung Tamalang, di sini, kelmarin.

Lebih 1,000 penduduk dari kedua-dua kampung kini menikmati bekalan air bersih dan sanitasi hasil pelaksanaan projek tersebut.

Menurut Dr. Joachim, Kampung Takutan dan Kampung Tamalang adalah antara 38 kampung di seluruh negeri yang telah menerima manfaat sejak projek ini dilaksanakan pada tahun 2019.

Katanya, secara keseluruhannya di Ranau, sebanyak 16 projek telah disiapkan  yang memberi manfaat kepada 7,649 penduduk melibatkan 1,658 keluarga.

“10 lagi projek sama akan dilaksanakan di daerah Ranau sepanjang tahun ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk Kampung Takutan dan Kampung Tamalang yang telah berganding bahu menjayakan projek pemasangan paip graviti ini.

“Saya berharap penduduk kampung terus bekerjasama melaksanakan penyelenggaraan berkala agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Joachim yang turut ditemani isteri, Datin Linda Ewit, sempat beramah mesra bersama penduduk kampung yang hadir memeriahkan majlis perasmian tersebut.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Rotary Club serta penaja utama projek, Elder Brad dan Sister Marsha Douglas daripada Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints.

Sementara itu, Presiden Kelab Rotary Kinabalu Pearl, Chenderamata Sinteh berkata pihaknya sentiasa komited membantu serta menyokong kepimpinan setempat dalam merancang dan melaksanakan projek seumpama ini.

Chenderamata turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung atas kerjasama erat yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan projek.

Majlis perasmian yang berlangsung di dua lokasi berasingan itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin; Penolong Pegawai Daerah Ranau, Setiausaaha politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyos; Jeffarison Solingkin yang mewakili Pegawai Daerah; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani; Penolong Pegawai Pembangunan Ranau, Saiful Ruling; Pengerusi Projek Rotary merangkap Presiden terdahulu, Datuk Suzannah Liaw; Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Takutan dan Kampung Tamalang; penduduk kampung serta ahli-ahli Kelab Rotary Likas Bay.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/projek-bekalan-air-bersih-rotary-bantu-lebih-1000-penduduk-kg-takutan-dan-tamalang/feed/ 0 74183
Kelab Rotary salur 14,420kg beras kepada mangsa banjir Kota Belud dan Kota Marudu https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/#respond Mon, 17 Feb 2025 07:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68892
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) dan Kinabalu Sutera (RCK Sutera) menyalurkan 14,420 kilogram beras kepada 1,442 keluarga di Kota Belud dan Kota Marudu pada Sabtu lepas yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Presiden Kelab dan Pengarah Khidmat Masyarakat RCKK Pearl Datin Dr Jeanette Tambakau berkata, inisiatif kemanusiaan ini menjadi kenyataan melalui dana yang dikumpulkan oleh Rotary International Daerah 3310 yang merangkumi kelab-kelab Rotary di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Singapura dan Brunei.

“Keprihatinan kolektif mereka telah menjayakan pembelian dan pengedaran bekalan makanan yang amat diperlukan oleh keluarga yang bergelut dengan kesan banjir teruk di Kota Belud dan Kota Marudu,” katanya.

Di Kota Belud, sebanyak, 262 pek beras (10 kg) telah diagihkan. Penyerahan itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sugang yang dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Winnie Anggun dan beberapa pegawai dari pejabat daerah.

Sementara di Kota Marudu, sebanyak 1,180 pek beras (10kg) diserahkan kepada mangsa banjir yang diadakan di ruang lobi Pejabat Daerah yang dihadiri oleh Pegawai Daerah Meirin Sugara dan disaksikan oleh beberapa pegawainya.

Dr Jeanette berkata, kelabnya bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk memastikan pengedaran bantuan berjalan lancar.

“Usaha bantuan ini telah dikongsi secara meluas di media sosial bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan komuniti Rotary yang memberi impak dan pentingnya kerjasama kemanusiaan.

“Inisiatif ini menegaskan komitmen Rotary terhadap perkhidmatan kemanusiaan, menunjukkan kekuatan niat baik bersama dalam waktu krisis.

“Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl dan Kelab Rotary Kinabalu Sutera tetap teguh dalam misi mereka untuk menyokong komuniti yang memerlukan di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/feed/ 0 68892