Ruang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Jul 2021 01:35:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ruang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jelani Tinjau Bangunan Untuk Dijadikan Ruang Pejabat https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/#respond Sun, 04 Jul 2021 01:35:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2479
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah dijangka mempunyai ruang pejabat sebaik sahaja sebuah struktur bangunan berhampiran pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) siap diubahsuai untuk dijadikan pejabat.

Naib Presiden SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan memberitahu, pihaknya pada dasarnya bersetuju struktur bangunan tersebut diselenggara dan diubahsuai untuk dijadikan ruang pejabat dan pengurusan pasukan bolasepak wanita Sabah.

“Sebaik-baiknya pengurusan pasukan wanita juga perlu mempunyai pejabat yang berhampiran dengan pejabat SAFA dan padangnya,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA.

Beliau menyatakan perkara itu selepas meninjau keadaan bangunan itu, kelmarin.

Turut mengiringi beliau ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA yang juga Penolong pengurus B19 Sabah, Lokman Sunggim.

Dalam taklimat ringkasnya, David memaklumkan bahawa struktur bangunan berkenaan mengalami sedikit kerosakan terutama di bahagian atap berikutan ditimpa pokok yang tumbang.

Katanya, bagaimanapun kerosakan di bahagian atap itu tidak terlalu teruk namun telah menyebabkan bahagian silingnya terjejas.

“Ia masih boleh dibaikpulih dan bersetuju sekiranya bangunan itu dibuat tambahan meluaskannya untuk dijadikan ruang pejabat,” katanya.

Jelani yang juga Pengarah Sabah FC berkata, pihaknya berterima kasih kepada pucuk pimpinan SAFA terutama Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana memberi kepercayaan menerajui kelab bolasepak profesional itu.

Katanya, beliau akan memanfaatkan sepenuh pengalamannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran untuk mengendalikan Sabah FC secara lebih profesional agar ia mampu berdikari.

Pada masa sama, tambahnya, beliau juga mahu melihat SAFA sebagai badan tertinggi bolasepak di Sabah saling memberi kerjasama, sokongan dan memantau perkembangan kelab tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/jelani-tinjau-bangunan-untuk-dijadikan-ruang-pejabat/feed/ 0 2479