rubin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Apr 2026 00:15:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rubin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rawatan air alternatif percepat BALB-Rubin https://sabahmedia.com/2026/04/26/rawatan-air-alternatif-percepat-balb-rubin/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/rawatan-air-alternatif-percepat-balb-rubin/#respond Sun, 26 Apr 2026 00:15:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95568
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah disegerakan melalui pendekatan dua hala dengan meneruskan projek jangka panjang di samping melaksanakan sistem alternatif yang lebih cepat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Rubin Balang berkata, langkah itu penting bagi memastikan rakyat di kawasan pedalaman dan pulau mendapat akses kepada bekalan air bersih tanpa perlu menunggu terlalu lama.

“Rakyat memerlukan bekalan air bersih segera dan kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada projek jangka panjang yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

“Bagi penyelesaian jangka pendek, kerajaan negeri akan memperluas penggunaan sistem alternatif seperti paip graviti, telaga tiub dan pam air berkuasa solar.

“Pendekatan alternatif tersebut mampu disiapkan dalam tempoh singkat iaitu satu hingga enam bulan dengan jangkaan kos kurang daripada RM3 juta bagi setiap projek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) Perlaksanaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Bilik Mesyuarat KPLB, di sini.

HLC  ditubuhkan sebagai menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyerahkan pelaksanaan 83 projek BALB bernilai RM4.06 bilion kepada kerajaan negeri.

Menurut Rubin, semua projek BALB di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diteruskan termasuk projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). 

“Ketika ini projek terbabit berada pada tiga peringkat iaitu telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan.

“Sebahagian projek dikenal pasti berdepan masalah antaranya isu pengambilan tanah dan kelemahan pihak perunding yang menyebabkan kelewatan,” katanya.

Di samping itu, beliau memaklumkan kerajaan Persekutuan juga memberi penurunan kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek termasuk yang bernilai tinggi tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.

“Langkah ini akan mempercepat proses perolehan, pelantikan kontraktor dan pelaksanaan projek supaya manfaat dapat dinikmati rakyat dengan lebih segera,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/rawatan-air-alternatif-percepat-balb-rubin/feed/ 0 95568
Rubin akui operasi perlombongan di Sabah sukar diluluskan, babitkan kos jutaan ringgit https://sabahmedia.com/2024/11/19/rubin-akui-operasi-perlombongan-di-sabah-sukar-diluluskan-babitkan-kos-jutaan-ringgit/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/rubin-akui-operasi-perlombongan-di-sabah-sukar-diluluskan-babitkan-kos-jutaan-ringgit/#respond Tue, 19 Nov 2024 11:51:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64051
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Prosedur untuk mendapatkan kelulusan bagi aktiviti perlombongan di Sabah adalah proses yang panjang, rumit, dan memerlukan kos yang tinggi, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Rubin, yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah (SEDCO), berkata walaupun penubuhan jabatan negeri baharu untuk urusan perlombongan menunjukkan kemajuan, proses kelulusan masih memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan perbelanjaan besar tanpa jaminan kejayaan.

Rubin yang videonya dirakam dan tular baru-baru ini turut mengatakan sukar untuk mendapatkan kelulusan perlombongan walaupun ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) atau ketika Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Anak pertama saya (bukan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Balang) mempunyai latar belakang dan pengetahuan dalam bidang perlombongan dan saya tahu dia pernah membuat permohonan perlombongan ketika pentadbiran Musa.

“Ketika itu, tiada jawatankuasa mahupun jabatan (negeri) ditubuhkan kerana tiada pegawai berpengalaman.

“Tetapi apabila pegawai lebih berpengalaman bekerja dalam Kerajaan Persekutuan ditugaskan kembali ke Sabah, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor menubuhkan jabatan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan satu klip audio dan empat klip video memaparkan perbualan beberapa ADUN Sabah dengan individu dipercayai bertanggungjawab merakam klip terbabit tersebar di portal berkenaan.

Tambah Rubin lgi di sebalik penubuhan jabatan negeri baharu itu, proses untuk mendapatkan kelulusan akhir masih mengambil masa beberapa tahun dan memerlukan kos tinggi.

Beliau berkata, pemohon perlu mendapatkan surat minat daripada Jabatan Tanah dan Ukur kerana kegiatan perlombongan membabitkan sumber asli.

“Selepas mereka bersetuju, bayaran RM400,000 perlu dibuat kepada kerajaan negeri, diikuti semakan lanjut untuk menentukan sama ada terdapat galian atau tidak.

“Langkah seterusnya memerlukan kebenaran lanjut daripada Jabatan Tanah dan Ukur atau Jabatan Perhutanan.

“Sebagai contoh, untuk memeriksa tanah seluas 809.4 hektar, perlu menggerudi sehingga 100 meter menggunakan mesin khas, namun itu tidak menjamin jumlah dan kualiti galian yang diterokai,” katanya.

Selain itu, Rubin berkata, proses terbabit mengambil masa selama beberapa tahun dan menelan belanja jutaan ringgit tanpa sebarang jaminan kejayaan memperoleh projek perlombongan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/rubin-akui-operasi-perlombongan-di-sabah-sukar-diluluskan-babitkan-kos-jutaan-ringgit/feed/ 0 64051