Ruddy – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Mar 2026 08:50:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ruddy – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekarang masa untuk bekerja, beri tumpuan pembangunan kawasan – Ruddy https://sabahmedia.com/2026/03/28/sekarang-masa-untuk-bekerja-beri-tumpuan-pembangunan-kawasan-ruddy/ https://sabahmedia.com/2026/03/28/sekarang-masa-untuk-bekerja-beri-tumpuan-pembangunan-kawasan-ruddy/#respond Sat, 28 Mar 2026 08:50:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93949
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah menyifatkan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya dalam petisyen pilihan raya baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keputusan mahkamah pilihan raya yang membatalkan petisyen difailkan oleh lawannya daripada Parti Warisan adalah satu mandat jelas untuk meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pasukan peguam. Keputusan ini bagi saya adalah ketentuan dan memberi semangat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pitas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen calon Warisan, Datuk Harun Ismail, yang mencabar kemenangan Ruddy di kerusi DUN Pitas.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Wong Siong Tung, yang bersidang sebagai hakim Mahkamah Pilihan Raya, membuat keputusan itu melalui Zoom selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Ruddy serta dua lagi responden.

Pempetisyen (Harun) diperintahkan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Ruddy, dan tambahan RM15,000 sebagai kos kepada responden kedua dan ketiga.

Mengulas mengenai bayaran kos sebanyak RM15,000 yang diputuskan mahkamah, Rudy berkata jumlah tersebut akan disalurkan kepada golongan memerlukan khususnya anak-anak yatim.

“Sekiranya wang itu diterima mengikut tempoh yang ditetapkan mahkamah, saya akan serahkan kepada anak-anak yatim kerana mereka lebih memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak khususnya pengundi di DUN Pitas agar menerima keputusan mahkamah dengan terbuka serta menghentikan sebarang spekulasi atau sindiran.

“Keputusan ini adalah muktamad. Jangan lagi ada sindir-menyindir. Sekarang masanya untuk kita bekerja dan memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan,” katanya.

Ruddy menegaskan bahawa tempoh perkhidmatan yang masih berbaki akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperjuangkan kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur.

Katanya, beliau akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti serta pihak berkaitan bagi memastikan keperluan asas rakyat di Sabah, terutama di kawasan luar bandar seperti Pitas, dapat dipenuhi.

“Kita masih ada tempoh yang panjang untuk berkhidmat. Fokus saya adalah turun padang dan memastikan pembangunan infrastruktur yang amat diperlukan rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/28/sekarang-masa-untuk-bekerja-beri-tumpuan-pembangunan-kawasan-ruddy/feed/ 0 93949
Ambil tindakan drastik dua pemilik akaun TikTok sebar tuduhan fitnah – Ruddy https://sabahmedia.com/2024/12/05/ambil-tindakan-drastik-dua-pemilik-tiktok-sebar-tuduhan-fitnah-ruddy/ https://sabahmedia.com/2024/12/05/ambil-tindakan-drastik-dua-pemilik-tiktok-sebar-tuduhan-fitnah-ruddy/#respond Thu, 05 Dec 2024 06:56:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64922
Read Time:2 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan drastik ke atas dua pemilik akaun TikTok yang menyebarkan tuduhan fitnah mengaitkan beliau dan dua lagi rakan wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan rasuah dan pecah amanah melibatkan isu tanah.

Ruddy yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata beliau terkejut apabila melihat video tular di TikTok yang cuba mengaitkan mereka bertiga dengan isu tersebut.

“Beberapa hari lalu, satu tuduhan fitnah telah dimuat naik di TikTok, mengaitkan saya dan dua lagi rakan wakil rakyat dengan rasuah dan pecah amanah melibatkan isu tanah.

“Untuk makluman semua, saya tidak pernah berhubung dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib (ADUN Sugut), mahupun berbincang walau sepatah perkataan mengenai isu tanah.

“Begitu juga dengan individu bernama Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin (ADUN Nabawan), saya tidak pernah berjumpa atau berbincang dengannya berkenaan hal ini.

“Saya terkejut apabila melihat video tular di TikTok yang cuba mengaitkan kami bertiga dengan isu tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebagai tindak balas, Ruddy berkata satu laporan polis telah dibuat pada 3 Disember 2024 di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kepayan oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat (PPM) N3 Pitas, Ramlah Nasir, bersama Ketua Daerah Pitas, OKK Halim Kadir dan Pemaju Mukim N3 Pitas, George Sibul.

“Kami meminta pihak polis menyiasat dua akaun TikTok yang telah memuat naik tuduhan terhadap kami.

“Saya juga merayu agar pihak polis dapat mengenal pasti pemilik akaun tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan. Tuduhan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada kami, lebih-lebih lagi tanpa sebarang bukti sahih,” tegasnya.

Beliau juga yakin penyebaran dakwaan itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan maruah kerajaan.

“Saya percaya ini adalah mainan politik yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah. Mereka tidak mempunyai cara lain selain mencipta isu-isu yang tidak berasas untuk mencemarkan nama baik kami.

“Namun, sebagai wakil rakyat, saya bersedia menghadapi apa jua ancaman dan tuduhan. Saya telah membuat laporan polis dan menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Untuk makluman, saya sendiri hadir ke pejabat SPRM dua hari lalu untuk menjelaskan perkara ini dan menyerahkan semua dokumen serta gambar berkaitan,” jelasnya.

Tambah Ruddy lagi, pihak tertentu sengaja menggunakan isu ini kepada pemimpin yang berpotensi mempertahankan kerusi masing-masing.

“Saya tahu pihak tertentu sengaja menggunakan isu ini untuk mengaitkan nama pemimpin yang berpotensi mempertahankan kerusi masing-masing.

“Namun, saya mencabar mereka khususnya di kawasan N3 Pitas untuk datang dan buatlah fitnah sebanyak mungkin. Saya tidak takut kerana saya tahu rakyat saya bersama saya.

“Kepada rakyat Pitas, saya tegaskan sekali lagi, jika ada tanah kamu yang saya rampas, tipu, atau jual, datanglah berjumpa dengan saya dan buktikan tuduhan tersebut. Saya sedia bertanggungjawab, tetapi saya yakin tuduhan ini tidak benar,” tegas beliau lagi.

Ruddy menyeru kepada pembangkang di luar sana agar tidak menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan pihak lain.

“Jika mahu bersaing, perkuatkanlah jentera masing-masing di kawasan yang anda tandingi. Ayuh, kita berjumpa secara telus dan beretika,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/05/ambil-tindakan-drastik-dua-pemilik-tiktok-sebar-tuduhan-fitnah-ruddy/feed/ 0 64922
Pengundi muda harus lengkapkan diri dengan ilmu, berani, sedia untuk cipta sejarah – Dr Ruddy https://sabahmedia.com/2022/11/13/pengundi-muda-harus-lengkapkan-diri-dengan-ilmu-berani-sedia-untuk-cipta-sejarah-dr-ruddy/ https://sabahmedia.com/2022/11/13/pengundi-muda-harus-lengkapkan-diri-dengan-ilmu-berani-sedia-untuk-cipta-sejarah-dr-ruddy/#respond Sun, 13 Nov 2022 08:14:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24512
Read Time:1 Minute, 8 Second

KUDAT: Pengundi dikalangan generasi muda merupakan antara penentu bagi merealisasikan satu transformasi atau perubahan negara di masa hadapan.

Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kudat yang juga calon GRS Parlimen P. 167 Kudat, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata pengundi muda harus melengkapkan diri dengan berani dan seterusnya bersedia untuk mencipta sejarah.

“Mereka perlu tidak mudah terpesong dan percaya dengan omongan kosong pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang tidak pasti.

“Terus berani dan bangkit kerana kita sedang berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalam perjuangan pilihan raya dan pilihan kita menentukan jatuh bangun Parlimen P.167 Kudat,”katanya pada Himpunan Anak Muda P.167 Kudat disini, pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Pemuda GRS Kudat, Asmey Ruddy berkata Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini sangat mencabar kerana pengundi muda sekarang terdedah dengan dunia digital di mana khabar angin sangat mudah disebar.

“Aliran maklumat yang pantas dan bebas menjadikan landskap politik negara yang jauh berbeza dari sebelumnya.

“Ia juga lebih mencabar dan memberi kesan kepada kesedaran dan kematangan politik pengundi muda.

“Oleh itu, generasi muda perlu bersatu dan bangkit menyahut cabaran ini serta segala helah pembangkang dapat ditepis seterusnya memastikan kemenangan calon GRS Parlimen P.167 Kudat berjaya dicapai,”katanya.

Himpunan Anak Muda P.167 anjuran GRS yang diadakan sehari ini diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik seperti sukan rakyat, servis motor percuma, sesi dialog dan persembahan artis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/13/pengundi-muda-harus-lengkapkan-diri-dengan-ilmu-berani-sedia-untuk-cipta-sejarah-dr-ruddy/feed/ 0 24512