Rukun negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 May 2024 02:24:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rukun negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jadikan Rukun Negara sebagai asas ekspresi patriotisme https://sabahmedia.com/2024/05/20/jadikan-rukun-negara-sebagai-asas-ekspresi-patriotisme/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/jadikan-rukun-negara-sebagai-asas-ekspresi-patriotisme/#respond Mon, 20 May 2024 02:23:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54660
Read Time:1 Minute, 39 Second

Penampang:  Rakyat di negara ini khususnya di Sabah diseru untuk menjadikan Rukun Negara sebagai asas ekspresi patriotisme atau semangat cintakan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, rasa cinta kepada negara bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan dan perbuatan.

“Oleh itu, harapan saya agar Rukun Negara dijadikan sebagai asas ekspresi rakyat kepada cintakan negara dan semangat patriotisme kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Ekspresi Bulan Kebangsaan Tahun 2024, anjuran Jabatan Penerangan, di Centola Atrium, ITCC Penampang, di sini, semalam.

Ewon berkata, Rukun Negara pertama, ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ membawa mesej supaya di sebalik perbezaan bangsa dan agama, rakyat harus saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ – ini berkaitan dengan perundangan, penjagaan alam sekitar, keseimbangan ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

“Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang – membawa mesej supaya seluruh rakyat menghormati undang-undang negara.

“Kesopanan dan Kesusilaan – contohnya dalam sambutan Pesta Kaamatan dan sambutan kebudayaan serta keagamaan lain, kita harus menghormati dan memahami budaya masyarakat lain yang akhirnya menyatupadukan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, perpaduan, keharmonian dan toleransi antara kaum akan menggerakkan negara ini ke arah yang lebih baik.

Ewon berkata, patriotisme juga bukan sekadar semangat tetapi merupakan sesuatu yang perlu disemai dan dihayati kerana ia melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaaan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.

“Sehubungan itu, matlamat utama majlis Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024, ialah meningkatkan kesederan serta memupuk semangat perpaduan dan patriotisme,” katanya.

Ewon berkata, sambutan ini penting bukan sahaja dalam konteks keharmonian dan perpaduan kaum tetapi dalam konteks ekonomi dan tadbir urus negara.

“Contohnya dalam kontes ekonomi, kita ada dasar kerajaan yang terkait dengan pembangunan keusahawanan dan peraturan pelbagai skim serta inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Sekiranya rakyat mematuhi kriteria dan memohon untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi berkenaan, sudah tentu aktiviti ekonomi dalam negara menjadi lebih baik, nilai eksport bertambah baik dengan sumbangan rakyat kepada aktiviti gerakan keusahawanan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/jadikan-rukun-negara-sebagai-asas-ekspresi-patriotisme/feed/ 0 54660
SMK Kolombong johan sketsa Rukun Negara https://sabahmedia.com/2023/09/08/smk-kolombong-johan-sketsa-rukun-negara/ https://sabahmedia.com/2023/09/08/smk-kolombong-johan-sketsa-rukun-negara/#respond Fri, 08 Sep 2023 02:40:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41435
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Sketsa bertajuk ‘Rukun Negara Tunas Belia’ itu dipersembahkan oleh lima ahli kumpulan iaitu Ellyseva Nabila Olkestria, Beatrice Chong Yi Yee, Steven Fadan Justin, Levan Hazlieq Syah dan Sharif Mohammad Iqwal Uddin.

Kumpulan tersebut berjaya membawa pulang wang tunai, sijil penghargaan, piala iringan dan hamper sekaligus akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaaan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober depan.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Bandaraya Kota Kinabalu SMK Kunak Jaya, Kunak manakala saguhati dimenangi oleh SMK Kunak, SMK Apin-apin Keningau kumpulan A dan kumpulan B.

Dalam majlis berkenaan, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim berkata, intipati Rukun Negara perlu dihayati dan disematkan dalam diri kita agar dapat bersama-sama membina negara bangsa yang bersatu padu terutamanya dalam negara majmuk.

Beliau mengingatkan rakyat agar terus bersatu hati dalam satu semangat dan nilai perpaduan yang jitu, memperteguhkan iltizam untuk terus menjunjung kelima-lima prinsip Rukun Negara.

Peto juga berharap melalui pertandingan seumpama ini dapat bersatu hati sebagai satu bangsa yang mempunyai nilai dan berpegang teguh kepada prinsip kenegaraan yang sama serta berbangga menjadi warga sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah itu di Dewan SMK Kolombong, Kota Kinabalu di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/08/smk-kolombong-johan-sketsa-rukun-negara/feed/ 0 41435