Rumah atas air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Nov 2024 10:49:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah atas air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/#respond Sat, 23 Nov 2024 10:48:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64272
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Sembilan orang mangsa berjaya diselamatkan selepas rumah yang didiami roboh dan tenggelam ke dalam air dalam kejadian yang berlaku di penempatan atas air di Kampung Air di sini pada Sabtu (23 Nov).

Keadaan sebuah rumah yang roboh di Kampung Air , Semporna.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 petang tadi mendapati sebuah rumah berkeluasan 30×30 di penempatan atas air telah roboh.

“Terdapat sembilan orang mangsa di dalam rumah yang roboh dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Kesemua mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa termasuk lima kanak-kanak dipindahkan ke balai raya kampung sebagai penempatan sementara.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 2.59 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/rumah-atas-air-roboh-9-mangsa-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 64272