Rumah inap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jan 2025 15:25:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah inap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanah Runtuh di Kundasang: Rumah Inap Rosak Teruk https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/#respond Thu, 16 Jan 2025 15:23:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67037
Read Time:37 Second

KUNDASANG: Sebuah rumah inap mengalami kerosakan teruk selepas dilanda kejadian tanah runtuh di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5:32 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5:55 petang dan mendapati tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan teruk pada sebuah rumah inap.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk sekitar untuk segera berpindah ke kawasan selamat bagi mengelak risiko kejadian susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya operasi pemantauan dijalankan di kawasan kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6:06 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/feed/ 0 67037