Rumah Mesra SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Apr 2024 09:10:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah Mesra SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri disyorkan skop pasang paip masuk peruntukan bina Rumah Mesra SMJ – Armizan https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/#respond Sun, 21 Apr 2024 09:05:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52873
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, ini adalah kerana Rumah Mesra SMJ mempunyai skop peruntukan besar daripada rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berkaitan dengan penyambungan saluran paip air.

“Baru-baru ini saya mengesyorkan kepada kerajaan negeri kerana Rumah Mesra SMJ skop peruntukannya besar daripada rumah PPRT adalah berkaitan dengan penyambungan paip.

“Pemasangan elektrik sudah termasuk dalam skop spesifikasi peruntukan tersebut tetapi air tidak, jadi untuk memasang saluran paip ini juga, meter dan sebagainya memerlukan peruntukan paling kurang RM1,000.

“Jadi kita mengharap melalui kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip itu juga dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra SMJ, jadi penerima manfaat dikalangan mereka yang susah ini akan boleh terus masuk ke rumah yang telah siap tersebut dan tidak terbeban dengan keperluan untuk pembuatan kos pemasangan paip,” kata Armizan ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan sebanyak 60 buah Rumah Mesra SMJ diperuntukkan di kawasan Parlimen Papar pada tahun 2023 telah siap dibina.

“Alhamdulillah tahun lepas kita telah selesai bina 60 buah Rumah Mesra SMJ yang diperuntukkan untuk tahun 2023 dan tahun ini ada 60 buah lagi.

“Justeru, dalam masa terdekat proses perolehan akan dilaksanakan dan kita menjangkakan tahun ini 60 buah rumah tersebut akan selesai lebih awal daripada tahun 2023 dan kita bermula lebih awal.

“Kita bersyukur kerana kerajaan negeri meneruskan program Rumah Mesra SMJ ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedia untuk didiami kepada tiga orang penerima manfaat tersebut.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Senator Tan Sri Anifah Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/feed/ 0 52873
Rumah Mesra SMJ terus dilaksana selagi Kerajaan GRS memerintah – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/#respond Sat, 13 Apr 2024 05:18:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52504
Read Time:2 Minute, 5 Second

RANAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat miskin termasuk membina Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk rakyat yang memerlukan.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, selagi Kerajaan Negeri GRS memerintah, program Rumah Mesra SMJ ini akan diteruskan demi membantu rakyat yang memerlukan.

“Setiap DUN akan diperuntukkan 20 buah Rumah Mesra SMJ dan rumah yang telah siap ini merupakan rumah yang dibina sejak 2022 lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung Merungin 2, kelmarin (12 April).

Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Saiman, Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kundasang, Dounis Sani, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gompoyo; dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Dr. Joachim berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra SMJ akan disenaraihitamkan (blacklisted).

“Kerajaan tidak mahu rumah-rumah ini lewat disiapkan. Terdapat kontraktor yang melengah-lengahkannya, maka mereka itulah yang akan disenaraihitamkan.

“Kita akan melihat punca kelewatan pembinaan rumah sama ada kerana cuaca atau jarak lokasi jauh dan mereka (kontraktor) juga akan diberikan elaun khas,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Dr. Joachim turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih Ranau sebagai hos kepada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri bagi tahun 2024.

Pelancaran Pesta Kaamatan di Ranau akan diadakan pada 1 Mei 2024.

Beliau berkata, jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau sebagai Pengerusi mengadakan mesyuarat setiap minggu sebagai persediaan pelancaran pesta tersebut.

Selain itu, semua agensi-agensi kerajaan dan persatuan etnik seperti Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) dan beberapa lagi persatuan etnik di Ranau dilibatkan secara langsung dalam pelancaran Pesta Kaamatan ini.

“Pelancaran Pesta Kaamatan akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau manakala bagi aktiviti lain seperti sukan rakyat akan diadakan di tapak tamu pekan Ranau.

“Sepatutnya, pelancaran diadakan secara besar-besaran dan kita bersedia menggunakan lapangan terbang lama tetapi, setelah berbincang dan berdasarkan keadaan kini di mana semua harga barang meningkat dan rakyat mengadu kos sara hidup turut meningkat, maka kita telah mengambil pendekatan sederhana.

“Sebagai mewakili Pengerusi Pelaksana dan semua wakil rakyat daerah Ranau saya menjemput seluruh rakyat di Sabah untuk hadir menyaksikan pelancaran Pesta Kaamatan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Selepas majlis penyerahan kunci Rumah SMJ itu, Dr. Joachim turut mengunjungi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta beberapa lagi rumah dalam DUN Kundasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/feed/ 0 52504
541 unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina setakat 22 Nov 2023 – Samad https://sabahmedia.com/2023/11/29/541-unit-rumah-mesra-smj-telah-siap-dibina-setakat-22-nov-2023-samad/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/541-unit-rumah-mesra-smj-telah-siap-dibina-setakat-22-nov-2023-samad/#respond Wed, 29 Nov 2023 06:53:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45852
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Setakat 22 November 2023, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh Negeri Sabah sedang dalam
pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 959 unit dan telah menyiapkan sebanyak 541 unit, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Samad Jambri @ Jamri.

Ini bagi menjawab soalan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum mengenai jumlah Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedang dalam pembinaan di seluruh Sabah pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Samad turut menjawab soalan tambahan daripada ADUN Telupid itu mengenai kaedah pembinaan Rumah Mesra SMJ ini sama ada masih kekal melalui sistem pasang siap ataupun menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) ataupun sudah ada arahan secara konvensional serta surat pekeliling dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

Samad berkata, pihak kementerian melalui keputusan kabinet semuanya telahpun menetapkan bahawa proses pelaksanaan Rumah Mesra SMJ yang pada awalnya mengguna pakai sistem IBS namun demikian kelonggaran diberikan kepada tempat-tempat ataupun lokasi-lokasi tertentu yang tidak boleh dilaksanakan secara konvensional amat sukar dilaksanakan melalui IBS.

“Namun demikian surat pekeliling ini telahpun dipanjangkan kepada pejabat-pejabat daerah dan juga pejabat-pejabat pelaksana untuk memastikan bahawa program ini boleh dilaksanakan secara IBS dan boleh dilaksanakan secara konvensional dan untuk salinan kepada kepada Yang Berhormat inshaaAllah pihak kementerian akan memberikan kepada pihak Yang Berhormat,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong turut meminta senarai Rumah Mesra SMJ bagi kawasan DUN beliau.

“Tiada masalah pihak kementerian akan memberikan salinan terperinci untuk pelaksanaan Rumah Mesra SMJ bagi kawasan DUN Sulabayan melalui pejabat Daerah Semporna,” jelas Samad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/541-unit-rumah-mesra-smj-telah-siap-dibina-setakat-22-nov-2023-samad/feed/ 0 45852