Rumah Mesra SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Oct 2025 10:13:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah Mesra SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah SMJ beri kelegaan kepada belia berumahtangga https://sabahmedia.com/2025/10/17/rumah-smj-beri-kelegaan-kepada-belia-berumahtangga/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/rumah-smj-beri-kelegaan-kepada-belia-berumahtangga/#respond Fri, 17 Oct 2025 10:13:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83527
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

BALUNG: Inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan kerajaan negeri terus membawa kelegaan besar kepada golongan muda, khususnya pasangan baharu berkahwin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung.

Menurut Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Balung, Datuk Hamild Awang, program itu bukan sahaja membantu mengurangkan beban pasangan muda memiliki rumah pertama, malah menjadi simbol keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

“Mereka gembira, terutama yang baharu berumah tangga kerana rumah SMJ yang ditambah sebanyak 10 unit bagi setiap kawasan DUN memang ditujukan kepada anak-anak muda agar mereka mempunyai rumah sendiri,” katanya kepada Sabah Media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelaksanaan Program Rumah SMJ di DUN Balung sejak diperkenalkan pada 2022 oleh kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, Hamild berkata, sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2022, setiap DUN menerima 20 buah rumah dan jumlah tersebut meningkat kepada 40 buah rumah pada tahun ini, dengan tambahan 10 unit khas untuk pasangan muda, menjadikan keseluruhan 50 buah rumah bagi setiap kawasan.

“Setakat ini, kira-kira 60 buah rumah sudah siap dibina di kawasan Balung, manakala selebihnya masih dalam pelaksanaan. Program ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat, khususnya golongan muda yang ingin membina kehidupan sendiri,” jelasnya.

Hamild menambah, perhatian terhadap generasi muda tidak hanya terhad kepada penyediaan rumah, tetapi turut merangkumi peluang pekerjaan dan keusahawanan.

“Kerajaan negeri sentiasa menaruh perhatian tinggi terhadap pengundi muda, belia dan beliawanis. Kita membantu mereka melalui pelbagai program seperti bantuan modal, kursus keusahawanan, dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Menurutnya, usaha ini turut mendapat sambutan positif dalam kalangan belia Balung yang melihat kerajaan sebagai rakan pembangunan masa depan mereka, bukan sekadar pentadbir.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/rumah-smj-beri-kelegaan-kepada-belia-berumahtangga/feed/ 0 83527
Tambahan Rumah Mesra SMJ bukti kerajaan GRS prihatin nasib rakyat – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/05/tambahan-rumah-mesra-smj-bukti-kerajaan-grs-prihatin-nasib-rakyat-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/tambahan-rumah-mesra-smj-bukti-kerajaan-grs-prihatin-nasib-rakyat-nizam/#respond Sun, 05 Oct 2025 07:42:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82585
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengumuman penambahan 10 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula tahun hadapan membuktikan keprihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap rakyat, khususnya golongan muda yang masih bergelut dengan kos sara hidup dan kekangan tempat tinggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu akan menjadikan keseluruhan 50 unit Rumah Mesra SMJ bagi setiap DUN di seluruh Sabah.

Katanya, langkah berkenaan bukan sahaja memberi kelegaan kepada anak muda, malah menjadi simbol keberkesanan dasar SMJ yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

“Projek Rumah Mesra SMJ mencerminkan keberanian dan keikhlasan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan perumahan rakyat dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif di semua kawasan, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Pendekatan kerajaan negeri yang menggabungkan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta juga merupakan langkah strategik yang mempercepatkan pembangunan serta membolehkan sumber kewangan negeri difokuskan kepada inisiatif sosioekonomi lain yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Hajiji telah membuktikan bahawa agenda Sabah Maju Jaya bukan sekadar slogan, tetapi satu pelan tindakan yang dilaksanakan secara konsisten dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

“Rakyat Sabah, khususnya golongan muda, harus melihat inisiatif ini sebagai bukti jelas bahawa kerajaan GRS bekerja dengan ikhlas dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, bukan sekadar berpolitik atau menabur janji,” katanya.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri serta Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, dasar berorientasikan rakyat seperti ini wajar diteruskan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/tambahan-rumah-mesra-smj-bukti-kerajaan-grs-prihatin-nasib-rakyat-nizam/feed/ 0 82585
Mangsa kebakaran Kg Bombalai bersyukur terima Rumah Mesra SMJ https://sabahmedia.com/2025/07/24/mangsa-kebakaran-kg-bombalai-bersyukur-terima-rumah-mesra-smj/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/mangsa-kebakaran-kg-bombalai-bersyukur-terima-rumah-mesra-smj/#respond Thu, 24 Jul 2025 08:36:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77859
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Mangsa kebakaran Kampung Bombalai kini boleh menarik nafas lega apabila menerima rumah baharu di bawah program Rumah Mesra SMJ hasil inisiatif dan sokongan Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis penyerahan rumah tersebut diadakan baru-baru ini sebagai kesinambungan kepada lawatan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal ke kawasan berkenaan selepas insiden kebakaran menimpa beberapa keluarga di kampung tersebut pada tahun lalu.

Penerima rumah SMJ yang ditemui melahirkan rasa syukur atas sumbangan rumah itu membawa makna besar kepada mereka yang rata-ratanya kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Mangsa kebakaran, Norfatin Shazwany Assan berkata, pemberian rumah tersebut diharap membawa rezeki yang lebih baik untuk keluarganya.

“Terima kasih kepada Datuk Rina Jainal yang banyak membantu kami. Dengan adanya rumah ini, kami lebih bersemangat untuk memulakan hidup baru. Harap-harap lebih ramai dapat menerima rezeki yang sama,” katanya.

Ibu kepada enam orang anak kecil itu satu-satunya keluarga daripada tiga penerima rumah SMJ tersebut, yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran awal tahun lalu.

Sementara itu, dua lagi penerima turut berkongsi kegembiraan dan menganggap bantuan rumah SMJ tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri.

“Kami amat berterima kasih kepada Datuk Rina dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas perhatian mereka.

“Rumah ini memberi harapan dan semangat baharu kepada kami sekeluarga,” kata Roslan Jamal.

Majlis penyerahan rumah tersebut diadakan baru-baru ini sebagai kesinambungan kepada lawatan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal ke kawasan berkenaan selepas insiden kebakaran menimpa beberapa keluarga di kampung tersebut pada tahun lalu.

Ketiga-tiga penerima rumah SMJ yang ditemui melahirkan rasa syukur atas sumbangan rumah itu membawa makna besar kepada mereka yang rata-ratanya kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Norfatin Shazwany (tengah) menerima kunci Rumah SMJ dari Rina. – Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata.
Roslan Jamal (tengah) bersama keluarganya gembira menerima rumah baharu mereka semasa majlis penyerahan kunci di Kampung Sri Bombalai. Tawau. – Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata.

Program Rumah Mesra SMJ itu dimulakan pada 1 Ogos dan siap sepenuhnya pada DIsember 2024. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dalam membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan berkualiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/mangsa-kebakaran-kg-bombalai-bersyukur-terima-rumah-mesra-smj/feed/ 0 77859
Rumah Mesra SMJ bukti keprihatinan Kerajaan Sabah bantu rakyat miliki kediaman selesa https://sabahmedia.com/2025/07/02/rumah-mesra-smj-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-bantu-rakyat-miliki-kediaman-selesa/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/rumah-mesra-smj-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-bantu-rakyat-miliki-kediaman-selesa/#respond Wed, 02 Jul 2025 12:02:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76568
Read Time:2 Minute, 52 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: “Bukan mimpi lagi… sekarang ini memang rumah kami sendiri.” Itulah luahan penuh syukur dua keluarga dari Kampung Kelanahan Rimba, di sini, apabila impian mereka untuk memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan menerusi inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

IMPIAN JADI KENYATAAN… Rosmih bersama anak perempuannya merakamkan gambar di hadapan Rumah Mesra SMJ yang kini menjadi milik mereka.

Rosmih @ Intan Awang, 53, seorang ibu tunggal yang menyara enam anak, tiga anak kandung dan tiga anak adiknya berkata rumah baharu yang diterimanya tahun lalu telah menggantikan kediaman usang yang didiami lebih dua dekad sejak zaman perkahwinannya.

“Suami saya meninggal dunia lebih tiga tahun lalu. Lepas itu barulah saya beranikan diri mohon bantuan termasuk rumah SMJ. Pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) datang tengok rumah, tidak lama kemudian permohonan saya diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa..

Rosmih yang bekerja di kantin sekolah dengan pendapatan sekitar RM65 sehari berkata, bantuan rumah itu sangat meringankan beban hidupnya sebagai ibu tunggal yang menyara anak-anak berusia antara lapan hingga 19 tahun.

“Selain rumah, saya juga terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dan biasiswa kerajaan negeri untuk anak-anak. Sangat besar bantuan ini bagi saya… memang sangat membantu, terutama bab belanja dapur,” katanya lagi dengan nada terharu.

Armizan (tiga kanan) turut menziarahi ke rumah Zuraidin.
Armizan (dua kanan) sempat beramah mesra dengan Zuraidin sekeluarga.

Seorang lagi penerima, Zuraidin Haiz, 42, turut menzahirkan rasa gembira kerana rumah SMJ yang diterima dua minggu lalu mengakhiri bertahun-tahun hidup menumpang bersama ibu bapanya.

Penerima Rumah Mesra SMJ, Zuraidin Hais ketika ditemui pemberita di Kg Kelanahan Rimba pada Selasa.

“Rumah ini tiga bilik. Walaupun tidak besar, cukup selesa untuk kami berenam. Sebelum ini, anak-anak saya kadang-kadang tidur di luar ruang tamu. Sekarang masing-masing ada ruang sendiri,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.

Menurut Zuraidin, beliau memohon rumah SMJ melalui sistem e-Kasih kira-kira lima bulan lalu selepas beberapa kali gagal mendapat rumah dalam skim-skim terdahulu.

“Syukur… selain rumah, saya juga terima STR, SARA, bantuan SYUKUR daripada Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM300 sebulan, serta bantuan daripada Zakat Sabah. Semua ini amat meringankan beban kami, apalagi dengan kos sara hidup yang makin meningkat,” katanya.

Kedua-dua penerima turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas pelaksanaan Rumah Mesra SMJ yang disifatkan sebagai penyelamat kehidupan dan masa depan anak-anak mereka.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali yang menziarahi kedua-dua keluarga itu pada Selasa berkata, kisah mereka adalah bukti nyata bahawa dasar dan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan tidak sekadar atas kertas, tetapi benar-benar sampai kepada rakyat.

“Saya semak sendiri, Zuraidin terima STR RM2,000 setahun, SARA RM200 sebulan melalui MyKad, bantuan SYUKUR sebanyak RM300 sebulan dan telah menerima dua fasa pembayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa. Beliau juga menerima bantuan daripada Zakat Sabah dan kini telah menetap di Rumah Mesra SMJ yang disiapkan Kerajaan Negeri.

“Inilah bukti bahawa inisiatif kerajaan negeri dan persekutuan bukan hanya mampu didengar, tetapi dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat,” katanya.

Terdahulu pada hari sama, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut mengadakan program beramah mesra bersama peniaga di Pasar Awam Papar seterusnya merasmikan Majlis Flag Off Program Kembara ReDI Peringkat Zon Sabah dan Pelancaran Mural ReDI Pertama di Borneo di Pekan Papar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/rumah-mesra-smj-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-bantu-rakyat-miliki-kediaman-selesa/feed/ 0 76568
Program Rumah Mesra SMJ buktikan keberkesanan kerajaan GRS – Nizam https://sabahmedia.com/2025/06/15/program-rumah-mesra-smj-buktikan-keberkesanan-kerajaan-grs-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/06/15/program-rumah-mesra-smj-buktikan-keberkesanan-kerajaan-grs-nizam/#respond Sun, 15 Jun 2025 09:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75593
Read Time:1 Minute, 39 Second

TAWAU: Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan sejak 2022 terus menunjukkan hasil positif dalam usaha Kerajaan Negeri memperkasa kesejahteraan rakyat, khususnya golongan memerlukan di kawasan luar bandar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sejak diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, program itu telah menyaksikan pembinaan sebanyak 57 buah rumah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

“Alhamdulillah, sejak program ini dimulakan pada 2022, kita telah menerima peruntukan 20 buah rumah setiap tahun. Semua rumah tahun 2022 dan 2023 telah siap sepenuhnya, manakala bagi tahun 2024, hampir 90 peratus telah disiapkan dan bakinya kini di peringkat akhir kerja-kerja akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mini Dewan Masyarakat Kampung Kinabutan Bukit serta penyerahan tanda nama lorong-lorong kampung di sini, hari ini.

Menurut beliau, terdapat kelewatan kecil yang berlaku berpunca daripada isu teknikal seperti pengesahan status tanah dan bekalan bahan binaan, namun yakin semua rumah akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan dua lagi.

Dalam pada itu, Nizam turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus memacu pembangunan menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Jika rakyat terus memberikan kepercayaan kepada, kita akan teruskan dengan SMJ 2.0. Banyak yang telah kita capai. Jangan mudah terpedaya dengan pihak yang cuba menggugat keyakinan terhadap kerajaan hari ini. Sabah adalah rumah kita, dan kita mesti pertahankan pembangunan ini bersama,” katanya.

Beliau turut menyentuh pencapaian GRS sepanjang lima tahun mentadbir, termasuk kejayaan negeri menjual minyak sendiri sebanyak sembilan kali dengan kutipan hasil mencecah RM1.7 billion.

“Hasil ini membolehkan kita bantu rakyat dengan membina rumah SMJ, beri bantuan RM300 kepada rakyat miskin tegar, usahawan kecil, kaum ibu serta pelbagai bantuan kebajikan lain,” katanya.

Tambah beliau lagi, pelbagai projek infrastruktur utama sedang dilaksanakan, termasuk penyelesaian masalah air secara berfasa serta pembinaan Empangan Air Tawau dan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/15/program-rumah-mesra-smj-buktikan-keberkesanan-kerajaan-grs-nizam/feed/ 0 75593
Proses siapkan pembinaan Rumah Mesra SMJ di Kukusan rancak dilaksanakan – Rina https://sabahmedia.com/2025/06/15/proses-siapkan-pembinaan-rumah-mesra-smj-di-kukusan-rancak-dilaksanakan-rina/ https://sabahmedia.com/2025/06/15/proses-siapkan-pembinaan-rumah-mesra-smj-di-kukusan-rancak-dilaksanakan-rina/#respond Sun, 15 Jun 2025 09:13:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75586
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Sitti Nor Aziziah Talata

TAWAU: Usaha menyiapkan projek pembinaan Rumah Mesra SMJ 2.0 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan sedang giat dijalankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti pemohon-pemohon baharu untuk tahun 2024 dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak pengurusan termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan sekretariat SMJ.

“Kita harap semua pihak dapat mempercepatkan proses ini, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya negeri yang semakin hampir.

“Penting untuk ada pengurusan yang cekap supaya permohonan yang mendesak, terutamanya melibatkan kawasan pelebaran Jalan Utara, dapat diberikan perhatian segera oleh kerajaan,” katanya.

Rina berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pertandingan Nyanyian Rentas Budaya 2.0 anjuran Tawau Musician Association di Dewan Sekolah Hing Hwa, malam tadi.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak menyertai kerajaan, hanya sekitar RM9 juta daripada peruntukan pembangunan telah dibelanjakan di DUN Kukusan, tertumpu kepada pembinaan infrastruktur asas.

“Walaupun saya memulakan penggal sebagai pembangkang, namun sejak tahun ketiga saya berada dalam kerajaan. Peruntukan digunakan sebaik mungkin antaranya untuk pembinaan dewan terbuka, jalan konkrit di kampung-kampung, pemasangan lampu solar di kawasan gelap serta pembaikan sistem saliran,” jelas beliau.

Katanya lagi, kesan pembangunan dapat dilihat oleh masyarakat setempat yang kini menikmati kemudahan asas yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program tersebut, beliau menyifatkan ia sebagai inisiatif unik yang memperlihatkan kepelbagaian budaya melalui bahasa muzik yang bersifat sejagat.

“Pertandingan ini menyatukan pelbagai kaum, orang Melayu menyanyikan lagu Cina, kaum Tionghwa menyanyikan lagu Melayu. Ia satu simbol pertembungan budaya yang harmoni. Kita harus raikan perbezaan ini sebagai kekuatan,” ujarnya.

Menurut beliau, Tawau kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya, justeru penganjuran program sebegini membuka ruang kepada bakat baharu bukan sahaja di daerah Tawau, tetapi di seluruh Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/15/proses-siapkan-pembinaan-rumah-mesra-smj-di-kukusan-rancak-dilaksanakan-rina/feed/ 0 75586
Isu kelayakan penerima Rumah Mesra SMJ akan disiasat – Jahid https://sabahmedia.com/2025/04/16/isu-kelayakan-penerima-rumah-mesra-smj-akan-disiasat-jahid/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/isu-kelayakan-penerima-rumah-mesra-smj-akan-disiasat-jahid/#respond Wed, 16 Apr 2025 07:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72074
Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan penerima tidak layak bagi program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Menterinya Datuk Jahid Jahim.

Menurut beliau, pemilihan penerima program itu dibuat berdasarkan Terma Rujukan (TOR) serta Garis Panduan RMSMJ yang telah ditetapkan, dan hanya mereka yang benar-benar layak akan disenaraikan.

“Antara syarat kelayakan termasuk individu yang berdaftar dalam sistem e-Kasih, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa bencana atau mereka yang memiliki rumah daif,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, kementerian memandang serius dakwaan terdapat penerima tidak layak, dan sekiranya perkara itu terbukti benar, tindakan tegas akan diambil bagi menjaga integriti pelaksanaan program berkenaan.

Sementara itu, berkaitan isu pemilihan penerima di kawasan N.62 Silam dan N.60 Tungku, Jahid menjelaskan bahawa proses pelantikan dibuat melalui tiga peringkat saringan.

“Ia melibatkan pencalonan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM), lawatan tapak oleh pegawai e-Kasih dan pejabat daerah, serta pengesahan senarai calon melalui mesyuarat Focus Group Daerah,” jelasnya.

Setakat 8 April 2025, sebanyak 4,028 unit RMSMJ telah siap dibina di seluruh negeri melibatkan pelaksanaan sejak tahun 2022 hingga 2024, manakala 454 unit lagi sedang dalam pembinaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/isu-kelayakan-penerima-rumah-mesra-smj-akan-disiasat-jahid/feed/ 0 72074
Shahelmey serah Rumah Mesra SMJ dan RSRS serta perasmian surau Al-Amal di Parlimen Putatan https://sabahmedia.com/2025/02/28/shahelmey-serah-rumah-mesra-smj-dan-rsrs-serta-perasmian-surau-al-amal-di-parlimen-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/shahelmey-serah-rumah-mesra-smj-dan-rsrs-serta-perasmian-surau-al-amal-di-parlimen-putatan/#respond Fri, 28 Feb 2025 02:41:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69530
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya, menyerahkan kunci rumah kepada penerima Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada Khamis. (27 Feb)

Sebanyak dua rumah RSRS dan sebuah Rumah SMJ telah diserahkan sebagai simbolik penyerahan rasmi kepada penerima yang layak di Kampung Linsuk, Putatan.

Shahelmey (tengah) semasa sesi Penyerahan Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) kepada salah seorang penerima di Kg Linsuk Putatan pada Khamis. Turut hadir Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh (dua dari kanan).

Menurut Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan, sejak tahun 2022, sebanyak 61 rumah SMJ telah berjaya dibina dan diserahkan, selain empat buah rumah RSRS diberikan kepada golongan yang memenuhi kriteria kelayakan.

“Kerajaan negeri Sabah telah meningkatkan kuota pembinaan Rumah Mesra SMJ daripada 20 kepada 40 unit bagi setiap kawasan DUN pada tahun ini. Dengan adanya inisiatif ini, ia diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian surau Al-Amal di Kampung Pituru, Taman Pantai Lok Kawi semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang projek rumah SMJ yang terbengkalai di kawasan Parlimen Putatan, walaupun terdapat cabaran dari segi keluasan tanah dan isu teknikal semasa lawatan tapak. Namun, kerajaan negeri sentiasa memastikan kontraktor yang dipilih berkemampuan untuk menyiapkan pembinaan rumah dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu antara empat hingga enam bulan.

Dalam pada itu, Shahelmey turut merasmikan Surau Al-Amal di Kampung Pituru, yang siap dibina pada penghujung 2024 dengan kos RM300,000. Surau ini menggantikan Surau Nurul Iman yang musnah dalam kebakaran pada pertengahan 2023.

Shahelmey (tengah) meninjau keadaan surau Al-Amal di Kg Pituru yang baru siap dibina.

“Selepas kejadian kebakaran, beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi mengenal pasti tapak baharu. Alhamdulillah, pembinaan dimulakan pada pertengahan 2024 dan siap sepenuhnya hujung tahun lalu. Petang ini, kita menyempurnakan perasmian (petang Khamis) dan sebentar lagi, solat Maghrib berjemaah pertama akan diadakan di surau ini,” katanya.

Beliau turut menyeru penduduk Kg Pituru dan Taman Pantai Lok Kawi agar mengimarahkan surau dengan solat berjemaah serta majlis ilmu serta menjadikannya sebagai pusat komuniti bagi masyarakat Islam setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/shahelmey-serah-rumah-mesra-smj-dan-rsrs-serta-perasmian-surau-al-amal-di-parlimen-putatan/feed/ 0 69530
Dua keluarga terima kunci Rumah Mesra SMJ di Kg Manggaris 2 https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-keluarga-terima-kunci-rumah-mesra-smj-di-kg-manggaris/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-keluarga-terima-kunci-rumah-mesra-smj-di-kg-manggaris/#respond Wed, 30 Oct 2024 11:28:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63078
Read Time:46 Second

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda menyerahkan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada dua keluarga di Kampung Manggaris 2 di sini, baru-baru ini.

Redonah (tiga kanan) menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada salah seorang penerima di Kg Manggaris 2 di sini baru-baru ini.

Redonah berkata, perumahan sememangnya satu isu yang menjadi perhatian umum terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa.

“Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa.

“Rumah Mesra SMJ secara percuma ini sememangnya banyak membantu rakyat terutamanya mereka yang tidak mampu membina rumah di tanah sendiri disebabkan kekangan kewangan,” kata Redonah dalam kenyataannya di sini.

Menurutnya, inisiatif ini perlu diteruskan dan ditingkatkan supaya lebih ramai lagi rakyat yang dikategorikan golongan e-Kasih dapat dibantu sekali gus mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan tegar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-keluarga-terima-kunci-rumah-mesra-smj-di-kg-manggaris/feed/ 0 63078
Rumah Mesra SMJ inisiatif kerajaan bantu rakyat dapatkan kediaman selesa – Japlin https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/ https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/#respond Sun, 27 Oct 2024 10:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62895
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan kerajaan Sabah merupakan satu usaha bagi membantu rakyat memperoleh kediaman yang lebih selesa.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Usukan, Datuk Japlin Akim berkata, pembinaan itu juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi membasmi miskin tegar.

Beliau berkata isu perumahan sememangnya merupakan satu isu yang menjadi perhatian umum.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ adalah salah satu inisiatif oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah perumahan rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40”, katanya.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Japlin berkata demikian selepas penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung (Kg) Pirasan dan beberapa buah kampung di Kg. Kulambai Dundau, Kg. Ambong, Kg. Lantiggi, Kg. Kulambai, Kg. Kulambai Kupang dan Kg. Kuala Abai, Kg. Kota Belud dan Kg. Suang Pungur, Kota Belud pada Ahad.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan peruntukan pembinaan Rumah Mesra SMJ melibatkan kos sebanyak RM250 juta untuk tahun hadapan.

Peruntukan tersebut digunakan untuk membina 3,000 buah rumah lagi melalui Program Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/feed/ 0 62895