rumah pangsa tanjung aru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Jan 2025 04:22:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rumah pangsa tanjung aru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah Pangsa Tanjung Aru: Kerajaan Tidak Kejam – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2025/01/26/rumah-pangsa-tanjung-aru-kerajaan-tidak-kejam-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/01/26/rumah-pangsa-tanjung-aru-kerajaan-tidak-kejam-dr-joachim/#respond Sun, 26 Jan 2025 04:15:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67489
Read Time:3 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Pihak kerajaan amat prihatin dan telah menunaikan janji untuk memberi penempatan kepada penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru (RPTA) yang terkesan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata kesemua penghuni-penghuni yang layak telah ditawarkan rumah rumah PPR.

“Kebanyakan penghuni-penghuni RPTA juga telah memberi kerjasama untuk berpindah kerana memahami keadaan dan tujuan sebenar kerajaan. Namun, segelintir penghuni-penghuni berkeras tidak meninggalkan RPTA kerana menerima maklumat yang tidak tepat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Joachim, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan bangunan RPTA adalah tidak selamat untuk diduduki pada bulan Mei 2021, merupakan pemakluman awal untuk penghuni-penghuni bersedia mencari tempat tinggal yang lain walaupun tiada tarikh akhir pengosongan telah ditetapkan.

“Keputusan mengosongkan bangunan RPTA adalah kerana bangunan yang berumur lebih 50 tahun tersebut sudah terlalu usang dan kian hari merosot serta tidak lagi selamat, manakala kos penyenggaraan dan pembaikan memakan belanja yang jauh lebih besar daripada bayaran sewa.

“Tambahan pula ada penghuni-penghuni yang tidak bertanggungjawab tidak membayar sewa, di mana tunggakan RPTA setakat Disember 2024 adalah sebanyak RM236,585.00 menyebabkan pihak LPPB terus mengalami kerugian,” jelasnya.

Dr Joachim berkata, notis Pengosongan dikeluarkan bertarikh 12 Jun 2024 menetapkan tarikh akhir pengosongan rumah/kedai RPTA pada 31 Ogos 2024 selepas 3 tahun, memberi tempoh 3 bulan yang mana juga telah dilanjutkan ke tarikh 30 September 2024.

Katanya, setakat hari ini, penghuni-penghuni telah diberi kelonggaran untuk berpindah di musim cuti penggal persekolahan sekarang.

Justeru, jelas beliau lagi, LPPB telah mematuhi arahan pihak kerajaan seperti yang dinyatakan oleh mantan Menteri KKTP dan memberi keutamaan kepada penghuni-penghuni RPTA untuk ditawarkan PPR LPPB di mana mereka yang layak telah diberi tawaran rumah bilamana ada kekosongan, dan walaupun ada yang menolak kerana mahukan lokasi yang sesuai untuk mereka, telah juga diberi peluang kali kedua dan keutamaan untuk ditawarkan rumah apabila ada kekosongan di lokasi pilihan.

“Pihak LPPB juga telah berusaha mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan rumah PPR lain.

“Penghuni-penghuni sendiri yang menolak tawaran demi tawaran rumah LPPB, oleh itu LPPB tiada pilihan tetapi meminta mereka berpindah ke rumah alternatif sendiri,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan rumah PPR LPPB seperti juga RPTA adalah dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah di mana antara syarat-syarat untuk layak menyewa PPR mengikut Dasar Peruntukan Rumah Kos Rendah Untuk Disewakan Negeri Sabah 2018 adalah gaji tidak melebihi RM3,000.00 dan tidak memiliki rumah sendiri, manakala penghuni yang bukan penyewa asal adalah tidak layak.

Oleh yang demikian, katanya bagi mereka yang tidak memenuhi syarat tersebut perlulah mengosongkan rumah seperti dalam situasi biasa kerana tidak layak.

“Salah satu lagi syarat untuk terus menyewa juga adalah tidak mempunyai tunggakan sewa, tetapi penghuni-penghuni RPTA telah diberi kelonggaran dan masih ditawarkan rumah walaupun ada tunggakan,” kata Dr Joachim.

Menurutnya, rumah-rumah sewa PPR LPPB bukanlah rumah baharu dan walaupun dalam Perjanjian Penyewaan rumah, penyewa berjanji menjaga rumah dengan baik, tetapi kebanyakan rumah yang dikembalikan seringkali dalam keadaan yang daif di mana penyewa yang tidak bertanggungjawab membiarkan kerosakan yang teruk dan melibatkan kos pembaikan beribu ringgit berbanding deposit yang hanya berjumlah RM240.00.

“LPPB semestinya membuat pembaikan dan memastikan rumah boleh didiami tetapi sememangnya tidak mampu untuk menjadikan rumah seperti rumah baharu sebelum disewakan semula seperti yang diharapkan oleh penyewa baharu. Lagipun kadar sewa adalah murah iaitu hanya RM124.00/RM150.00/RM170.00 sebulan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, keadaan rumah didapati cuma alasan sahaja kerana ada juga penghuni RPTA yang telah menerima rumah, sebagai contoh di PPR Kibabaig, di mana rumah masih baharu, pun sehingga sekarang belum berpindah keluar daripada RPTA.

“Pihak kami memahami bahawa YB Datuk Junz Wong sangat prihatin dengan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni RPTA, oleh itu pihak Kementerian saya meminta kerjasama dari YB Datuk Junz Wong dan membantu kerajaan untuk menangani masalah ini dengan mendapatkan rumah-rumah alternatif kepada penyewa-penyewa RPTA ini dan menasihatkan mereka bahawa keselamatan mereka adalah sangat penting dan oleh itu harus berpindah secepat mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini berlaku kerana hari demi hari keadaan RPTA tidak lagi terjamin.

“Pihak KKTP/kerajaan telah tidak putus-putus membantu penyewa-penyewa yang layak untuk mendapatkan PPR bukan sahaja dibawah LPPB tetapi juga yang dibawah DBKK dan lain-lain PBT.

“Oleh itu amatlah diharapkan agar penghuni-penghuni RPTA memberi kerjasama kepada pihak LPPB untuk mengosongkan dan menyerahkan semula rumah secara baik, aman dan rela hati secepat mungkin,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/26/rumah-pangsa-tanjung-aru-kerajaan-tidak-kejam-dr-joachim/feed/ 0 67489
Kebajikan penghuni akan diberi perhatian sewajarnya https://sabahmedia.com/2023/08/20/kebajikan-penghuni-akan-diberi-perhatian-sewajarnya/ https://sabahmedia.com/2023/08/20/kebajikan-penghuni-akan-diberi-perhatian-sewajarnya/#respond Sun, 20 Aug 2023 07:17:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40398
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan tidak akan membiarkan penghuni rumah pangsa Tanjung Aru di sini diusir dari kediaman tanpa mengambil kira kebajikan penduduk yang terlibat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, mereka yang terlibat juga telah ditawarkan kediaman lain oleh pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Katanya, antara beberapa lokasi penempatan yang dikenal pasti adalah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kibabaig dan PPR Gayang selain beberapa lokasi yang yang sedang diusahakan.

“Saya difahamkan bahawa penghuni di sini ada lebih 200 keluarga, ada yang masih kategori warga emas dibawah taraf miskin, berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU). 

“Justeru secara prinsipnya, kita tidak boleh keluarkan penghuni tanpa ada penempatan kepada golongan yang layak atas dasar keprihatinan Kerajaan khususnya kepada golongan yang saya nyatakan tadi. 

“Selain itu, saya telah dimaklumkan bahawa LPPB telah mengeluarkan sebanyak 111 tawaran kepada penghuni di isni dan setakat ini hanya 25 sahaja yang menerima tawaran manakala empat lagi sedang dalam proses menerima tawaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama penduduk rumah pangsa Tanjung Aru di sini Jumaat lalu.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, sebahagian tawaran yang dikeluarkan LPPB itu telah ditolak berkemungkinan atas alasan-alasan tertentu.

Katanya, setakat ini juga sebanyak 70 buah rumah telah dikosongkan secara sukarela oleh penghuni terlibat.

“Jadi berdasarkan perbincangan ini dimana atas keprihatinan terhadap golongan yang disebutkan sebelum ini, saya ingin berpesan untuk yang telah menerima tawaran agar menyemak balik tawaran dan sebaiknya menerima tawaran berkenaan.

“Ini kerana untuk kita menempatkan secara serentak seramai lebih 100 penghuni ianya bukan satu perkara mudah kecuali kita ada kawasan perumahan baharu.  Dari masa ke semasa kita akan lihat jika ada kosong di perumahan PPR, kita akan berikan penempatan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/20/kebajikan-penghuni-akan-diberi-perhatian-sewajarnya/feed/ 0 40398