Rumah panjang murut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 30 Sep 2026 13:43:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah panjang murut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah Panjang Murut Kemabong siap, perkasa warisan dan ekonomi komuniti https://sabahmedia.com/2026/10/01/rumah-panjang-murut-kemabong-siap-perkasa-warisan-dan-ekonomi-komuniti/ https://sabahmedia.com/2026/10/01/rumah-panjang-murut-kemabong-siap-perkasa-warisan-dan-ekonomi-komuniti/#respond Wed, 30 Sep 2026 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104488
Read Time:1 Minute, 6 Second

TENOM: Rumah Panjang Murut dan Lansaran Pekan Kemabong kini siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah Kecil Kemabong, sekali gus menyediakan kemudahan untuk aktiviti masyarakat dan kebudayaan setempat.

Projek yang diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Negeri Sabah (ICU JPM Sabah) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah itu turut dilengkapi kemudahan tambahan menerusi pembinaan fasa kedua, termasuk bilik seminar, bilik rakaman, bilik kraftangan dan kiosk.

Menerusi kenyataan media ICU JPM Sabah semalam, kemudahan berkenaan dijangka memperkukuh fungsi Rumah Panjang Murut dan Lansaran sebagai pusat aktiviti komuniti, selain menyediakan ruang lebih kondusif kepada penggiat seni dan pengusaha kraftangan tempatan untuk berkarya, berkongsi kemahiran serta mempromosikan hasil kraf kepada pengunjung.

Pembangunan itu turut menyokong usaha memelihara warisan masyarakat Murut di samping membuka peluang penjanaan pendapatan menerusi aktiviti kebudayaan dan pelancongan berasaskan komuniti.

Bagi memastikan kemudahan terus berada dalam keadaan baik, pemantauan akan dilaksanakan sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) selama 12 bulan bagi membolehkan sebarang kecacatan yang dikenal pasti dibaiki dengan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Penglibatan penduduk setempat dalam mengisi serta menjaga kemudahan berkenaan juga penting bagi memastikan rumah panjang terus berfungsi sebagai pusat pertemuan masyarakat dan ruang untuk generasi muda mengenali serta menghargai warisan Murut.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan ini menggabungkan usaha pemeliharaan budaya dengan peluang memperkukuh ekonomi komuniti supaya manfaatnya dapat terus dirasai penduduk Kemabong.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/01/rumah-panjang-murut-kemabong-siap-perkasa-warisan-dan-ekonomi-komuniti/feed/ 0 104488