Rumah Setinggan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jun 2026 00:36:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah Setinggan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 986 struktur setinggan tanpa kelulusan di Pulau Gaya dirobohkan https://sabahmedia.com/2026/06/13/986-struktur-setinggan-tanpa-kelulusan-di-pulau-gaya-dirobohkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/13/986-struktur-setinggan-tanpa-kelulusan-di-pulau-gaya-dirobohkan/#respond Sat, 13 Jun 2026 00:36:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98137
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 986 rumah dan struktur setinggan tanpa kelulusan di koloni setinggan Pondo, Pulau Gaya telah dirobohkan menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak tahun 2002.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tindakan perobohan itu merupakan sebahagian daripada perancangan berterusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menguruskan kawasan setinggan di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata, DBKK mempunyai jadual operasi yang tersusun dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkala termasuk setiap bulan.

“Kita memang mempunyai perancangan yang teratur. Setiap masa kita ada program untuk merobohkan rumah-rumah setinggan yang telah dikenal pasti dan telah diberikan notis kepada mereka.

“Kita juga ada operasi setiap bulan, malah setiap minggu ada tindakan perobohan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program LA21 i-Fit Pulau Gaya 2026 di Balai Raya Kampung Torong-Logong Pulau Gaya di sini.

Sabin berkata, berdasarkan rekod operasi, sebanyak 869 struktur telah dirobohkan pada tahun 2002 di kawasan berkenaan, manakala 117 struktur lagi pada tahun 2003, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 986 struktur.

Beliau berkata, sebelum sesuatu operasi dilaksanakan, DBKK akan menjalankan bancian terlebih dahulu bagi mengenal pasti status penghuni di kawasan berkenaan.

Katanya, sekiranya penghuni terbabit merupakan penduduk tempatan, pihak berkuasa akan melihat keperluan tertentu termasuk kemungkinan penempatan semula mengikut keadaan.

“Kita akan buat bancian dulu sebelum masuk ke kawasan setinggan. Kalau mereka penduduk tempatan, kita akan tengok di mana mereka patut dipindahkan jika keadaan memerlukan.

“Tetapi kalau mereka yang datang secara tidak sah, kita akan maklumkan dan tindakan perobohan akan dibuat mengikut prosedur dengan notis diberikan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata, operasi tersebut turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Ukur serta pemilik tanah bagi memastikan tindakan penguatkuasaan berjalan lancar.

DBKK, katanya, akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan bandar serta pulau di bawah pentadbirannya lebih tersusun, bersih dan selamat. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/13/986-struktur-setinggan-tanpa-kelulusan-di-pulau-gaya-dirobohkan/feed/ 0 98137
51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/ https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/#respond Tue, 23 Jul 2024 13:55:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57923
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 51 buah rumah setinggan berjaya dirobohkan dan enam PTI warga Filipina ditangkap dalam satu operasi perobohan rumah setinggan dan Op PTI Bersepadu Mega bertempat di sebuah penempatan dalam sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Operasi tersebut dijalankan oleh pihak Polis Kota Kinabalu dengan kerjasama agensi bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rumah setinggan yang telah dirobohkan dalam operasi tersebut.- Foto ihsan IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang dilaksanakan pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.20 petang tadi (23 Jul) selain berjaya merobohkan 51 buah rumah setinggan, pasukan polis juga berjaya menangkap enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina.

“Dalam operasi ini juga, polis Kota Kinabalu berjaya menangkap enam orang warga Filipina terdiri dua lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.

“Tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini akan berterusan pada masa akan datang, dalam usaha membenteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial di Daerah Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/23/51-rumah-setinggan-dirobohkan-6-pti-ditangkap/feed/ 0 57923
15 buah rumah setinggan terbakar di Jalan Saga Likas https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/ https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/#respond Wed, 26 Apr 2023 20:53:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33386
Read Time:43 Second

((Kemaskini))

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 15 buah rumah setinggan membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas terlibat dalam satu kebakaran di Jalan Saga Likas, di sini pada Rabu malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam pada Rabu (26 April) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan Bomba bari BBP Lintas BBP Kota Kinabalu, BBP Penampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera Bomba Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker dan pili Bomba berdekatan.

“Kebakaran melibatkan 15 buah rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar 100 peratus membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal,” kata Agustavia dalam kenyataan mutakhirnya tengah malam tadi.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu, seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.47 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/27/15-buah-rumah-setinggan-terbakar-di-jalan-saga-likas/feed/ 0 33386
Dua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/#respond Sun, 09 Jan 2022 01:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10920
Read Time:52 Second

TAWAU: Dua rentung manakala tujuh lagi melecur dalam satu kebakaran rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya dekat sini awal pagi tadi. (9 Jan)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam tadi, pihak Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi Bomba melaporkan terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan telah musnah dijilat api di lokasi Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman oleh pihak Bomba diteruskan menggunakan dua aliran 400′ 4 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Semasa kejadian itu terdapat sembilan orang mangsa terlibat iaitu tujuh orang mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba namun dua orang mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba pada jam 4:45 pagi,” kata kenyataan media itu.

Operasi terkawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/feed/ 0 10920