rumah smj sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Apr 2024 07:02:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rumah smj sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 1,500 unit Rumah SMJ sudah siap dibina bagi keselesaan KIR miskin tegar https://sabahmedia.com/2024/04/07/1500-unit-rumah-smj-sudah-siap-dibina-bagi-keselesaan-kir-miskin-tegar/ https://sabahmedia.com/2024/04/07/1500-unit-rumah-smj-sudah-siap-dibina-bagi-keselesaan-kir-miskin-tegar/#respond Sun, 07 Apr 2024 07:02:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52329
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 1,500 unit sudah disiapkan setakat ini.

Perkara itu adalah berdasarkan laporan terkini yang dikongsikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hari ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jamri berkata, sebanyak 1,500 unit lagi sedang dalam pembinaan di seluruh Sabah pada tahun ini.

Katanya, pelaksanaan pembinaan projek bagi peruntukan 2022 itu yang dilaksanakan bermula tahun lalu memperuntukkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan mendapat 20 unit rumah SMJ.

“Program ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah yang sama 1,500 buah rumah lagi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 3,000 buah rumah untuk penerima golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar miskin dan B40,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid An-Nur Tuaran Jumaat lalu menyatakan penubuhan sekretariat SMJ yang ditugaskan bersama KPLB Sabah menangani isu kemiskinan, antaranya melaksanakan pembinaan 3,000 Rumah Mesra SMJ. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/07/1500-unit-rumah-smj-sudah-siap-dibina-bagi-keselesaan-kir-miskin-tegar/feed/ 0 52329