Rumah smj – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Feb 2026 02:37:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah smj – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPLB tidak pernah lantik wakil luar bagi program Rumah Mesra SMJ https://sabahmedia.com/2026/02/18/kplb-tidak-pernah-lantik-wakil-luar-bagi-program-rumah-mesra-smj/ https://sabahmedia.com/2026/02/18/kplb-tidak-pernah-lantik-wakil-luar-bagi-program-rumah-mesra-smj/#respond Wed, 18 Feb 2026 02:37:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91860
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ).

Dalam satu kenyataan rasmi, kementerian itu memaklumkan bahawa semua urusan berkaitan permohonan RMSMJ dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan tanpa penglibatan wakil luar.

Menurut kenyataan tersebut, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Pejabat-Pejabat Daerah, Daerah Kecil serta Majlis Perbandaran di seluruh negeri juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai ejen bagi program berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam khususnya para pemohon dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang mendakwa sebagai wakil atau ejen rasmi Program RMSMJ.

KPLB turut mengingatkan bahawa sebarang maklumat sahih dan terkini berhubung program tersebut hanya boleh diperoleh dengan merujuk terus kepada Pejabat-Pejabat Daerah, Daerah Kecil, Majlis Perbandaran atau DBKK di daerah masing-masing.

Orang ramai diminta sentiasa berwaspada bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan memastikan segala urusan dibuat melalui saluran rasmi yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/18/kplb-tidak-pernah-lantik-wakil-luar-bagi-program-rumah-mesra-smj/feed/ 0 91860
Ibu tiga anak hargai bantuan rumah SMJ selepas tempuh pelbagai cabaran hidup https://sabahmedia.com/2025/11/06/ibu-tiga-anak-hargai-bantuan-rumah-smj-selepas-tempuh-pelbagai-cabaran-hidup/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/ibu-tiga-anak-hargai-bantuan-rumah-smj-selepas-tempuh-pelbagai-cabaran-hidup/#respond Thu, 06 Nov 2025 06:13:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85083
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD : Selepas melalui pelbagai cabaran hidup, seorang ibu kepada tiga anak akhirnya menemui sinar bahagia apabila keluarganya menerima bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Safrah Minin, 42, berkongsi detik getir yang dialami keluarganya sejak suaminya, Amizan Bujang, 42, didiagnosis sebagai pesakit buah pinggang pada tahun 2015 yang memaksa suaminya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

“Tidak lama selepas itu, suami saya yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Klinik Kesihatan Kampung Jawi-Jawi pula mengalami cirit-birit kronik dan terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Safrah Minin

“Tidak terhenti di situ. Pada tahun 2021 hingga 2022, suami saya terpaksa bercuti tanpa gaji dan akhirnya mengambil keputusan untuk bersara awal pada usia 38 tahun akibat keadaan kesihatannya,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini pada Khamis.

Berikutan situasi itu, Safrah mengambil langkah mendaftar di sistem e-Kasih pada pertengahan 2023 untuk memohon bantuan yang ditawarkan kerajaan.

Katanya, hasil dari itu (mendaftar sistem e-Kasih) pada tahun 2024, mereka menerima rumah baharu melalui program SMJ.

“Kini kehidupan kami jauh lebih selesa. Rumah lama kami panas kerana dinding zink dan hanya mempunyai satu bilik.

“Dengan rumah baharu, setiap anak dan suami saya mempunyai bilik sendiri, memberi mereka privasi dan ruang untuk berehat,” katanya.

Rumah lama Safrah (kiri) yang sebelum ini sering dinaiki air sehingga paras buku lali dan terpaksa berpindah ke rumah keluarga demi keselamatan

Detik manis mereka menerima bantuan kerajaan turut dikenang Safrah. Beliau terkejut apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir meninjau keadaan mereka, bersama penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan.

“Datuk Fairuz terus perhatikan mesin jahit saya yang rosak, yang merupakan salah satu sumber pendapatan saya. Seminggu selepas itu, wakil beliau datang membawa mesin jahit baharu tanpa diminta.

“Malah, pada Ramadan 2023, mangkuk tandas rumah kami pecah selepas sahur, dan pada tengahari yang sama, wakil Datuk telah datang membaikinya,” katanya.

“Kalau boleh, saya harap Datuk Fairuz terus bertanding. Beliau satu-satunya wakil rakyat yang benar-benar bekerja dengan pantas dan penuh dedikasi.

“Sebelum era beliau, perubahan di sini hampir tidak kelihatan, malah kami jarang bertemu wakil rakyat,” ujar Safrah yang menetap di Kampung Rudang, Pintasan.

Dengan bantuan rumah SMJ dan perhatian pantas wakil rakyat, kehidupan keluarga Safrah kini lebih tenang dan selesa, menjadi bukti bahawa perhatian serta tindakan cepat dari pihak berkuasa mampu mengubah nasib rakyat yang memerlukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/ibu-tiga-anak-hargai-bantuan-rumah-smj-selepas-tempuh-pelbagai-cabaran-hidup/feed/ 0 85083
Dari rumah bocor ke kediaman baharu, ibu tunggal syukur terima rumah SMJ https://sabahmedia.com/2025/11/03/dari-rumah-bocor-ke-kediaman-baharu-ibu-tunggal-syukur-terima-rumah-smj/ https://sabahmedia.com/2025/11/03/dari-rumah-bocor-ke-kediaman-baharu-ibu-tunggal-syukur-terima-rumah-smj/#respond Mon, 03 Nov 2025 01:15:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84807
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Selepas hampir dua dekad tinggal dalam rumah usang dan daif, seorang ibu tunggal akhirnya mampu menarik nafas lega apabila kini menetap di kediaman baharu yang jauh lebih selesa di bawah inisiatif Program Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Penerima rumah SMJ, Amnah Jatin, 38, dari Kampung Tambilaung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan berkata, pengalaman lalu tinggal dalam rumah lama yang bocor dan rapuh kini hanya tinggal kenangan.

“Dulu, setiap kali hujan, saya terpaksa letak besen dan baldi di sana sini untuk tadah air yang menitis dari bumbung bocor.

Amnah Jatin

“Bila panas pula, atap zink tak dapat menahan haba. Tapi sekarang, saya dan anak-anak tidur lena tanpa risau,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini.

Amnah berkata, keadaan rumah lama bukan sahaja tidak selamat malah tidak lagi sesuai didiami.

“Bumbung bocor, lantai berlubang, dan dinding ‘plywood’ usang. Bila anak sulung saya pulang bersama suaminya, kami terpaksa gantung kain sebagai penghadang untuk dijadikan bilik.

“Tapi sekarang semuanya berubah, rumah SMJ ini memberi kami maruah dan keselesaan,” katanya.

Rumah lama milik Amnah

Sementara itu, Amnah yang menyara dua anak dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan hasil menjual produk tani kampung, mengakui bantuan tersebut merupakan rahmat besar dalam hidupnya.

“Saya amat bersyukur, tapi kalau boleh saya cadangkan kerajaan menambahbaik program ini dengan turut membantu kos pemasangan tiang elektrik dan sambungan paip air ke rumah. Itu antara cabaran kami yang masih perlu diurus sendiri,” katanya.

Berdasarkan rekod sebanyak 40 buah keluarga di bawah DUN Pintasan yang tersenarai dalam sistem E-Kasih telah menerima manfaat rumah baharu SMJ bagi tahun 2025.

Semua rumah tersebut telah siap dibina dan diserahkan sepenuhnya kepada penerima.

Program Rumah SMJ merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan negeri Sabah dalam memastikan rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman selesa, selamat dan bermaruah.

Ia juga seiring dengan semangat Sabah Maju Jaya yang mengutamakan kesejahteraan rakyat di seluruh pelosok negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/03/dari-rumah-bocor-ke-kediaman-baharu-ibu-tunggal-syukur-terima-rumah-smj/feed/ 0 84807
Rumah SMJ tunai impian arwah isteri saya – Ridzuan https://sabahmedia.com/2025/11/02/rumah-smj-tunai-impian-arwah-isteri-saya-ridzuan/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/rumah-smj-tunai-impian-arwah-isteri-saya-ridzuan/#respond Sun, 02 Nov 2025 00:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84726
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD : “Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah menunaikan impian saya dan arwah isteri,” demikian luahan Mohamad Ridzuan Kalbeh, 39.

Ridzuan yang bertugas sebagai seorang imam di Kota Belud mengakui rumah hasil bantuan Kerajaan negeri itu bukan sekadar tempat berteduh, tetapi menjadi simbol dan kenangan bersama arwah isterinya Siti Norahimah Abdul Hakim, 37, yang meninggal dunia akibat serangan asma sembilan bulan selepas mereka berpindah masuk.

“Saya dan arwah isteri memang mengimpikan rumah sendiri sejak awal perkahwinan.

Ridzuan

“Sebagai imam kampung, pendapatan saya tidak mencukupi untuk membina rumah baharu, tapi kami tetap berdoa agar suatu hari nanti impian itu tercapai,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini.

Ridzuan berkata, mereka berpindah masuk ke rumah berkenaan ketika ia masih 95 peratus siap, dengan hanya menggunakan lampu solar dan membawa air dari rumah keluarga sementara menunggu sambungan bekalan air serta elektrik diluluskan.

“Walaupun serba kekurangan, kami gembira. Arwah isteri saya sangat teruja menghias rumah ini. Saya tak sangka rumah ini akan menjadi tempat terakhir beliau menghembuskan nafas,” katanya.

Kini, rumah itu menjadi tempat penuh makna buat Ridzuan dan anak perempuannya yang berusia empat tahun.

“Setiap sudut rumah ini mengingatkan saya pada beliau. Tapi saya bersyukur kerana sempat menunaikan impian kami bersama,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semua proses permohonan Rumah SMJ dijalankan mengikut saluran yang betul dan telus, termasuk urusan dokumentasi di pejabat daerah.

“Ada pihak yang kata projek ini membazir, tapi bagi saya tidak sama sekali. Inilah bukti bahawa kerajaan benar-benar membantu rakyat B40.

“Projek seperti ini perlu diteruskan agar lebih ramai keluarga luar bandar dapat keluar daripada kemiskinan tegar,” tegasnya.

Ridzuan merupakan salah seorang daripada 40 penerima bantuan Rumah Mesra SMJ bagi DUN Tempasuk pada tahun 2025.

Setakat ini, sebanyak 20 buah rumah telah siap dibina, manakala selebihnya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun hadapan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/rumah-smj-tunai-impian-arwah-isteri-saya-ridzuan/feed/ 0 84726
‘Kerajaan Tidak Lupakan Kami’, Beanti syukur dapat rumah SMJ https://sabahmedia.com/2025/11/01/kerajaan-tidak-lupakan-kami-beanti-syukur-dapat-rumah-smj/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/kerajaan-tidak-lupakan-kami-beanti-syukur-dapat-rumah-smj/#respond Fri, 31 Oct 2025 18:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84605
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD:  Penantian lebih tiga dekad untuk memiliki rumah selesa akhirnya berakhir buat Beanti Siti, 66, apabila menerima rumah baharu di bawah inisiatif Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di Kampung Kesapang.

Beanti yang sebelum ini menghuni rumah peninggalan ibunya berkata, pemberian rumah itu membawa sinar baharu dalam hidupnya dan keluarga.

“Saya dimaklumkan pada bulan Ogos lalu bahawa saya layak menerima bantuan rumah SMJ… dan kini rumah sudah siap sepenuhnya. Saya sangat bersyukur dan sedang dalam proses berpindah,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata dua anaknya kini sudah berkeluarga, manakala seorang lagi yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) masih tinggal bersamanya.

Beanti Siti dihadapan rumah lamanya yang kelihatan usang

“Dengan adanya rumah baharu yang lengkap dan selesa ini, kami dapat hidup lebih bersih, teratur dan selamat. Memang sangat bersyukur.

“Setiap bulan saya hanya memperoleh pendapatan RM250 hingga RM300 sebulan sebagai tukang jahit,” katanya

Beanti turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kesungguhan menyiapkan kediaman itu dalam tempoh hanya dua bulan tanpa penangguhan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak melupakan rakyat kecil seperti saya. Saya berharap kerajaan sekarang dikekalkan demi kesejahteraan rakyat dan membantu lebih ramai yang memerlukan,” katanya.

Program Rumah SMJ merupakan komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi penyediaan kediaman selamat dan selesa untuk golongan berpendapatan rendah serta golongan rentan di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/kerajaan-tidak-lupakan-kami-beanti-syukur-dapat-rumah-smj/feed/ 0 84605
Inisiatif rumah mesra SMJ ringankan beban B40 tanpa kos tambahan sambungan utiliti https://sabahmedia.com/2025/10/02/inisiatif-rumah-mesra-smj-ringankan-beban-b40-tanpa-kos-tambahan-sambungan-utiliti/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/inisiatif-rumah-mesra-smj-ringankan-beban-b40-tanpa-kos-tambahan-sambungan-utiliti/#respond Thu, 02 Oct 2025 05:39:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82380
Read Time:1 Minute, 16 Second

SIPITANG: Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) termasuk penyambungan bekalan elektrik dan air membolehkan penerima bantuan itu boleh terus mendiami rumah itu selepas menerima kunci rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, dengan itu penerima Rumah SMJ tidak lagi terbeban dengan kos tambahan penyambungan bekalan elektrik dan air yang tidak termasuk ketika tahun awal bantuan itu diperkenalkan.

“Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa mencari kaedah terbaik menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat termasuk bagi golongan B40 tinggal dan memiliki kediaman yang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, semalam.

Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Myrna Jimenez menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada 10 penerima bagi DUN Sindumin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari.

Inisiatif Rumah Mesra SMJ dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 2022 dengan nilai sebuah rumah RM80,000 secara percuma kepada penduduk  terutama di luar bandar yang dalam kategori B40.

Sebanyak 20 buah Rumah Mesra SMJ di setiap 72 DUN di Sabah dan ditambah kepada 40 sebuah setiap DUN pada tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Yusuf berpuas hati dengan penyiapan Rumah Mesra SMJ bagi DUN Sindumin yang disiapkan dengan baik oleh kontraktor dengan menggunakan bahan-bahan pembinaan yang ditetapkan.

“Sebagai wakil rakyat, saya berharap rakyat kena berfikirlah tujuan kita sebagai kerajan yang baik, yang prihatin kepada aspirasi kehendak rakyat dan yang susah akan terbela,”katanya.- SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/inisiatif-rumah-mesra-smj-ringankan-beban-b40-tanpa-kos-tambahan-sambungan-utiliti/feed/ 0 82380
Kerajaan pertimbang gazet tanah untuk penempatan Rumah SMJ https://sabahmedia.com/2025/03/24/kerajaan-pertimbang-gazet-tanah-untuk-penempatan-rumah-smj/ https://sabahmedia.com/2025/03/24/kerajaan-pertimbang-gazet-tanah-untuk-penempatan-rumah-smj/#respond Mon, 24 Mar 2025 03:35:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71010
Read Time:1 Minute, 37 Second

Putatan : Tanah terbiar milik Kerajaan negeri akan dipertimbangkan untuk digazetkan bagi tujuan membangunkan penempatan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bertujuan bagi menghimpunkan penerima bantuan tersebut di suatu kawasan tertentu dan bersesuaian.

Bagaimanapun katanya, usaha itu akan dilakukan mengikut keperluan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan terdapat penerima yang layak, namun tidak memiliki tanah sendiri.

“Ada kawasan-kawasan tertentu di Sabah, terutama di pinggir bandar dan bandar, banyak kemiskinan. Tetapi mereka tidak ada satu kawasan ataupun tapak rumah mereka.

“Jadi macam di Petagas ini, mereka ada satu kawasan dan kawasan itu akan dihimpunkan mungkin beberapa penerima SMJ ini untuk mereka membina rumah mereka. Kalau itu tanah kerajaan, insya Allah kita akan pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Jelajah Kasih Ramadan DUN Petagas di perkarangan Masjid Nur Al Jannah di sini semalam.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya mencadangkan Rumah Mesra SMJ bertingkat antara 100 hingga 200 unit dicadang untuk dibina di daerah ini.

Katanya, ia adalah bagi mengatasi masalah tanah dihadapi pemohon rumah yang diinisiatifkan kerajaan Sabah itu.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan negeri meluluskan cadangan berkenaan yang dilihat mendapat permohonan yang tinggi daripada golongan berpendapatan rendah di Putatan namun ketiadaan tanah menyukarkan penduduk yang layak mendapatkan rumah berkenaan.

“Sekarang konsep Rumah Mesra SMJ ini adalah rumah sebuah, jadi kawasan di bandar dan pinggir bandar seperti Tanjung aru, Putatan, Luyang yang mana kawasan tanah untuk dibuat rumah menjadi satu kekangan.

“Di Putatan ini pula, ramai pemohon di kawasan Tanjung Keramat dan Petagas tetapi mereka tiada kemampuan untuk menyediakan tanah sebagai tapak Rumah Mesra SMJ itu.

“Jadi, adalah elok sekiranya kerajaan dapat mengenal pasti sebidang tanah yang boleh dibangunkan untuk konsep Rumah Mesra SMJ secara bertingkat,” katanya.

Terdahulu, Pada majlis itu, lebih 400 penerima terdiri fakir, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim, serta 20 penerima rumah mesra SMJ dalam kawasan DUN Petagas menerima bantuan dalam majlis ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/24/kerajaan-pertimbang-gazet-tanah-untuk-penempatan-rumah-smj/feed/ 0 71010
Tiga penerima rumah mesra SMJ sambut Ramadan dirumah baharu https://sabahmedia.com/2025/02/22/tiga-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-ramadan-dirumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/02/22/tiga-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-ramadan-dirumah-baharu/#respond Sat, 22 Feb 2025 08:47:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69179
Read Time:1 Minute, 30 Second

Beaufort : Tiga penerima rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini bakal menyambut Ramadan di rumah baharu apabila menerima kunci rumah berkenaan semalam.

Penyerahan kunci rumah secara simbolik itu disampaikan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam di tiga buah kampung iaitu  Kampung Silaun, Kampung Labi, dan Kampung Lawa.

Hadir sama pada penyerahan kunci rumah itu adalah Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Anjun.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, semua penerima rumah berkenaan adalah dipilih menerusi sistem eKasih yang wajar diberi keutamaan untuk menerima rumah berkenaan.

“Secara keseluruhan bermula 2022 sehingga tahun ini sebagaimana yang diperuntukkan Kerajaan, kita terutama di DUN Lumadan sudah menerima 100 buah rumah yang sudah siap dan sedang dalam pembinaan.

“Manakala pada hari ini (semalam) kita menyerahkan kunci rumah secara simbolik kepada tiga penerima di Kampung Silaun, Kampung Labi, dan Kampung Lawa. Setiap penyerahan saya menyaksikan detik penuh makna, di mana impian untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada penerima terlibat.

Katanya, lebih istimewa, penyerahan itu berlangsung menjelang ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya dapat merasakan betapa besar maknanya menerima rumah baharu saat Ramadan semakin hampir. Ia ibarat membuka lembaran baru dalam kehidupan, menyambut bulan mulia dengan lebih tenang dan selesa bersama keluarga.

“Bayangkan bagaimana mereka kini dapat berbuka puasa, bersahur, dan menunaikan solat tarawih di rumah sendiri satu nikmat yang tidak ternilai.

“Dalam kesempatan ini, saya juga menasihati para penerima agar menjaga rumah yang telah diberikan dengan penuh tanggungjawab. Rumah ini bukan sahaja tempat berlindung, tetapi juga amanah yang perlu dipelihara.

“Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, selamat, dan terjaga supaya kehidupan seharian menjadi lebih selesa dan harmoni,” katanya. –  SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/22/tiga-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-ramadan-dirumah-baharu/feed/ 0 69179
Lima penerima Rumah Mesra SMJ sambut Krismas di rumah baharu https://sabahmedia.com/2024/12/02/lima-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-krismas-di-rumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/12/02/lima-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-krismas-di-rumah-baharu/#respond Mon, 02 Dec 2024 03:16:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64754
Read Time:1 Minute, 44 Second

Membakut: Lima keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut bakal meraikan sambutan Krismas tahun ini di rumah baharu selepas Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang disediakan Kerajaan negeri siap baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, rumah hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu juga membolehkan penerima meraikan sambutan Krismas dengan selesa di rumah baharu.

“Hari ini (semalam) saya bersama pimpinan di kawasan Membakut berziarah dan menyampaikan kunci rumah SMJ kepada lima penerima yang layak dan semua mereka senang hati.

“Ini kerana dengan rumah ini mereka semua dapat menyambut Krismas dirumah baharu  dan mudah-mudahan tahun baru akan datang mereka akan dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan kehidupan mereka termasuk untuk memudahkan anak-anak mereka menjalani pelajaran di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan kunci rumah mesra SMJ kepada lima penerima di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, rumah yang dicetuskan Ketua Menteri itu juga adalah sebagai kesejahteraan rakyat yang menjadi salah satu daripada agenda halatuju SMJ, modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Setiap tahun kita menyediakan 20 buah rumah tapi tahun hadapan 40 buah rumah telah diluluskan oleh Ketua Menteri untuk setiap DUN dan mudah-mudahan akan ramai lagi yang dapat nikmat daripada rumah SMJ ini.

“InsyaAllah di pihak DUN Membakut kita sudah kenal pasti bersama-sama dengan pihak berkaitan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah sendiri,  mereka yang disenaraikan untuk mendapat rumah SMJ menjelang 2025.

“Tidak lama lagi dan kita sudah senaraikan dan kita akan pilih mereka yang layak untuk menerima 40 buah rumah SMJ. Tetapi ada beberapa buah rumah SMJ ini kita berikan kepada mereka yang terlibat dalam kebakaran. Ini kita akan berikan keutamaan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri atas ilham yang luar biasa yang digagaskan untuk mewujudkan rumah mesra SMJ.

“Sekurang-kurangnya ini dapat membela rakyat, membantu rakyat, mengurangkan bebanan rakyat dan yang sangat penting memberikan keselesaan kepada rakyat khususnya anak-anak pelajar yang akan mengulangkaji pengajian mereka di rumah masing-masing,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/02/lima-penerima-rumah-mesra-smj-sambut-krismas-di-rumah-baharu/feed/ 0 64754
Penambahan Rumah Mesra SMJ beri ruang golongan miskin tegar miliki kediaman selesa https://sabahmedia.com/2024/09/23/penambahan-rumah-mesra-smj-beri-ruang-golongan-miskin-tegar-miliki-kediaman-selesa/ https://sabahmedia.com/2024/09/23/penambahan-rumah-mesra-smj-beri-ruang-golongan-miskin-tegar-miliki-kediaman-selesa/#respond Mon, 23 Sep 2024 07:33:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61077
Read Time:1 Minute, 0 Second

Sipitang: Penambahan jumlah rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 buah bagi setiap Dewan Undangan Negeri di Sabah pada tahun depan membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar milik kediaman selesa.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob menyambut baik penambahan jumlah rumah SMJ itu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, kelmarin.

“Ini sangat kita sambut baik kerana kita masih ada senarai yang memerlukan rumah kalangan miskin tegar atau tinggal di rumah yang sangat daif yang perlu kita bantu.

“Saya berharap dengan pergerakan ini kita akan cepat membantu yang miskin tegar dan membantu supaya mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga mereka,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin oleh Hajiji di Dewan Terbuka, Dataran QSS Mesapol.

Hajiji berkata, ini kerana ramai lagi yang tiada rumah dan perlu dibela dengan membina 3,000 rumah SMJ pada tahun depan untuk mereka yang dalam kategori miskin tegar.

Dr Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin berkata, penambahan jumlah rumah SMJ itu  menunjukkan keperihatinan Hajiji untuk membela golongan miskin tegar untuk tinggal di kediaman yang selesa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/23/penambahan-rumah-mesra-smj-beri-ruang-golongan-miskin-tegar-miliki-kediaman-selesa/feed/ 0 61077