Rumah terbuka aidilfitri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Apr 2025 10:22:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah terbuka aidilfitri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 600 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Musa di Beaufort https://sabahmedia.com/2025/04/02/lebih-600-tetamu-meriahkan-rumah-terbuka-aidilfitri-tun-musa-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/04/02/lebih-600-tetamu-meriahkan-rumah-terbuka-aidilfitri-tun-musa-di-beaufort/#respond Wed, 02 Apr 2025 10:22:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71388
Read Time:37 Second

Beaufort:  Lebih 600 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Kampung Bingkul, di sini hari ini.

Selain warga Beaufort yang berbilang kaum dan agama, majlis yang berlangsung bermula jam 10.30 pagi hingga 3 petang itu turut dihadiri jemaah menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan serta saudara-mara.

Dalam majlis berkenaan, Tun Musa dan isteri Toh Puan Faridah Tussin yang tiba di Kampung Bingkul pada jam 10 pagi dari Kota Kinabalu disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih dan Senator Dewan Negara Tan Sri Anifah Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/02/lebih-600-tetamu-meriahkan-rumah-terbuka-aidilfitri-tun-musa-di-beaufort/feed/ 0 71388
Rumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim https://sabahmedia.com/2024/05/05/rumah-terbuka-aidilfitri-wadah-erat-hubungan-silaturrahim/ https://sabahmedia.com/2024/05/05/rumah-terbuka-aidilfitri-wadah-erat-hubungan-silaturrahim/#respond Sun, 05 May 2024 03:17:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53943
Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Parlimen Sipitang di sini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lago itu mula dikunjungi tetamu seawal jam 10 pagi dan diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin Kerajaan negeri.

Antara yang hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, terdapat sedikit kelainan penganjuran majlis pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya apabila ia dilaksanakan di kawasan kampung.

“Program pada hari ini kita anjurkan di kawasan kampung dimana sebelum ini kita anjurkan di pekan. Pada hari ini juga kita lihat lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis.

“Penganjuran kali ini juga dilihat memudahkan orang ramai untuk hadir kerana masyarakat dari kampung berhampiran juga boleh datang berkunjung,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, sambutan yang diadakan setiap tahun itu juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahimn dalam menyambut suatu perayaan khususnya di Sabah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Kerana tanpa ada usaha dan kerjasama antara mereka, sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/05/rumah-terbuka-aidilfitri-wadah-erat-hubungan-silaturrahim/feed/ 0 53943
Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/14/lebih-20000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/14/lebih-20000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-sabah/#respond Sun, 14 Apr 2024 05:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52535
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba kira-kira jam 10.50 pagi.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang terdahulu tiba di SICC pada jam 10 pagi bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Terdahulu, Hajiji dan isteri turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada Persatuan Anak Yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas.

Sejurus selepas itu, Hajiji yang diiringi Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya sempat meluangkan masa bertemu pengunjung yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta menteri-menteri Kabinet Sabah.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan khas dan nyanyian dari artis-artis tempatan Sabah.

Shahelmey ketika ditemui berkata, kehadiran pengunjung terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Sabah pada majlis itu dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Alhamdulilah pada hari ini sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan negeri Sabah telah berjalan dengan baik yang mana kehadiran tetamu kehormat Tuan Yang Terutama negeri Sabah (Tun Juhar) bersama Toh Puan turut memeriahkan majlis disamping kehadiran barisan penuh ahli jemaah menteri Kabinet negeri sabah, wakil-wakil rakyat dan orang ramai bagi memeriahkan majlis pada tahun ini.

“Kehadiran dianggarkan lebih 20,000 orang dan apa yang penting adalah kita dapat melihat kehadiran rakyat dari pelbagai suku kaum di Sabah ini bersama-sama pelancong yang turut hadir pada majlis kali ini,” katanya.

Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/14/lebih-20000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-sabah/feed/ 0 52535