rumah terbuka hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Apr 2024 09:00:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rumah terbuka hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 10,000 pengunjung hadir Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2024/04/13/lebih-10000-pengunjung-hadir-majlis-rumah-terbuka-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/lebih-10000-pengunjung-hadir-majlis-rumah-terbuka-ketua-menteri/#respond Sat, 13 Apr 2024 08:57:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52514
Read Time:1 Minute, 3 Second

Tuaran : Lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Datuk Juliah Salag di Dewan Seri Sulaman di sini pagi tadi.

Antara tetamu yang hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim Yahya; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Turut hadir sama pada majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan beberapa Menteri Kabinet Sabah.

Pengunjung yang hadir seawal jam 10 pagi itu turut dihidangkan dengan makanan dan minuman tradisi selain persembahan artis tempatan termasuk jemputan Datuk Jamal Abdillah.

Hajiji ketika ditemyi berkata, kedatangan rakyat berbilang kaum di daerah ini ke majlis itu menjadi petunjuk yang baik dalam usaha mengukuhkan perpaduan.

“Majlis sempena Hari Raya seumpama ini kita adakan setiap tahun bagi membolehkan semua msayarakat berbilang kaum di Tuaran dapat hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri.

“Saya amat menghargai kedatangan mereka yang berkelapangan hadir pada hari ini. Jadi ini dapat memupuk semangat perpaduan, mengeratkan silaturahim dalam masyarakat, bukan saja yang Islam tetapi semua masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di daerah Tuaran,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN-JKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/lebih-10000-pengunjung-hadir-majlis-rumah-terbuka-ketua-menteri/feed/ 0 52514