rumah terbuka sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Mar 2024 00:47:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rumah terbuka sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri diadakan 14 April depan https://sabahmedia.com/2024/03/28/majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-negeri-diadakan-14-april-depan/ https://sabahmedia.com/2024/03/28/majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-negeri-diadakan-14-april-depan/#respond Thu, 28 Mar 2024 00:47:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51754
Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Lebih 20,000 pengunjung disasarkan untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2024.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, majlis itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 14 April depan.

“Selaku wakil Kerajaan Negeri Sabah, kita telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk menjemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Sabah yang dijadualkan dilaksanakan pada 14 April nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Istana Seri Kinabalu selepas mengadakan kunjungan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini.

Datuk Shahelmey Yahya

Shahelmey berkata, Sabah juga akan mengadakan Rumah Terbuka Kerajaan Madani dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia pada 20 April ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/28/majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-kerajaan-negeri-diadakan-14-april-depan/feed/ 0 51754