Rumah Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Mar 2026 09:42:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah Terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah terbuka rapatkan hubungan sesama kaum https://sabahmedia.com/2026/03/24/rumah-terbuka-rapatkan-hubungan-sesama-kaum/ https://sabahmedia.com/2026/03/24/rumah-terbuka-rapatkan-hubungan-sesama-kaum/#respond Tue, 24 Mar 2026 09:37:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93724
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi masyarakat di Sabah terus memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Antara keluarga dan sahabat handai yang hadir semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Shazlina Fong.

Budaya ini bukan sahaja mencerminkan keunikan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini, malah menjadi platform terbaik untuk merapatkan hubungan tanpa mengira latar belakang.

Di Sabah, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam suasana penuh muhibah apabila pintu rumah sentiasa terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Amalan ini turut melibatkan perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan yang diraikan bersama dengan semangat kekeluargaan serta saling menghormati.

Semangat perpaduan ini turut terserlah apabila Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Shazlina Fong, menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Riverson semalam dalam suasana sederhana namun meriah dengan kehadiran rakan serta saudara-mara daripada pelbagai kaum.

Antara yang hadir ialah Ketua
Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda serta Ketua Wanita LDP, Glenna Wong yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas bersama kepimpinan LDP bahagian berkenaan.

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat ini membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah terus kukuh, sekali gus wajar dipelihara sebagai simbol identiti negeri yang harmoni dan bersatu padu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/24/rumah-terbuka-rapatkan-hubungan-sesama-kaum/feed/ 0 93724
Lebih 10,000 orang hadir Rumah Terbuka Raya Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/#respond Sat, 12 Apr 2025 08:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71833
Read Time:49 Second

TUARAN: Lebih daripada 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.

Majlis yang diserikan oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta penyanyi terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.

Hajiji (kiri) mengiringi Musa menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik semasa majlis itu.

Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di daerah tersebut.

Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai di rumah terbuka tersebut yang menurutnya merupakan acara tahunan bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan untuk merayakan Hari Raya bersama.

“Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita,” katanya.

Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/feed/ 0 71833
Rumah Terbuka Aidilfitri negeri Sabah 5 April ini https://sabahmedia.com/2025/03/12/rumah-terbuka-aidilfitri-negeri-sabah-5-april-ini/ https://sabahmedia.com/2025/03/12/rumah-terbuka-aidilfitri-negeri-sabah-5-april-ini/#respond Tue, 11 Mar 2025 23:36:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70222
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Kira-kira seramai 20,000 orang pengunjung dijangka akan hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Sabah 2025 yang dijadual berlangsung pada 5 April ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, sambutan berkenaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Tahun ini kita menyasarkan seramai 20,000 pengunjung hadir ke sambutan pada tahun ini. Selain jamuan makan, turut diadakan adalah penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang upaya serta persembahan pentas.

Shahelmey Yahya

“Bersempena dengan itu, orang ramai dijemput untuk hadir dan memeriahkan sambutan ini nanti,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Musa hadir ke majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS), Datuk Ridhwan Roger Linus dan Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS, Jasni Abu Suffyan Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/12/rumah-terbuka-aidilfitri-negeri-sabah-5-april-ini/feed/ 0 70222
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat  https://sabahmedia.com/2025/01/30/tradisi-rumah-terbuka-wadah-menyatukan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/01/30/tradisi-rumah-terbuka-wadah-menyatukan-rakyat/#respond Thu, 30 Jan 2025 12:28:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67749
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penganjuran majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina  Kerajaan Negeri Sabah pada tahun ini disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Majlis yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung berbilang kaum dan agama di negeri ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS).

Tinjauan Sabah Media dalam majlis tersebut mendapati tetamu jemputan serta para pengunjung yang hadir amat gembira dengan pelaksanaan program berkenaan.

Bagi pengunjung Irwan Shah Mustapa berkata, sambutan yang diraikan itu tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Tiong Hua namun turut diraikan bersama pelbagai kaum di negeri ini.

Irwan Shah Mustapa

“Saya lihat pada pagi ini memang sangat harmoni, sebagai orang Sabah memang perayaan seumpama ini, semua kaum pun datang.

“Ia satu semangat yang baik untuk perpaduan agar lebih kekal lagi kuat di kalangan rakyat Sabah,” katanya.

Bagi Hainun Maidin, beliau menyifatkan sambutan itu dapat menyatukan perpaduan untuk rakyat Sabah berbilang kaum.

Hainun (lima kanan) bersama rakan-rakan lain yang turut hadir memeriahkan majlis itu

“Kami turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami selaku persatuan kebudayaan untuk memeriahkan suasana tahun baru cina,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang diadakan seawal jam 10 pagi itu turut diserikan dengan persembahan hiburan dan hidangan makanan dari beberapa buah hotel terkemuka di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/30/tradisi-rumah-terbuka-wadah-menyatukan-rakyat/feed/ 0 67749
Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/28/lebih-5000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-menteri-kewangan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/28/lebih-5000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-menteri-kewangan-sabah/#respond Sun, 28 Apr 2024 07:24:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53626
Read Time:53 Second

Ranau : Lebih 5,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan agama dan budaya hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau semalam itu turut dihadiri pengunjung sekitar daerah ini dan beberapa daerah berhampiran.

Masidi ketika ditemui berkata, beliau amat gembira dengan kehadiran pengunjung yang datang memeriahkan majlis berkenaan.

“Saya gembira melihat kehadiran ribuan pengunjung dan dapat melayani semua tetamu. Apa yang unik tentang rumah terbuka kami ialah semua makanan disediakan oleh Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Karanaan.

 “Acara hari ini juga merupakan penjelmaan dan manifestasi budaya sebenar orang Ranau, di mana semua peringkat umur, agama dan kaum berkumpul untuk bergotong-royong dan membantu di mana-mana sahaja untuk menjayakan program pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini semalam.

Masidi turut memuji orang ramai yang mengetepikan perbezaan politik untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama dan berterima kasih kepada semua wakil daripada pelbagai parti termasuk Warisan, Umno, dan semua komponen GRS. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/28/lebih-5000-pengunjung-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-menteri-kewangan-sabah/feed/ 0 53626
Acara Rumah Terbuka erat perpaduan kaum https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/ https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/#respond Mon, 24 Apr 2023 06:14:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33273
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Acara rumah terbuka terutamanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disertai masyarakat berbilang bangsa merupakan titik pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia untuk mencapai erti perpaduan sebenar.

Konsep rumah terbuka sempena musim perayaan termasuk Hari Raya boleh merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk berbilang kaum.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Usukan Datuk Japlin Akim berkata tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

“Ini kerana kunjungan orang ramai ke majlis rumah terbuka anjuran pemimpin sempena musim perayaan dapat meningkatkan lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita Rumah Terbuka beliau di Taman BDC Kolombong hari ini.

Japlin berkata kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan utama etnik negara ini disambut bersama.

“Amalan saling kunjung-mengunjung terutama pada musim perayaan mampu mengeratkan perpaduan serta mengukuhkan perasaan kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” katanya.

Turut hadir ke rumah terbuka beliau Ahli Parlimen Siptang Datuk Matbali Musah, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/24/acara-rumah-terbuka-erat-perpaduan-kaum/feed/ 0 33273