Rumah Tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Apr 2026 09:15:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah Tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada alkohol, hanya minuman tradisional disediakan – Joachim https://sabahmedia.com/2026/04/14/tiada-alkohol-hanya-minuman-tradisional-disediakan-joachim/ https://sabahmedia.com/2026/04/14/tiada-alkohol-hanya-minuman-tradisional-disediakan-joachim/#respond Tue, 14 Apr 2026 08:46:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94869
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG: Larangan penjualan atau hidangan minuman beralkohol di rumah-rumah tradisi sepanjang perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini, menjadi antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada tahun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, sepanjang dua hari sambutan itu, hanya minuman tradisional sahaja akan disediakan kepada pengunjung.

Beliau berkata, penambahbaikan itu dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan dan pengalamn pengunjung yang datang.

“Rumah Terbuka akan diadakan di semua rumah tradisi pada 30 hingga 31 Mei 2026 bermula dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

“Kita juga tidak akan membenarkan minuman beralkohol dijual atau dihidang di rumah-rumah tradisi pada dua hari tersebut dan hanya minuman tradisional yang disajikan atau disediakan.  Kalau yang lain itu boleh di luar kawasan rumah-rumah terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Pesta Kaamatan bagi tahun 2026 di Dewan Tan Sri Pairin, Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Selasa.

Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 berkata, persembahan dan pameran tradisional turut akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan di setiap rumah tradisi.

Beliau berkata, beberapa pembaharuan lain turut dilaksanakan termasuklah membuka kaunter informasi kaamatan bermula 15 Mei hingga 31 Mei 2026.

“Ini adalah bagi memudahkan pelancong dan pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan jadual program Kaamatan serta kepelbagaian budaya etnik di Sabah.

“Selain itu, kawasan tapak pameran agensi kerajaan turut dinaik taraf melalui kerja-kerja penurapan bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa dan teratur untuk para pengunjung serta pempamer,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/14/tiada-alkohol-hanya-minuman-tradisional-disediakan-joachim/feed/ 0 94869
‘Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisi Bajau Sama’ bawa tuah kepada Azamuddin https://sabahmedia.com/2024/10/26/kearifan-tempatan-dalam-seni-bina-rumah-tradisi-bajau-sama-bawa-tuah-kepada-azamuddin/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/kearifan-tempatan-dalam-seni-bina-rumah-tradisi-bajau-sama-bawa-tuah-kepada-azamuddin/#respond Sat, 26 Oct 2024 06:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62790
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Muhammad Azamuddin Mohd Azrone, 19, dinobatkan juara Sayembara Penulisan artikel Kearifan Tempatan Sabah sempena majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sabah 2024 di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, di sini, pada Khamis.

Artikel ‘Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisi Bajau Sama’ antaranya mengupas reka bentuk, bahan binaan, seni ikatan struktur binaan dan ketahanan rumah.

Sementara itu, naib juara disandang seorang pendidik, Dr Jamail Masador dan ketiga, Dr Dayang Junaidah Awang Jambol dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penerima sagu hati pula adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu, Noriayani Ejip, selain, Dayangku Mastura Pengiran Ismail, Mabulmaddin Shaiddin, Dr Rosliah Kiting, Siti Hannah Jikri, Shawn Christien Fabian, Jumaria Mawi, Welin @ Rubilin Ebal, Wendy Inggu dan Favian Micco Ujin serta Norfazilla Mohd Yusof.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, DBP, Dr Rusmadi Baharudin.

Terdahulu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024 di disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Hajiji dalam teks ucapannya yang dibacakan Ariffin memuji usaha DBP Cawangan Sabah melalui projek kosa kata bahasa sukuan yang berjaya mengetengahkan beberapa kosa kata sukuan negeri ini dan dirakamkan sebagai salah satu entri dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), antaranya kata ‘kerop’ daripada bahasa Kadazandusun yang bermaksud bulu mata palsu dan ‘meridap’ dituturkan Bajau Sama bererti lelap sekejap.

“Kita berasa bangga kerana turut sama menyumbang ke arah memperkasa kosa kata bahasa kebangsaan.

“Masih banyak kosa kata etnik yang boleh diketengahkan lagi berikutan Sabah mempunyai 35 etnik dan 217 sub-etnik yang berkomunikasi dalam lebih daripada 50 bahasa”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/kearifan-tempatan-dalam-seni-bina-rumah-tradisi-bajau-sama-bawa-tuah-kepada-azamuddin/feed/ 0 62790