Rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 Jan 2026 11:27:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah, 4 kenderaan, 6 motosikal musnah terbakar di Beaufort https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/#respond Sat, 03 Jan 2026 11:23:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89161
Read Time:44 Second

BEAUFORT: Sebuah rumah, empat kenderaan dan enam motosikal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Takuli, awal pagi tadi (3 Jan).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.11 pagi dan mendapati sebuah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Selain rumah, kebakaran turut memusnahkan empat buah kenderaan iaitu dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Viva dan sebuah van Toyota Hiace, serta enam buah motosikal yang semuanya terbakar sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.55 pagi dan ditamatkan pada jam 5.07 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/feed/ 0 89161
Rumah, kenderaan musnah dijilat api di Kg Rancangan Batu 22 Balung https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/#respond Sun, 14 Sep 2025 04:18:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81213
Read Time:48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sebuah rumah tidak kekal dan kenderaan musnah dalam kebakaran kejadian di Kampung Rancangan Batu 22, Balung, malam tadi.

Ketua Balai BBP Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, ekoran daripada insiden tersebut, kedua-dua buah rumah dan kereta jenis Proton Wira Aeroback musnah 100 peratus.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 8.05 malam, pihak bomba mengerahkan Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi PBK II Zougarana Konin bergegas ke lokasi sejauh 32 kilometer dan tiba kira-kira 8.48 malam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bomba. Api berjaya dikawal jam 8.50 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.34 malam.

Seramai 19 anggota bersama tiga jentera termasuk FRT, EMRS dan water tanker terlibat dalam operasi berkenaan.

Jemishin mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/feed/ 0 81213
Doa saya dimakbulkan, terima kasih insan mulia – Afnah Tundan https://sabahmedia.com/2025/06/01/doa-saya-dimakbulkan-terima-kasih-insan-mulia-afnah-tundan/ https://sabahmedia.com/2025/06/01/doa-saya-dimakbulkan-terima-kasih-insan-mulia-afnah-tundan/#respond Sun, 01 Jun 2025 00:30:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74895
Read Time:2 Minute, 23 Second

Pitas: Seorang ibu, Afnah Tundan,51, menarik nafas lega apabila menerima sebuah rumah baharu selepas kediamannya musnah dalam satu kebakaran di Kampung Taka di sini tahun lalu.

Rumah yang baharu itu dibina di atas tanah bersebelahan tapak kediaman asalnya itu hasil bantuan Yayasan Kebajikan Negeri Sabah (YKNS) serta beberapa individu prihatin.

Ibu kepada tiga anak itu menerima kunci rumah baharu miliknya disampaikan Timbalan Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Pitas, Datuk Harun Ismail.

Afnah yang turut kehilangan suami tercinta, seorang anak perempuannya dan bapa saudara semasa tragedi itu menyifatkan bantuan berkenaan sebagai rahmat besar daripada Allah SWT.

“Saya tidak mampu bina rumah baharu kerana saya tidak bekerja dan hanya berharap dua anak perempuan yang sudah bekerja untuk makan minum saya serta anak bongsu yang masih bersekolah.

“Malah, saya terpaksa menumpang di rumah keluarga selepas tragedi itu, namun kini Allah SWT mengabulkan doa saya menerusi insan mulia hingga pembinaan rumah baharu ini direalisasikan.

Harun (tengah) menyampaikan kunci rumah kepada Afnah (kiri) di majlis ringkas itu.

“Justeru, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Datuk Harun Ismail atas inisiatif beliau untuk bantuan ini,” katanya di majlis penyerahan kunci rumahnya di Kampung Taka, di sini pada Sabtu.

Pada awal Ogos tahun lalu, Guru Besar SK Senaja dan anak perempuannya berusia 12 tahun serta seorang ahli keluarga terkorban dalam tragedi kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Taka, di sini.

Sementara itu, Harun yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) berkata, kira-kira RM61,000 dibelanjakan bagi pembinaan rumah seluas 500 kaki persegi itu.

Menurutnya, YKNS memperuntukkan RM30,000 untuk bantuan berkenaan manakala selebihnya ditanggung individu-individu prihatin sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Rumah baharu Afnah ini dilengkapi dua bilik tidur, masing-masing satu dapur dan tandas serta kemudahan asas lengkap lainnya seperti bekalan air serta elektrik, termasuk lampu dan kipas.

“Pembinaannya telah bermula pada Mac, baru-baru ini dan kini siap sepenuhnya untuk didiami Afnah dan anak-anak, sekaligus memberikan harapan baru buat mereka sekeluarga,’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) memaklumkan pihaknya akan melaksanakan pembinaan asrama transit di SK Bawing, PITAS dalam masa terdekat.

Menurutnya, pembinaan kemudahan itu bagi menggantikan rumah transit sedia ada di kawasan pendalaman itu yang jelas daif serta sudah tidak selamat dihuni murid-murid sekolah terbabit.

“Kita ketika ini sedang tunggu proses reka bentuk dan sebaik siap, kita akan segera mulakan projek membabitkan kos RM100,000 ini dan insya Allah dalam dua minggu lagi kita mungkin dapat mulakannya.

“Asrama transit ini akan mempunyai dua komponen iaitu bilik untuk murid lelaki dan perempuan yang dilengkapi katil bertingkat, tandas serta bilik mandi, sekaligus memberi keselesaan kepada mereka.

“PDIS juga beberapa tahun sebelum ini, ada bina kemudahan sama yang masih berfungsi di Kampung Mendurian, malah kita turut menanggung perbelanjaan makan, minum anak-anak sepanjang tinggal di asrama transit ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/01/doa-saya-dimakbulkan-terima-kasih-insan-mulia-afnah-tundan/feed/ 0 74895
Dua kebakaran rumah berlaku pagi tadi di dua tempat berasingan https://sabahmedia.com/2025/04/28/dua-kebakaran-rumah-berlaku-pagi-tadi-di-dua-tempat-berasingan/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/dua-kebakaran-rumah-berlaku-pagi-tadi-di-dua-tempat-berasingan/#respond Mon, 28 Apr 2025 08:32:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72817
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU:  Dua insiden kebakaran rumah dilaporkan berlaku di dua lokasi berasingan pada pagi ini (28 April), melibatkan kediaman di Kg. Bobot, Kota Belud dan Taman Berkeley, Tawau.

Walaupun kedua-dua insiden menyebabkan kerosakan besar pada struktur rumah, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Insiden pertama berlaku di Kg. Bobot, Kota Belud apabila pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada jam 5:50 pagi. Sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 50×60 kaki persegi dilaporkan terbakar sebanyak 90 peratus ketika pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5:58 pagi.

Ketua BBP Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Elgie Bakuk berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan menggunakan air dari tangki jentera dan sumber terbuka (parit). Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6:13 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 7:37 pagi.

“Seramai lapan anggota bomba terlibat dalam operasi ini, dengan bantuan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Sabah Electricity,” katanya.

Sementara itu, satu lagi kebakaran dilaporkan di Taman Berkeley, Tawau sekitar jam 9:36 pagi. Sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 20×40 kaki terbakar sebanyak 40 peratus. Namun begitu, api berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

Ketua Balai BBP Tawau Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata, pasukan BBP Tawau yang tiba pada jam 9:44 pagi bertindak melakukan kerja-kerja pengudaraan serta pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada risiko kebakaran susulan.

Tambahnya, operasi dikawal pada jam 9:57 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10:37 pagi. Seramai 17 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kerjasama PDRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/dua-kebakaran-rumah-berlaku-pagi-tadi-di-dua-tempat-berasingan/feed/ 0 72817
Keluarga sempat selamatkan diri, rumah hampir dihempap pokok besar https://sabahmedia.com/2025/02/26/keluarga-selamatkan-diri-rumah-hampir-dihempap-pokok-besar/ https://sabahmedia.com/2025/02/26/keluarga-selamatkan-diri-rumah-hampir-dihempap-pokok-besar/#respond Wed, 26 Feb 2025 06:26:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69409
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila melihat pokok besar tumbang ke arah rumah mereka di Jalan Pecky dekat sini pada petang Selasa.

Ebnar Randu, 40, menceritakan detik cemas itu berlaku ketika dia, isteri dan anaknya berada di dalam rumah.

“Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat lebih kurang jam 2 petang, saya ketika itu bersama isteri dan anak berada dalam rumah. Saya terdengar bunyi kuat seperti kayu patah di belakang rumah. Kemudian saya pergi tengok dari mana bunyi itu, lalu saya ternampak pokok besar macam seakan mahu tumbang ke arah rumah kami.

“Saya memanggil keluarga saya dan sempat bawa mereka keluar dengan cepat, selepas sahaja kami keluar dari rumah, pokok itu sudah tumbang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya beberapa pokok di belakang rumah seperti pokok sukun, pokok kelapa telah memperlahankan pokok belunu itu yang batangnya bersaiz lebih besar daripada tong drum minyak dari terus terhempas di belakang rumah mereka.

“Kalau tiada pokok-pokok lain di belakang rumah, mungkin keadaan kerosakan rumah mungkin lebih teruk,” katanya memberitahu rumah tidak mengalami kerosakan teruk berbanding rumah jirannya yang rosak di bahagian dapur.

Sementara jirannya Anjeles Aling, 52, ketika dihubungi berkata, ketika kejadian berlaku dia dan ahli keluarga yang lain keluar bekerja dan anak-anak masih berada di sekolah.

Menurutnya lagi, pokok itu anggaran setinggi 30 meter itu tumbang lalu terkena dua pokok sukun di belakang rumah sebelum pokok-pokok itu terhempas di belakang rumah dan dapur rumahnya.

“Kini saya berhadapan dengan masalah mencari tukang kayu untuk membaiki dapur rumah saya, setakat ini masih belum ada yang bersetuju kerana tidak lama lagi bulan puasa.

“Keadaan lebih teruk lagi apabila hujan, semalam dan pagi ni hujan menyebabkan dapur dimasuki air kerana bahagian atap dapur rosak teruk,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telah bertungkus lumus membersihkan kawasan yang terkesan sehingga jam 6 petang Selasa.

“Semalam hanya 30 peratus pokok tumbang itu berjaya dibersihkan, saya diberitahu oleh anggota APM mereka akan menyambung kerja-kerja pembersihan hari ini,” katanya.

Manakala jurucakap, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sandakan menerima panggilan dari orang awam pada jam 2.23 petang untuk khidmat bantuan mengenai kes pokok tumbang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Hasil pemantauan petugas terdapat dua buah rumah mengalami kerosakan di bahagian dapur dan atap rumah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/26/keluarga-selamatkan-diri-rumah-hampir-dihempap-pokok-besar/feed/ 0 69409
Perumahan SMJ bakal dibina di Lok Kawi Baru https://sabahmedia.com/2025/02/11/perumahan-smj-bakal-dibina-di-lok-kawi-baru/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/perumahan-smj-bakal-dibina-di-lok-kawi-baru/#respond Tue, 11 Feb 2025 00:27:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68408
Read Time:1 Minute, 0 Second

Putatan: Projek perumahan Sabah Maju Jaya (SMJ) bakal di bina di Lok Kawi Baru untuk membantu golongan miskin dan tidak memiliki tanah pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata, tanah seluas lima ekar tersebut telah dipohon dan diuruskan oleh Land Utilisation Committee (LUC) dan kini di dalam peringkat urusan pewartaannya.

“Oleh kerana Putatan ini kawasannya terlalu sempit dan rizab-rizab kampung pun boleh disifatkan penuh, saya telah mengambil inisiatif memohon tanah seluas lima ekar untuk membantu mereka yang tidak memiliki tanah bagi membina rumah.

“Tujuan SMJ dalam pembinaan perumahan tersebut adalah membantu mereka yang miskin dan susah dan walaupun kita tidak dapat bantu semua namun dengan tanah lima ekar itu boleh menampung keperluan mereka untuk empat hingga lima tahun,” katanya ketika ditemui media selepas Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Daerah Putatan, di sini baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu itu merupakan anjuran bersama Dewan Undangan Negeri Petagas dan Pejabat Daerah Putatan.

Pada majlis berkenaan, Awang Ahmad Sah turut menyampaikan angpau kepada 35 warga emas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya dan Pengerusi Penganjur, Datuk Judy Hiew.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/perumahan-smj-bakal-dibina-di-lok-kawi-baru/feed/ 0 68408
Dasar, program kerajaan mesti berorientasikan kemakmuran rakyat https://sabahmedia.com/2025/01/26/dasar-program-kerajaan-mesti-berorientasikan-kemakmuran-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/01/26/dasar-program-kerajaan-mesti-berorientasikan-kemakmuran-rakyat/#respond Sun, 26 Jan 2025 04:04:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67485
Read Time:2 Minute, 24 Second

Penampang: Semua dasar dan program kerajaan yang sedang dirancang mestilah berorientasikan kemakmuran rakyat bagi memastikan semua peringkat rakyat mendapat manfaat daripada setiap pembangunan yang dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri terus memberi perhatian yang lebih menyeluruh terhadap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa, untuk semua peringkat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, selain pembinaan projek perumahan kos rendah dan perumahan awam mampu milik, kerajaan juga meneruskan pembinaan Rumah Mesra SMJ yang telah dilancarkan pada tahun 2022.

Menurutnya, sehingga Oktober 2024, sebanyak 4,482 buah Rumah SMJ telah berjaya dibina.

“Untuk tahun 2025 sebanyak RM250 juta iaitu peningkatan 100 peratus peruntukan bagi pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah”, katanya pada Majlis Pelancaran Skim Rumah Rakyat Sabah (SRRS) di tapak projek, 360 Boulevard Bundusan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin Aliasnih.

Hajiji berkata, pembangunan hartanah merupakan pemacu utama bagi kesan gandaan ekonomi, selain dapat merangsang keseluruhan rantaian bekalan pasaran apabila proses perancangan, pembinaan, jualan, dan penghunian mencetuskan aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada sektor-sektor seperti pembinaan, kewangan, peruncitan, pengangkutan, dan teknologi.

Katanya, pelancaran rasmi SRRS membuka satu lagi lembaran baru dan penting dalam usaha kerajaan negeri untuk menjana pembangunan ekonomi negeri, selain untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, SRRS adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap rakyat di negeri ini memiliki rumah sendiri, disebabkan peningkatan kos sara hidup, rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri khususnya di kawasan bandar utama seperti Kota Kinabalu.

“Pelancaran skim perumahan yang inovatif ini akan mengubah landskap pemilikan rumah di negeri ini. Skim ini akan memberi manfaat kepada 10,000 orang yang layak di Sabah untuk membeli rumah pertama mereka di lokasi bandar utama, dengan harga jualan tidak lebih dari RM500,000 serta syarat kemasukan yang mudah.

“Kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan dan Sabah Credit Corporation selaku penyedia tunggal pembiayaan utama skin ini, akan bekerjasama rapat dengan CFS Usaha Tegas untuk membangun dan memperhalusi rangka kerja skim perumahan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji menggesa rakyat Sabah yang layak agar tidak lepaskan peluang istimewa yang ditawarkan oleh skim ini.

Katanya, dengan syarat kemasukan yang mudah, dan manfaat seperti kadar faedah yang lebih rendah dan tetap, tempoh pembayaran balik pinjaman yang lebih panjang, pinjaman 100 peratus penuh dan pelan pembayaran balik khas.

Di samping itu katanya, skim tersebut secara tidak langsung dapat memupuk sikap jati diri dan keinginan di kalangan anak muda untuk memiliki rumah sendiri.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemaju tempatan yang telah menyertai skim ini, terutamanya Borneo Kemuncak Riang yang menawarkan Boulevard 360 Bundusan sebagai rumah pertama SRRS.

“Saya berharap dengan pelancaran skim ini, kita akan mencipta lebih banyak kerjasama antara kerajaan negeri dan pemaju-pemaju untuk memenuhi keperluan semua peringkat pendapatan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/26/dasar-program-kerajaan-mesti-berorientasikan-kemakmuran-rakyat/feed/ 0 67485
13 rumah musnah terbakar di Kg Cenderamata Limbungan https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/ https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/#respond Thu, 06 Jun 2024 23:32:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55619
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Sebanyak 13 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini petang kelmarin. (6 Jun)

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6 petang semalam.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 13 kilometer dari balai.

“Ketua operasi melaporkan kebakaran melibatkan 13 buah rumah atas air jenis tidak kekal berkeluasan 1 ekar luas keseluruhan kawasan terlibat.

“Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 340 buah rumah daripada terbakar. Tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

“Operasi terkawal pada jam 7.17 malam dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.17 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/07/13-rumah-musnah-terbakar-di-kg-cenderamata-limbungan/feed/ 0 55619
22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/#respond Wed, 01 May 2024 12:06:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53776
Read Time:37 Second

SANDAKAN: Sebanyak 22 rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan Batu 3 dekat sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba terdiri 34 orang anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba Sandakan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 petang tadi (1 Mei).

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan 22 buah rumah jenis tidak kekal telah musnah dalam kebakaran itu.

“Operasi pemadaman dijalankan dan tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.41 petang. Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di kawasan kejadian, operasi di tamatkan sepenuhnya pada jam 6.42 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/01/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-3-sandakan/feed/ 0 53776
Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/ https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/#respond Sun, 28 Apr 2024 05:55:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53620
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki melecur di tangan kirinya terlibat dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.04 petang semalam (27 April).

Katanya, 12 anggota dan 2 jentera digerakkan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dilaporkan cedera ringan melecur di tangan kiri dan diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa enggan dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman api terkawal pada jam 4.30 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.47 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/feed/ 0 53620