Runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Feb 2025 10:31:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lantai kaki lima runtuh ketika persembahan Tarian Singa, pihak berkuasa didesak ambil tindakan https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/#respond Thu, 06 Feb 2025 10:31:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68111
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN
Sumber gambar dan video: FB Rayner Ebi

TAMPARULI: Kejadian lantai kaki lima runtuh secara tiba-tiba ketika persembahan tarian singa di pekan Tamparuli pada Rabu mencetuskan kebimbangan penduduk mengenai tahap keselamatan infrastruktur di kawasan itu.

Lantai kaki lima kedai runtuh di Tamparuli pada Rabu. – Foto FB Rayner Ebi

Insiden itu menjadi tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook, Rayner Ebi, berkongsi video kejadian sambil mendesak tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan.

“Bahu jalan di pekan Tamparuli runtuh ketika kumpulan tarian singa melaluinya – satu peringatan jelas tentang pentingnya penyelenggaraan infrastruktur!

“Kami memohon tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Daerah Tuaran, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan komuniti setempat,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Rayner yang juga pegawai pusat khidmat Ahli Parlimen Tuaran memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Majlis Daerah Tuaran untuk mengambil langkah keselamatan sementara di lokasi berkenaan.

Beliau turut menasihatkan pejalan kaki agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, sekumpulan belia yang sedang membuat pertunjukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina terjatuh ke dalam lubang besar apabila lantai kaki lima di Jalan Bunga tiba-tiba runtuh.

Tiga penari yang terjatuh bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukan yang menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.

Hantaran Rayner mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang melahirkan kebimbangan dan berharap kejadian seperti ‘sinkhole’ di Kuala Lumpur pada Ogos 2024 tidak berulang di Sabah.

Untuk rekod, kejadian ‘sinkhole’ di ibu negara itu telah menggemparkan ramai apabila seorang pelancong wanita warga India hilang tanpa jejak selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Raja Laut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/lantai-kaki-lima-runtuh-ketika-persembahan-tarian-singa-pihak-berkuasa-didesak-ambil-tindakan/feed/ 0 68111
Jeffrey Lawat Tapak Jalan Raya Runtuh Kota Kinabalu – Tambunan https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/#respond Mon, 20 Sep 2021 11:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6644
Read Time:51 Second

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan melawat tapak jalan raya runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Tambunan berhampiran Air Terjun Masakob di Tambunan disini petang tadi.

Beliau ditemani Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah (Tambunan) Ir Calvin Justin dan Renjer Hutan Harry Michael.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan diberi taklimat mengenai sejauh mana kerosakan pada jalan tersebut dan anggaran masa yang diperlukan untuk membaikinya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya akan memohon kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah untuk membenarkan pembukaan jalan alternatif di bawah reserve perhutanan berhampiran lokasi untuk pengguna kenderaan.

Jeffrey merakamkan penghargaan kepada pelbagai jabatan dan kakitangan yang bekerja tanpa lelah untuk memperbaiki keadaan itu dan beliau berharap pengguna jalanraya akan bersabar ketika jalan alternatif itu dibuat, yang mungkin mengambil masa tiga minggu.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tambunan Larry Robert, Pegawai Pembangunan Daerah Terrence Yong dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Vitus Ikon.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/feed/ 0 6644
Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Kopungit https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:19:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5802
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kampung Kopungit dekat sini, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 11.19 pagi tadi ( 4 September 2021) pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu tanah runtuh di Kampung Kopungit melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan KKM dan tiga buah kenderaan dan sebuah motorsikal kakitangan KKM.

“Turut terlibat tiga buah kenderaan orang awam tertimbus dan juga sebuah motorsikal namun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian dilaporkan oleh ketua operasi ,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tiada operasi yang dilakukan hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak bomba menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung berkenaan untuk mengarahkan penduduk kampung mengosongkan rumah di kawasan sekitar tanah runtuh bagi tujuan keselamatan .

Pihak Bomba juga menyarankan agar Polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh.

Operasi ditamatkan pada jam 12:30 tengahari setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/feed/ 0 5802
Lima Bangunan Berisiko Di HQE Dikosongkan https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:18:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5808
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU – Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, terletak berhampiran kawasan tanah runtuh yang memusnahkan stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan (KKM) malam tadi, telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lima bangunan itu terletak di Kompleks C hospital tersebut iaitu Stor Ubat dan Consumable, Wad Perubatan Kronik, Wad Rehab, Klinik Tibi dan Sleep Lab.

Beliau berkata, runtuhan seluas 20 meter lebar itu juga telah menyebabkan kerosakan struktur bangunan Sleep Lab dan stor Hospital Support Services (HSS).

“Pihak HQE juga telah mengambil tindakan menutup perimeter kawasan runtuhan dan tapak runtuhan ditutup menggunakan kanvas. Beberapa langkah akan diambil termasuklah baik pulih segera oleh Jabatan Kerja Raya dan bantuan kebajikan khas kepada kakitangan yang terkesan akibat kejadian ini.

“Saya sendiri akan ke Kota Kinabalu Isnin ini bagi melihat sendiri keadaan di sana dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memperincikan tindakan seterusnya yang perlu diambil,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan stor simpanan ubat-ubatan KKM di Kampung Kopungit di sini malam tadi, yang turut menyebabkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam tertimbus.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini berkata semua langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut.

“Bangunan berisko telah dikosongkan, manakala kami juga telah meminta pihak pengurusan utiliti mengalihkan tiang dan wayar di kawasan itu, pada masa ini keadaan terkawal dan operasi HQE berjalan seperti biasa,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian banjir di negeri ini, Shahelmey berkata pihak berkuasa tempatan diminta memastikan semua parit dan sungai di negeri ini berfungsi dengan baik bagi memastikan kejadian banjir tidak menjadi lebih buruk.

“Kita mengalami kesan perubahan cuaca dengan intensiti hujan yang tinggi menyebabkan banjir kilat di banyak kawasan. Parit dan sungai penting untuk diselenggara agar air daripada hujan lebat itu dapat disalurkan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, rakyat diminta supaya bersabar menghadapi bencana banjir yang berlaku dan kerajaan negeri kini sedang berusaha sedaya upaya bagi membantu mereka yang terlibat. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/feed/ 0 5808