Runtuhan lantai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Mar 2025 05:18:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Runtuhan lantai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 55 penyewa dipindahkan susulan runtuhan lantai di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/03/08/55-penyewa-dipindahkan-susulan-runtuhan-lantai-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/55-penyewa-dipindahkan-susulan-runtuhan-lantai-di-kota-kinabalu/#respond Sat, 08 Mar 2025 05:12:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70000
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 55 orang penyewa terpaksa dipindahkan selepas insiden runtuhan lantai tingkat satu sebuah bangunan di Lorong Segama, Jalan Labuk di sini, malam tadi.

Keadaan restoran yang terlibat runtuhan lantai bangunan kedai di Jalan Segama malam tadi. – Foto ihsan IPD Kota Kinabalu

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.56 malam itu menyebabkan lantai bangunan tersebut runtuh lalu menghempap sebuah restoran yang beroperasi di bahagian bawah premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi media berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut melalui panggilan kecemasan MERS 999 yang dibuat oleh orang awam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah segera digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada sebuah jentera bomba dengan kekuatan seorang pegawai dan 14 anggota, dibantu tiga anggota JPAM serta pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) yang dianggotai seorang doktor dan dua petugas tiba di lokasi pada jam 8.29 malam.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan menemukan seorang wanita warga China berusia 55 tahun yang mengalami kecederaan patah kaki kiri akibat insiden tersebut. Mangsa kemudiannya dihantar ke HQE 1 untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi memastikan keselamatan penghuni, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengosongkan tingkat dua dan tiga bangunan tersebut yang merupakan bilik sewa menempatkan seramai 55 orang penyewa.

Sebagai alternatif, sebuah Pusat Penempatan Sementara telah dibuka di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bagi menempatkan penghuni yang terjejas.

“Enam anggota polis dari Balai Polis Kota Kinabalu turut ditempatkan di lokasi bagi mengawal kawasan kejadian,” tambah Kasim.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan oleh pihak bomba bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan memastikan tiada risiko tambahan kepada orang awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berada di kawasan berkenaan sehingga siasatan selesai dan lokasi disahkan selamat. Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/55-penyewa-dipindahkan-susulan-runtuhan-lantai-di-kota-kinabalu/feed/ 0 70000
Wanita cedera parah dihempap runtuhan lantai restoran di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/03/08/wanita-cedera-parah-dihempap-runtuhan-lantai-restoran-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/wanita-cedera-parah-dihempap-runtuhan-lantai-restoran-di-kota-kinabalu/#respond Fri, 07 Mar 2025 21:19:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69962
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 55 tahun cedera parah selepas dihempap runtuhan lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama, di sini, malam tadi (7 Mac).

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi runtuhan itu. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama 13 anggota digerakkan ke lokasi.

Jentera tiba lima minit kemudian, dan mendapati runtuhan simen telah menghempap seorang wanita di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada ancaman lain sebelum mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan.

Operasi terkawal pada jam 8.30 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 9.38 malam.

Turut hadir dalam operasi itu ialah enam anggota polis (PDRM) dan tiga anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca kejadian masih dalam siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/wanita-cedera-parah-dihempap-runtuhan-lantai-restoran-di-kota-kinabalu/feed/ 0 69962