rusia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Sep 2024 00:26:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png rusia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perlu manfaat pasaran pelancongan Rusia https://sabahmedia.com/2024/09/21/sabah-perlu-manfaat-pasaran-pelancongan-rusia/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/sabah-perlu-manfaat-pasaran-pelancongan-rusia/#respond Sat, 21 Sep 2024 00:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60958
Read Time:2 Minute, 17 Second

Shanghai: Sabah perlu manfaatkan pasaran pelancongan Rusia sebagai sumber pelancongan antarabangsa yang berpotensi besar.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, pada ketika ini, terdapat tiga penerbangan mingguan selama lapan jam menggunakan pesawat Airbus 330 dari Moscow ke Shanghai.

Katanya, penerbangan itu berfungsi sebagai hab bagi pelancong antarabangsa yang melancong ke destinasi di Asia Tenggara.

“Saya dimaklumkan bahawa 70 peratus pelancong Rusia yang terbang ke Shanghai menggunakan destinasi itu sebagai laluan transit untuk perjalanan ke Asia Tenggara.

“Sabah mesti mengambil peluang daripada trend perjalanan ini untuk mendapatkan manfaat bersama daripada sektor pelancongan di rantau ini.

“Saya faham bahawa pelancong Rusia gemarkan percutian di pulau dan mahu melihat sendiri hidupan liar seperti beruang. 

“Hidupan liar ikonik Sabah seperti Gajah Pygmy Borneo, Orangutan, Monyet Belanda dan Beruang Matahari sudah pasti mampu menarik minat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan perniagaan dengan dua wakil daripada Shanghai Airlines atau China Eastern Airlines di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Naib Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Hasil, China Eastern Airlines, Shulei Chen dan Naib Pengurus Besar Jabatan Jualan dan Pemasaran, China Eastern Airlines, Jin Chengchu. 

Christina kemudian mengarahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Tay Shu Lan yang turut menyertai lawatan itu untuk mengkaji pasaran pelancongan di Rusia.

“Kita mahu mempelbagaikan sasaran pasaran pelancongan kita,” katanya.

Selain itu katanya, bulan Disember menandakan bermulanya musim sejuk di Rusia sehingga Februari tahun depan, sekali gus menampakkan permintaan tinggi dalam pelancongan.

Menyedari bahawa suhu boleh mencecah serendah -40 darjah Celsius, Christina mahu Sabah mengambil peluang daripada pelancong Rusia yang ingin mengelakkan diri dari musim sejuk ke Asia Tenggara sepanjang tempoh ini.

Dalam pada itu, Chen dan Jin menyifatkan pertemuan dengan Christina sebagai sesuatu yang mempunyai manfaat bersama.

“Kami gembira dapat bertukar pandangan dengan beliau (Christina) mengenai pelancongan dua hala, selain dapat mengetahui lebih lanjut tentang Sabah memandangkan kami belum pernah ke bahagian Malaysia ini,” kata mereka.

Mengenai jemputan Christina kepada mereka untuk datang ke Sabah, mereka menyatakan bahawa akan mengadakan lawatan ke negeri itu dalam masa terdekat.

“Kami pasti akan meluangkan masa untuk datang ke Sabah. Selama ini, kami terlalu sibuk dengan komitmen kerja. 

“Memandangkan Shanghai kini berfungsi sebagai hab bagi pelancong antarabangsa yang melancong ke Asia Tenggara, saya berharap dapat membawa pelancong dari seluruh dunia melawat Sabah,” kata Chen.

Shanghai Airlines merupakan syarikat penerbangan ketujuh terbesar di dunia. Dengan lebih daripada 790 pesawat, ia dapat menyediakan sehingga 3,200 penerbangan antarabangsa dan domestik setiap hari semasa musim puncak.

Sementara itu, wakil Shanghai/China Eastern Airlines sangat positif mengenai cadangan Christina supaya Shanghai Airlines menambah kekerapan penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu daripada tujuh kepada 10 penerbangan seminggu.

“Mereka terbuka dengan cadangan untuk menambah penerbangan semasa musim Tahun Baharu Cina akan datang,” kata Christina.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/sabah-perlu-manfaat-pasaran-pelancongan-rusia/feed/ 0 60958
Ukraine bakal anjur Sidang Kemuncak Keamanan Global di Tengah-Tengah Konflik Berterusan Antara Ukraine dan Rusia https://sabahmedia.com/2024/05/27/ukraine-bakal-anjur-sidang-kemuncak-keamanan-global-di-tengah-tengah-konflik-berterusan-antara-ukraine-dan-rusia/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/ukraine-bakal-anjur-sidang-kemuncak-keamanan-global-di-tengah-tengah-konflik-berterusan-antara-ukraine-dan-rusia/#respond Mon, 27 May 2024 01:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55083
Read Time:1 Minute, 1 Second

Dalam langkah penting untuk menangani konflik yang sedang berlaku di Ukraine dan mempromosikan keamanan global, satu sidang kemuncak global dianjurkan bersama Switzerland yang dijadualkan bermula pada 15 Jun ini.

Sidang Kemuncak Keamanan Global ini turut menerima komitmen dari lebih daripada lapan puluh negara, menunjukkan sokongan antarabangsa yang meluas untuk menyelesaikan konflik ini di antara 2 negara ini yang berterusan.

Kerajaan Ukraine terus berhubung dengan pemimpin-pemimpin dunia, menghantar jemputan dan mengumpul sokongan untuk acara penting ini.

Sidang kemuncak ini bertujuan untuk menggalakkan usaha kolektif mencapai keamanan yang berkekalan, melangkaui gencatan senjata sementara untuk memastikan kestabilan dan keselamatan yang berterusan.

Dalam rayuannya itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menyeru para pemimpin dunia untuk menghadiri “sidang kemuncak keamanan” bulan depan di Switzerland selepas serangan maut Rusia ke atas pasar raya besar DIY di Kharkiv pada hari Sabtu yang membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Beliau yang turut memanggil Presiden Joe Biden dari Amerika Syarikat dan Presiden Xi Jinping dari China untuk menunjukkan kepimpinan mereka dengan menyertai sidang kemuncak ini.

“Kami tidak mahu Piagam PBB dibakar… dibakar seperti buku-buku ini,” kata mereka, merujuk kepada kemusnahan yang disebabkan oleh konflik yang sedang berlangsung katanya di dalam video itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/ukraine-bakal-anjur-sidang-kemuncak-keamanan-global-di-tengah-tengah-konflik-berterusan-antara-ukraine-dan-rusia/feed/ 0 55083
MAFI Ambil Langkah Proaktif Pastikan Sumber Bahan Mentah Pertanian Mencukupi https://sabahmedia.com/2022/03/15/mafi-ambil-langkah-proaktif-pastikan-sumber-bahan-mentah-pertanian-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/mafi-ambil-langkah-proaktif-pastikan-sumber-bahan-mentah-pertanian-mencukupi/#respond Tue, 15 Mar 2022 09:34:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13025
Read Time:1 Minute, 18 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan sumber bahan mentah dan input pertanian mencukupi.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia berikutan konflik antara Rusia dan Ukraine yang kini masih berterusan selain akan memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global.

“Antara langkah yang diambil adalah meningkatkan pengeluaran tanaman melalui kaedah penanaman secara moden atau IR4.0, sebagai contoh precision farming, penggunaan dron dan kilang tanaman.

“Selain itu, menggalakkan penggunaan baja alternatif atau organik bagi mengurangkan kebergantungan kepada baja sintetik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tuan Che Alias Hamid (Kemaman) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 disini hari ini.

Dr Ronald berkata, MAFI turut menggalakkan penggunaan bahan makanan ternakan tempatan seperti penggunaan isirong kelapa sawit (Palm Kernel Expeller (PKE) selain jagung dan hampas soya.

Katanya, selain itu MAFI turut menggalakkan petani menggunakan kaedah Integrated Pest Management (IPM) bagi mengurangkan penggunaan racun kimia selain mengenal pasti beberapa negara sumber alternatif yang baharu bagi menampung kekurangan bekalan import bahan mentah dan input pertanian.

“Pihak kementerian turut menyediakan akses fasiliti pembiayaan yang mencukupi kepada semua pengusaha yang terjejas akibat kos pengeluaran yang meningkat melalui Agrobank,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, bagi menangani isu kenaikan harga makanan berikutan daripada konflik ini, MAFI akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengoptimumkan platform strategik sedia ada.

“MAFI yakin inisiatif-inisiatif ini akan menyumbang dalam memastikan kelangsungan bekalan bahan mentah dan input pertanian selain menjamin ketersediaan dan kebolehcapaian makanan yang bertepatan dengan kuasa beli rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/mafi-ambil-langkah-proaktif-pastikan-sumber-bahan-mentah-pertanian-mencukupi/feed/ 0 13025
Di mana Rusia Dalam Olimpik 2020, Apa Pula Negara ROC ? https://sabahmedia.com/2021/07/25/di-mana-rusia-dalam-olimpik-2020-apa-pula-negara-roc/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/di-mana-rusia-dalam-olimpik-2020-apa-pula-negara-roc/#respond Sun, 25 Jul 2021 04:26:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3559
Read Time:1 Minute, 13 Second

itu antara persoalan peminat sukan yang tidak melihat negara Rusia di dalam temasya sukan Olimpik tahun ini yang kini sedang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Tahukah anda bahawa atlit-atlit di Negara Rusia kini menggunakan gelaran ROC dalam saingan Tokyo Olimpik 2020 dan tidak dibenarkan menggunakan nama negara, bendera kebangsaan serta lagu kebangsaan mereka.

ROC merupakan singkatan kepada Russian Olympic Committee ataupun Jawatankuasa Olimpik Rusia. Ini disebabkan oleh Rusia telah dikenakan sekatan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) apabila Rusia didapati menjalankan program doping yang disokong oleh negara tersebut.

Disebabkan sekatan ini, Rusia telah dikenakan larangan bertanding di mana-mana kejohanan besar selama 2 tahun (pengurangan daripada 4 tahun pada tahun 2019 oleh Agensi Anti-Doping Dunia). Atlet Rusia dibenarkan untuk bertanding pada peringkat antarabangsa namun mereka perlu bertanding di bawah bendera yang neutral.

Bukan itu sahaja sekatan sukan olimpik, malah sekatan berkenaan turut membabitkan sukan paralimpik yang akan berlangsung selepas itu.

Oleh itu, Rusia dikenali sebagai ROC pada Tokyo Olimpik 2020 dan Beijing Olimpik Musim Sejuk 2022. Untuk bendera pula, negara tersebut menggunakan simbol ROC yang terdiri daripada obor Olimpik berjalur dengan warna putih, biru dan merah dan dibawahnya diisi dengan simbol 5 cincin Olimpik.

Sekiranya atlet Rusia memenangi pingat emas dalam kejohanan ini, lagu kebangsaan Rusia tidak akan dimainkan, sebaliknya muzik oleh komposer Pyotr Tchaikovsky dengan lagu Piano Concerto No. 1 akan dimainkan.

Mengenai pakaian uniform atlet pula, bendera Rusia tidak dibenarkan dipakai oleh mereka, namun warna bendera itu dibolehkan.

Sumber :- Odisi , independent

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/di-mana-rusia-dalam-olimpik-2020-apa-pula-negara-roc/feed/ 0 3559